23 December 2012

Kucing.

Aku terusha blog chubby tadi. Dia ada post pasal kucing. Memandang kan aku pun pecinta kucing, aku pun nak juga la bercerita pasal kucing. hik hik.

Aku dibesarkan dengan kucing. Umi aku ni pun pecinta kucing. mana tak tumpah kuah kalau tak ke atas meja yedak? Aku masih ingat sikit sikit lah antara kucing yang aku pernah bela dari aku Tadika sampai sebelum batch baru ni. Antaranya. Felix, Macho, Nemo (1), Nemo (2), Nomo, Kecik, Atet, ish, tetibe gua tak ingat. -.-" Tapi, biasalah, gua bela kucing pesen kucing jalanan, dan tinggal dirumah bawah, jadi kebanyakkan kucing gua, hilang dan diambil orang (tanpa bukti kukuh).

Jadinya, bila gua mula berjauhan dengan keluarga (sambung belajar di Kolumpo) masa tahun 2008, gua terpaksa lah berjauhan dengan kucing dan gua paksa diri untuk hidup tanpa kucing. tapi walaubagaimana pun, gua tetap belai atau gomol mana mana kucing jalanan yang gua tengok macam bersih.

Pada tahun 2011, gua mula bekerja di Kolumpo. Masa tu hosmet gua cuma sorang je. Jadi gua bosan sebab kadang kadang hosmet gua ni tak balik tidur rumah pakwe. ah sudah, gua kesunyian, masa tu gua single. (ada pakwe tapi tak serupa dengan pakwe). haa, masa tu lah, gua mula tak ada kerja, cari kerja. gua ternampak satu post dipesbuk, nak kasi orang bela anak kucing. 3 ekor. kaler dia lebih kurang dengan kucing kesayangan gua Nemo. Gua terus email dia. Deal punya Deal, gua jadi amek. Memandangkan gua kerja opis time tu, dan tuan asal kucing ni busy sikit, gua terpaksa suruh pakwe lama gua amekkan kucing tu dekat Kajang dan hantar ke rumah gua. Peh! masa tu memang gua lincah lincah balik pasal tak sabar nak tengok kucing!


Masa tu gua tengah gila lagu lagu rap/hip hop. Jadi gua amek keputusan untuk nama kan kucing gua ni dengan nama Rappers yang gua suka. 


Yang hidung dia pink ni nama dia Wiz Khalifa. Nama manja Wizzy. Dia tak ada masalah sakit cirit birit atau hidung dan mata berair. Cuma berak bersepah sahaja. Ligat. Hilang dekat rumah KL gua sebab dia keluar ikut tingkap. Mungkin jiran rumah atas amek sebab anak jiran gua tu suka datang rumah gua main dengan kucing.


Yang ini Ryan Leslie. Nama panggilan Ryan. Hidung dia hitam. Masa mula mula tinggal rumah aku, dia sihat. tapi mungkin dia salah makan ke, salah oksigen ke dia sedut buat dia selalu sakit dan berak cair. Seperti Wizzy dia juga suka berak bersepah. Lemah lembut sikit dan kurang garang. Masih ada dengan aku kat JB. Aku sempat bawak balik dari KL masa pindah JB balik dulu. Tapi Ryan sekarang dah masuk scene kucing belakang rumah yang suka ngorat kucing betina kat belakang rumah aku. Yang aku terharunya, dia akan masuk rumah dan terus ke bilik aku bila dia sakit atau nak bersembunyi lepas bergaduh dengan kucing jantan lain.


Tak lama lepas gua bela si Ryan dengan Wizzy ni, satu hari gua balik dari kerja atau kedai. masa tu hujan lebat. gua parking motor kat bawah rumah macam biasa, gua dengar bunyi kucing yang nyaring dan kadang kadang mengerikan. gua usha longkang, tak ada pulak. gua terus nak buat bodoh, skali makin kuat suara dia. naluri kebinatangan gua ni memberontak kaedahnya! gua jalan sekitar parkir motor, ternyata! ADA ANAK KUCING DISITU! gua jumpa kucing kuning (tengah tengah) ni sebagai Pharell Williams dengan nama timangannya Pharell. Dia ni memang kebanyakkan masa dia hidup memang sakit. tapi dia penakut dan tak garang. cepat menyesuaikan diri dengan kucing lain. Kadang kadang nakal tapi kuat bersuara. Selalu duduk atas badan gua sambil cium cium gua masa gua menangis. Tak lama selepas gua bawak balik JB dia hilang dan dipercayai mati kerana masa tu dia tengah kena sakit misteri. (Telinga berdarah) dan berak cair yang melampau. Gua bersyukur dia mati dari terseksa. Dah bawak pegi Vet pun masih begitu.


Kucing nombol 4 gua masa di KL adalah Lily. Nama penuh dia Lil Wayne (Nombol 2 dari kiri). Gua terjumpa dia di bawah rumah juga semasa gua tengah cari Wizzy yang hilang. Garang, nakal, suka cekau dan gigit, tak peramah, tak manja. Bulu di gebu. putih dan mungkin ada kacuk sebab bulu dia jenis panjang panjang. Gua tengok dia ni bila dia diri tegak, kaki rapat, betul betul macam puteri salji sebab dia putih! gua suka panggil dia Snow White, Minah Salleh, Si lawa dan Salji. Hosmet gua cukup tak suka dengan Lily ni. sebab lily ni suka gigit. Tapi dengan gua je dia agak manja walaupun dalam pada dia manja manja, dia gurau kasar dengan gua. Mati disebabkan berjangkit dengan Pharell iaitu diserang penyakit misteri. Dia mati dalam sangkar. Sadis. Gua sunyi lepas dia mati.



Ini kucing yang paling rapat dengan gua abad ini. Nama dia Tupac Shakur. Panggilan Tupac. Kadang kadang terpanggil Upek atau Pek. Tak hensem, suara tak sedap, muka dan badan yang panjang, pakai celak dan pakai stokin. Kucing ni juga orang Kolumpo. Gua jumpa kat Seven Eleven area rumah gua. Masa tu gua nak pergi Seven Eleven sekali dia duduk ketakutan tepi jalan. dah la kereta keluar masuk situ. Gua parking motor terus gua angkat dia letak tepi sambil belai belai dia lepas tu gua masuk kedai beli barang. Masa gua nak balik dia mengiau kat gua. Alahai, luluh hati gua tengok anak kucing sekecik gitu (pada masa tu) meraih simpati gua. Gua pun apa lagi, gua amek dia letak dalam beg, terus gua bawak motor. Haha. Dia mengiau kuat juga masa tu. tapi gua bawak sepantas yang boleh. takut dia terjun je! Tupac ni memang tak ada masalah langsung. Since gua amek dia, dia tak pernah berak atau kencing merata. Dia pandai berak dalam tandas mandi tanpa gua ajar! sampai sekarang dia berak di tandas atau rumput rumput dekat Taman Permainan. Kucing yang mentel, nakal, suka bersepahkan rumah, suka koyakkan tisu dan suka panjat langsir dan grill rumah gua. Cerewet, suka makan benda yang manis dan berlauk. Tak suka makan dekat atau kongsi dengan kucing lain. Tempat tidur atas sejadah atau tilam bilik gua. Selain carpet lap kaki di depan rumah.


Ini adalah kucing dari Johor Bahru pula. 3beranak ni gua terjumpa masa gua dan keluarga habis makan dekat Bandar Baru Uda dalam 2 atau 3 bulan lepas. Masa tu hujan lebat gila. Sekali adik gua ternampak 3 beranak ni dalam kotak. Orang buang mungkin. Mungkin orang tu dah taknak bela sebab ye lah, dah beranak pinak, susah juga. Tapi tidak bagi keluarga kami! gua dengan adik gua tak banyak citer. terus angkat kotak tu bawak masuk kereta. Nasib baik ada sangkar kat rumah gua. Terus gua setup cantik cantik sangkar tu, gua masukkan 3 beranak ni. 
Ibu kucing tu nama dia Mummy. Penyayang, kuat makan, manja, mentel, suka anak berdikari namun garang dengan kucing dan ank sendiri!


Ini nama dia Tweet. Disebabkan umi gua tengok gua kaki siber dan dia juga kaki siber, maka ini lah jadinya. Suka amek gambar. Memang pandang je camera. Tak manja. suka keraskan badan bila orang angkat. Nakal tahap maksima! Suka panjat meja dan panjat dapur dan panjat mana mana asalkan ada makanan atas tu. Kuat makan. tak kira apa orang bagi dia makan je, asalkan boleh makan. lepas tu sakit perut, duduk melanguk. Suka tengok tv macam mak dia. Kadang kadang takut dengan kereta. Berani. Ada ciri ciri pemimpin sebuah negara kucing. MAKANAN KEGEMARAN, LIPAS. dia makan okay. bukan main main, tapi MAKAN!


Yang tidur bergulung ni nama dia FB (facebook). Reason nama tu sama seperti abang dia. Sensitif. Sopan santun, kurang manja tapi kadang kadang manja tak tentu pasal. suka gigit kaki, tangan, jari, seluar dan apape yang boleh digigit.suka korek sampah, berak cair, suka ikut perangai abang dia si Tweet tu dan abang angkat dia, Tupac. Selalu sakit mata dan selesama. baru nak memanja dekat dia tetiba dia bersin. Muka dia macam binatang Racoon! Mata bulat. dan kuning. muka kecik ikut mummy dia. tak ada kerenah lain melainkan berak dan kencing bersepah. itu lah yang buat gua selalu ketuk kepala budak kecik sekor ni.



Ini pula anak baru dalam keluarga gua. mak dia Mummy bapak dia gua tak sure kucing jantan mana yang da rogol dia. 4 ekor aja, 3 kuning tibe tibe satu hitam. gua pelik betul mula mula dia bawak masuk dalam rumah. sekor sekor semua kuning, masa dia pegi nak amek lagi anak dia, gua sempat lah berdoa agar jangan kaler kuning lagi. susah nak beza nanti!! last last betul betul kaler hitam.

Yang hitam : Hotmail
Kuning gelap sikit : Chrome
Kuning hujung ekor bengkok : Yahoo
Kuning biasa biasa : Google.

Kalau tak salah gua lah nama nama ni. Mak gua yang kasi. gua tak berapa pasti kenapa umi gua terlampau taksub sangat dengan benda benda siber ni. gua yang muda ke umi gua ni?!





Okay, da sampai ke penghujung blog ni. 
bye!

dfanheartcore.








18 December 2012

Pang Pang Ko Pak Ko Pak Ke Pung.

(Tajuk di atas tu sebenarnya bunyi kompang. keh keh keh)

Alhamdulillah, setelah dipersetujui oleh kedua belah pihak, aku akan bernikah pada 16Februari2013.

Selepas dua tahun (lepas aku tak jadi kahwin pad 2010 lalu) macam macam lelaki datang dan pergi dalam hidup, tak ada yang sesuai sehinggalah, aku bertemu seorang Hamba Allah yang pada zahirnya, anda fikir bukan lah yang terbaik untuk aku. tetapi, sebenarnya, Allah dah cakap, dia lah yang terbaik.

Muhammad Heikal Bin Johan. Seorang lelaki yang pada luarannya nampak ganas atau anda akan cakap dia seorang lelaki yang jahat. tetapi sebenarnya, dia lah seorang lelaki yang penyabar. setiap amarahku, setiap perangai buruk ku semuanya dihadapi dengan hati yang sabar. Bukan senang ada orang nak sabar dengan perangai aku ni. Dengan 'period disease' nya, dengan kuat makan dan selalu lapar nya, dengan kuat cemburu nya, semua nya dia hadapi dengan sabar.



p/s to bakal suami: Trimas baby. I sayang you seadanya. Biar apa orang nak cakap. Tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk diri i dan i percaya, ada hikmah disebalik semua ni.








dfanheartcore :)

12 December 2012

Blogger Separa Tegar

Tahun 2013 kira tahun ke 5 gua berkecimpung dalam bidang blog mengemblog ni. tak sampai hati rasanya gua nak tamatkan riwayat blog ni. bukan apa, kalau engko orang yang mengikut hapdet gua dalam blog ni, dari dulu sampai sekarang, engko orang boleh nilaikan penghijrahan gua dari satu watak ke satu watak ke satu watak ke satu watak dan ke watak watak dan watak perwatakan yang lain. fuh! kemain banyak pula watak gua ni yedak?

dari tahun 2008, umur gua masih setahun jagung. orang jahat kata, masih suci lagi. orang baik kata, masih ranum lagi. gua masa tu naif. lebih naif dari band Naif tu. sehingga lah sekarang, umur gua dah setengah masak jagung dah. dah matang sikit lah kononnya. keh keh keh.

gua tahu, memang banyak lah juga komplikasi perasaan yang berlaku bila orang baca blog gua ni. dari tak puas hati dengan gua, sehinggalah tak puas hati dengan orang yang gua tak puas hati. haaa, betul tak? gua juga tahu, memang ada banyak yang akan cakap blog gua ni merepek. sembarang. entah apa apa. ala, dah nama pun Karya Sampah. takkan lah gua nak ikut format SPM Penulisan Formal subjek Bahasa Melayu pulak yedak? her her her.

kenapa gua tulis blog?
gua pun rasa nak tanya soalan ni kepada pemblogger yang lain. orang kata, buang masa je. baik tulis diary. tulis blog ni macam nak pemes je. bukan dapat duit pun. Haaa, gua rasa engko orang da salah tafsir. Pada tahun 2008, blog belum lagi terkenal (PADA GUA LAH) yang mana, gua jadikan blog ni sebagai Journal hidup gua. kenangan, memory gua. Pasal, tulisan gua buruk. gua tak boleh menulis. sebab gua rasa nanti sakit hati dengan tulisan sendiri. lepas tu, gua tak ada duit nak beli buku diary yang gua minat (besar dan tebal. mana nak carik?) dan lagi satu, gua tak ada duit nak print gambo untuk diletakkan dalam diary. tapi, semakin lama, semakin orang tau blog gua ni, gua fikir, apa salahnya gua kongsikan pengalaman suka duka gua, perasaan suka duka gua semua dengan pembaca? lebih kurang kalau engko tengok berita, haaa, dia bercerita, dia sekadar nak kongsi je berita berita terkini tu. gua tak rasa pun jadi pemberita tv3 tu boleh pemes. apetah lagi pemberita tv1.

selama gua bergiat dalam bidang blog ni, gua tak pernah mintak belas kasihan engko untuk baca. pasal blog ni lebih kurang macam engko melancap. untuk kepuasan diri sendiri. bukan orang lain. hehehe. amboi. gua ni kalau sekali hapdet blog tak ada unsur unsur lucah tak boleh agaknye ye.

ah sudah, perut gua da lapo. gua nak makan goreng pisang.





dfanheartcore

11 December 2012

Baby Bon Bon Baby Cit Cit

Hello sumorang.

Bagi yang dah kenal gua, sila abaikan perenggan ini. hehe. Nama gua diffansina. orang panggil gua difan. gua seorang perempuan normal yang agak berisi (terutamanya bahagian peha dan perut), kulit gua hitam manis ala ala beyonce (abaikan), berambut lurus (rebonding) hitam pekat (tak pernah meng-dye rambut). Berumur 22 tahun bakal 23 pada tahun 2013. Gua berasal dari Johor Bahru, Mak gua orang Singapura masih berIC merah, Bapak gua orang melaka. Gua adalah anak kedua, mempunyai seorang abang dan adik lelaki. Gua ada pakwe.

Okay, pertamanya, tajuk diatas adalah petikan lagu pendek dari pakwe gua. Keduanya, gua rasa sebenarnya gua memang tak ada idea nak tulis apa dalam blog ni. -.-" Apa yang gua nak ceritakan? takpe lah biar gua merepek je okay.

gua sebenarnya dah boring duduk rumah tak kerja nak masuk 3 bulan. masih tengah mencari. actually da dapat. tapi tunggu dia bilang bila nak start kerja. gua bajet nak tamat kan zaman bujang gua tahun depan. kalau ada rezeki la. keh keh keh. Yang pastinya, gua akan amek Cabi sebagai photographer gua. harap harap dia kasi diskaun kawan kawan kat gua. AMIN!

Gua lately ni banyak hampir hampir kena sakit jantung. semenjak eksiden dengan pakwe itu ari, gua ada sikit fobia naik motor. kalau duduk kat belakang. bila gua bawak okay pulak. -.-" gayat semacam kaedahnya. gua memang duduk belakang, mulut gua maki pengguna jalanraya lain memang laju. selaju 180km/h gua cakap lu! ye lah, gua kasi tau pakwe suruh bawak slow. pakwe ikut arahan gua. ah, sudahnya kereta belakang nak potong tapi rapat semacam dengan motor kami. pernah sekali, gua memang tak dapat tahan baran. selain dari maki pemandu tu, gua juga menunjukkan jari tengah gua yang kiut ni. celaka betul. gua rasa, beruk makyeh lebih terer bawak kereta. gua harap najib razak dengan rosmah mansur pun reti bawak kereta dengan elok. tak ada lah berganda kebencian gua pada mereka kan.

ahh, baru gua nak sambung menaip. pakwe merajuk dah mintak perhatian. nak nenen kettew. eh, terlucah pulak iolls! gurau je eh. jangan printscreen pegi letak kat pesbuk and maki pulak. hek hek hek.






dfanheartcore.

03 November 2012

Rindu

Tutup mulut.
Katup rapat rapat.
Biar jemari melingkari.
Biar jemari mengawal emosi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Berat rasa dada ini.
Ingin ku terkam bayanganmu.

Sungguh aku rindu.
Sunguh aku tidak tipu.
Tidak lihat wajahmu berhari hari
Bisa buat aku gila!
gila!gila!

Sungguh aku rindu.
Sungguh aku tidak tipu.
Kenapa terasa lama masa ini berlalu.
Menunggu hari yang buatku jadi yang halal buatmu.

Sabar. Tuhan kata sabar. Tuhan sayang orang yang sabar,
Tuhan sayang. ya, Tuhan sayang. Percayalah...

Tidak Bisa

Berangan angan.
Jelas terlihat di sinar mata.
Jelas.
Satu cahaya yang aneh.
Pelik.
Itu apa?
Cahaya apa?

Ditengah belantara aku berlari.
selaju lajunya.
cuba aku lari.
sejauh jauhnya.

Tidak bisa aku sangkal lagi.

Aku terjatuh.
Terjatuh cinta.
dengan kamu.
Ya. memang kamu.


02 November 2012

SI HITAM DAN KOTENYA.

YO WADDUP HATERS?

Okay, make it easy.

Wahai pukimak yang hitam, lu kalau tak puas hati, lu datang kat gua. gua tunggu. kalau tak ada orang tahan gua pegi kat lu, gua da pergi. lu pehal? kote takde? da bagi anjing makan?

COME ON LAH BOY. you pengecut? you takut? fuck yeah. come and get me. lu nak buat apa? panggil pakcik lu yang lu bilang gangster? lu ingat apa lu boleh dapat? gua rodok lu dulu, pastu pakcik gangster lu rodok gua. lu masuk dalam mati kat tali gantung. amacam? setel? puas hati pe?

tu la, gua bilang sama lu. lu travel sikit boy. lu berkawan sikit. lu dok lepak kat burger tu, keruk kote, berbual pasal orang tapi tak jalan buat apa boy. you just wasting your time. lu buat lah apa pun lu nak buat. bukan lu boleh dapat gua. gua punya orang tak takut punya orang. gua tak kisah. HIDUP MATI KAT TANGAN TUHAN beb. lu siapa gua nak takut? lu Tuhan? BESAR PUNYA TUHAN PE? Kalau lu tuhan sumpah gua jadi athiest. tak sanggup ada tuhan mcm lu ni.

come and show your shit lah boy. im waiting for you siaa. i dont care you call tons of people to beat me up or what. i just dont care. I NEVER REGRET. lu tak boleh tentukan takdir gua boy. lu tak boleh. STOP TALKING CRAP AND CARE FOR ME LAH SIAL. COME OUT. COME AND SHOW YOUR DICK! TENGOK BESAR TAK BESAR KOTE LU TU.

I SWEAR, I'M DAMN SORRY FOR YOU AND YOUR BURGER FRIENDS. YOU GUYS JUST TOO CARE ABOUT PEOPLE WHO DOESNT CARE FOR YOU. TAK KE MEMBAZIR MASA TU NAMA DIA?

im fucking happy with my life. lu jealous? lu jealous lebih lebih pun buat apa. bukan pompan nak kat lu pun. sedar diri tu sikit. lu itam! itam luaran takpe lagi. masalahnya dalaman lu pun itam! mana la pompan nak lekat kat lu. lu sedap gua payung lu, abeh lu fitnah gua macam macam. ingat. Dunia ni da tak lama lagi. GUA TAK MAAFKAN LU DUNIA AKHIRAT TAU? LU FITNAH GUA, LU KENA INGAT, DOSA TU BUKAN TUHAN YANG MAAFKAN KALAU GUA TAK MAAFKAN LU.

SEE YOU IN HELL MAFUCKAS.

KHAS UNTUK LU SI HITAM!

25 October 2012

Tukar lagi?

sekejap aku berdiri. sekejap aku duduk. sekejap aku cangkung. sekejap aku baring dan sekejap lagi aku meniarap. dan terus terus ulang.

ya. entah kali ke berapa kali, aku tukar lagi pasangan aku.

mungkin ada yang keluar dari mulut orang

"WOI, KAU TUKAR PAKWE MACAM TUKAR SPENDER!"

mungkin juga,

"PERGH MINAH NI, ASYIK TUKAR PAKWE JE. GILA PLAYGIRL"

dan mungkin,

"ALA, BIASALAH TU, SENANG MAKAN PUNYA PEREMPUAN"

two words. PERGI MAMPOS.


Siapa kau nak halang aku? hati aku. jiwa aku. perasaan aku. setidak tidaknya aku bukan menduakan. bila tiada jodoh, kau masih mahu salahkan aku? tu, pergi salahkan Tuhan atas takdirnya pada aku. Pergi sana! Pergi!

Aku memang mencari. dan terus mencari. selagi tiada kata akad, selagi tiada sarungan cincin di jari manis, aku akan terus mencari.

Ya, sekarang aku ada pakwe baru. YA, BARU LAGI YA SEMUA ORANG. Jangan paksa perasaan aku. perasaan aku bukan senang nak dibuat buat. aku tidak reti menipu pun. kalau aku tak suka, akan aku nyatakan aku tidak suka. kalau aku suka, ya, aku akan angguk setuju.

Anda mahu cop aku, cop lah. Anda mahu label aku, label lah. Anda mahu bunuh aku, bunuh lah. Aku akan hargai perasaan yang Tuhan bagi pada aku. setidak tidaknya aku tak paksa untuk menyayangi orang lain, bukan?

Aku tak nafikan yang manusia ni memang jarang sekali nak doakan yang baik baik buat kebahagiaan orang lain. cemburu, butthurt, hasad dengki dan iri hati. tepu sangat lah tu. nak buat macam mana. kalau Tuhan cakap ya, makanya ya jawapannya. kalau Tuhan bilang tidak, makanya tidak lah. nak sangkal? sangkal lah. pergi guna kan syaitan sebagai tuhanmu untuk sangkal takdir aku.


Kesimpulannya, RELAKS SUAH!

Cinta Bukan Sekadar Rupa.


:) 
I LOVE YOU.
 










THANKS FOR THE BIRTHDAY HAIR, BABY.
I SWEAR I LOVE YOU WITH ALL MY HEART!

11 October 2012

Tuhan.

aku pingin terbang. belayar di angkasa.

aku pingin selam, berenang di dasar samudera.

Tuhan. Yang Esa.

Sungguh aku bangga. Hidup di dunia.

Dikurnia cinta.

Dikurnia keluarga.

Jika sesaat bisa berada di pelukanMu.

Ya, itu juga pingin aku.

01 October 2012

racun yang tidak berbisa.

Dah lama tak pegang papan kekunci. Menggigil tangan.

Kau datang, kau pergi. Kau datang lagi, kau pergi lagi. pebenda kau nak dari hidup aku wahai Cinta?
Kau sengaja kan?

tapi takpe. aku takkan mengaku kalah. satu hari nanti kau datang kau tak akan pergi. percayalah. sebab aku percaya diri aku. jadi aku paksa kau percaya apa yang aku cakap. kau duduk diam diam dan hadap!

apa orang nak cakap, cakap.
apa orang nak bilang, bilang.

aku tak ambil peduli. aku ada satu tanggungjawab. aku kena tanggung, aku kena jawab. pasal aku pilih. dan kau orang tak layak menilai aku. tapi, kalau masih mahu menilai ya, silakan. sikit aku tak bantah. sikit aku tak cuit kau orang.

ini JALAN aku!
bukan JALAN kau.

kau tak tahu dan tak akan tahu apa yang aku rasa. apa yang aku lalui. apa yang aku dapat berdasarkan jalan yang aku pilih. ya, teruskan bercakap. bercakap sehingga anak tekak darah, hati limpa kau terjojol keluar. silakan. silakan.

perit yang aku rasa. pedih yang aku genggam. kau tak tau. jadi aku biarkan kau bahagia dengan caci maki kau.

aku mungkin racun. tapi aku ingatkan kau. racun ini lah yang akan buat kau rasa madu satu hari nanti. ONE FINE DAY. kau akan tau. serious. kau akan tahu. ini bukan kisah dongeng. ini kisah benar. percayalah.

aku percaya diri aku. aku percaya ego aku. kau rileks sudah.

31 August 2012

KAU.

IZINKAN AKU BUANG KAU DARI HIDUP AKU.
KAU HANYA TINGGAL KENANGAN.

IZINKAN AKU BENCI KAU SEPENUH HATI.
KAU HANYA TINGGAL KENANGAN.

IZINKAN AKU TIDAK AMBIL PEDULI TENTANG KAU.
KERNA KAU HANYA TINGGAL KENANGAN.

KENANGAN TETAP KENANGAN.
TIADA MAMPU UNTUK AKU HINDARI.

Ikut hati, mati.

Aku seorang yang lemah. 
Kalah.
Selalu kalah dengan emosi.
Aku selalu membiarkan emosi mengawal diri.
Sedangkan ku tahu ia adalah api.

Bukan ku pinta.
sedaya upaya aku mencoba.
hanya sia sia.
apakah aku cepat mengalah?

Maaf, sayang.
Maaf seribu kali maaf.
Mungkin caraku tidak seindah mereka mereka
Mungkin gaya ku serba serbi tidak kena
Yang aku agungkan hanya lah cinta.
Cinta untukmu, sayang.


26 June 2012

Vans Half Cab Hijau.

AKU RINDU KAU, VANS HALF CAB HIJAU.

tapi aku masih keliru. sama ada aku rindu kau atau aku rindu pakwe lama. yang pastinya aku rindukan kehadiran seseorang yang berpe'el seperti kalian berdua. membawa aku ke arah kebaikan. 

cinta adalah pengorbanan. seriously.

sila pujuk rayu hati kasi cair.

19 June 2012

Hidup Tidak Nomad.

YES! Terjadi lagi. Bosan. Bosan. Bosan.

Couple break, couple break, couple break. Hahahaha. ketawa berdekah dekah.

Lepas ni break je lah. tak couple couple. boleh? kahkahkah. celaka. betul punya celaka.


sudah. sudah. sudah. hal hal budak budak gini aku taknak masuk campur.

- betul apa yang u bilang i tu ari. masa u datang jumpa i kat singapore. thanks. thanks alot. you banyak nasihat i. ya. memang ramai yang nak dekat kat i tapi takut. sebab diri i. so yang datang semua yang nak main main. so, biar la i ubah dulu diri i. sampai masa nanti, ada lah orang yang betul betul serious dengan i. thanks sebab nasihat i mcm mcm. i pegang kata kata u. you sebijik macam ady. :) cara u. cara u layan i. i rindu. i rindu kat ady. i rindu orang layan i mcm ady layan i. i nangis masa u balik hari tu sebab i tau i akan hilang 'ady' i lagi. takpe. biar i sakit. i pendam dalam dalam. i tak tau nak fikir apa lagi dalam relationship. i dah rasa kosong sangat sangat. harapkan bulan jatuh ke riba. yang jatuh matahari. bukannya bulan. epik kan?

"aku punya hidupku sendiri. aku punya banyak cita cita. aku punya banyak impian. aku harus laksanakan ia dahulu. aku tiada masa. tiada masa mahu layan bocah bocah bereng kamu. fuck you. mampus loe. gue lagi benci ama loe."  - Kata aku pada hati.


11 June 2012

Persinggahan Sementara

Kamu hadir dalam jangka masa yang sekejap. cepat. pantas. Segenap buat diri aku lagi menari nari di awangan. Oh ya, mungkin kerna aku juga pernah memendam. pendam. pendam dalam dalam. Tidak pula aku terfikir ini akan terjadi. Sepertinya aku masih bermimpi.

Ya ampun.

Kadang aku mengeluh. Kenapa tidak dulu? Kenapa tidak sebelum ni. Ah, menyesal. Emm, Perlu kah aku menyesal? Bukan kah semua itu punya hikmahnya? Tuhan kan punya rencana-Nya buat aku? Kenapa perlu aku menyesal? Aku tidak mampu menafikan yang aku hanya manusia biasa yang sentiasa tersasar dari landasan hidup. Aku punya celakaku tersendiri. Aku punya sial aku sendiri yang selalu bikin aku lagi khayal leka bermain pasir dalam pantai hatiku.

Kuat dan terus kuat perasaan ini. Takut. Memang takut. Komplikasi minda dan emosi serta nafsu bunuh aku diam diam. senyap senyap. dikit demi dikit.

Penyakit. Pandai kau cari penyakit buatmu sendiri kan wahai si celaka? BUKAN AKU YANG MAHU. FAHAM GA? AKU GA MAHU INI SEMUA. AKU GA BUTUH INI SEMUA. Ya, awalnya aku punya pilihan. dan sekali lagi, aku pilih langkah yang ternyata buat aku tidak berpijak pada bumi yang nyata. Berpijak pada bumi fantasi. Ya, aku tau juga tahu, mungkin hikmahnya lebih baik. Tapi hanya mungkin. Mana mungkin aku tahu apa yang mungkin? tidak mungkin bagi kemunkinan itu.

Detik demi detik. aku titip semua sisa sisa perahan jus cinta itu. Aku kumpul semuanya. Ya, aku tahu, aku akan telan jus itu. Walau pahit. Tapi setidaknya aku usaha. Ya, usaha. Aku berusaha untuk mencoba dapatkan buah cinta itu. Ya, ternyata. Usaha aku akan jadi yang sia sia. Celaka bukan? Ya ga lah. Ga celaka sayang. Kamu cuma mengikut kata hati minda kamu. Itu aja.


Kamu tahu ga yang kamu itu bagaikan jelmaannya DIA?


*Perasaan bercampur aduk. Bersepah sepah. Ah, celaka. Benci. Bila idea ada tapi tak mampu menulis dengan baik kerna perasaan yang bercampur baur begini.


dfn.-

23 May 2012

Jika Bisa

pada detik ini, ,mahu nya aku pergi di atas gunung. sanggup aku daki walau berkaki ayam. bila sampai di puncak gunung, akan ku ucap sukur. ya, aku bersukur kerna nikmat Tuhan. dan akan ku menangis. sepuas puasnya. sepuas puas puasnya. sampai tiada secalit tangisan yang semalam pun dalam diri. dan aku mahu jerit perkataan perkataan ini,

"AKU MANUSIA CELAKA. AKU MANUSIA PUKIMAK. AKU MANUSIA SIAL. TIADA GUNA HIDUP INI JIKA AKU SELALU KALAH DENGAN EMOSI. KALAH DENGAN DIRI SENDIRI. TIADA GUNA AKU MENGAKU DIRI SEBAGAI MANUSIA KALAU AKU TIDAK MENYEMBAH TUHAN. AKU MEMANG MANUSIA PALING SIAL!"

jika bisa. jika bisa kan? 

Minda Memerhati

hari hari aku dikelilingi dengan kopi. ya, kopi. kopi yang kalau diminum banyak bisa bikin sakit. sakit yang mampu membawa kematian. adakah aku pembunuh? tidak sebenarnya. tapi kalau kau pilih untuk dibunuh, ya, sila.

hari hari aku titip wajah wajah manusia serius. serius menjelajah liku hidup mereka yang berorientasikan wang. wang adalah tuhan bagi mereka. kerja keras. sekeras batu bata. sekeras batu belah batu bertangkup. sedar tak sedar kita dianjingkan. aku sedar. sangat sedar. tapi, tiada kuasa. hidup perlu makan. hidup perlu pakai. hidup perlu jalan. hidup perlu itu. hidup perlu ini. ya, aku juga menjadi seorang yang serius.

kadang rasa mahu tertawa. kadang rasa mahu terbahak. lihat wajah mereka, lihat wajah aku sendiri. seperti boneka kejam.

lain bener rasanya jadi aku yang ini. iya. yang ini. aku terus terusan menganjingkan diri aku untuk mencari hidup. ya. emang kalau dilihat dari sudut negatif, emang jelek. tapi kalau dilihat dari sudut yang positif, ya, itu untuk aku juga. untuk masa depan aku. keluarga aku. anak anak aku. 

anak anak? kah kah kah.

aku rasa kosong. pasti ini yang aku rasa bila mulanya aku sudah enak dilamun cinta. sial. sial betul. benda yang sama ulang ulang. rasa seperti cerita P Ramlee yang diulangtayang selama 13kali dalam masa satu jam. Sial bukan?

sayang emang sayang, cinta emang cinta. pasti? itu tidak pasti. sakit hari hari buat hati ini umpama besi. besi yang hanya bisa dileburkan dengan api yang kuat. apa lah yang aku repekkan? mental terganggu dengan pelbagai urusan. 

mengeluh. aku hanya mampu mengeluh. kalau dapat diputar waktu. kalau. kalau. tapi tak ada kalau kalau. memang tak boleh diputar. hadap. hadap. hadap ya.



18 May 2012

jari jemari

dan sekali lagi, aku berangkat ke negara seberang tambak untuk menjadi kuli batak yang berjaya.

beban.

beban emangnya kalau kita lihat tak seindah mana. bukan tak seindah. memang tak pernah jadi indah. berat memikul beban lebih berat dari memikul seekor bapa gajah yang sudah tua. tapi bila ditilik, dibongkar rahasia beban ni, ada baiknya. mungkin. ya. mungkin.

aku tidak minta hidup seperti ini. aku tidak pernah pula mendambakan air mata sebelum mimpi aku lagi diulit rakus. aku tidak pernah pinta apa apa untuk hidup aku. cuma ketenangan. dan kekuatan. dan kesabaran. kamu juga pinta yang sama seperti aku, bukan? pasti ya.

semuanya bergolek golek di hadapan aku. menarik perhatian aku untuk menyinggah walau dalam hati kata tak mahu. cilaka. CILAKA? kenapa cilaka? bukankah semua Tuhan yang ngaturin buat aku? semua yang bergolek, yang mengesot, yang merangkak di hadapan aku tu kan Tuhan yang punya kerja. kenapa cilaka yang ia dapat? tidak. yang cilakanya adalah aku. aku yang cilakanya. tidak beriman. tidak ingat Tuhan. tidak sembah Tuhan. Tidak bikin apa yang disuruh Tuhan. Tidak itu dan tidak ini. Macam mana Tuhan mahu kasi yang tidak cilaka bagi aku?

persoalan.

sabtu. ahad.
banggali pun bercuti. kenapa mesti aku samakan dengan banggali? ternyata aku ni anak manja. manja mengada ngada. mengeluh sana sini. penat. capek.

cinta.
cinta tetap sama. tiada kurang walau mulut kata benci. walau hati disakiti. yang ini betul punya cilaka. bukan aku lagaknya seperti orang tolol. tapi aku tidak tahu bagaimana caranya untuk mengatasi cinta ini. bagus benar kalau kita bisa lihat setiap hikmah yang akan terjadi. kalau begitu lah kaedahnya, baik Tuhan tidak mencipta perkataan 'ujian'. bukan?

fikiran orang bodoh.
seperti aku. bodoh tak terperi. tak terkata. bodoh. bodoh. bisa ga kita bersihin otak kita dengan sabun? ya, itu aku idamkan juga. bodoh. ternyata fikiran aku bodoh. seperti kamu juga.

biar jemari bersuara lantas mengekspresi semua di minda. itu aku. siapa lagi aku nak serbu untuk dengar rintihan puaka ini? tidak akan ada. kecuali Tuhan. mungkin Tuhan juga sudah muak. yang lima waktu diketepikan. tapi datang melutut, menangis keluar air hidung bila disakiti.

selagi jemari bisa berlari. pantas saja aku larikan di atas papan kekunci ini. hanya itu yang bisa.
coretan sampah oleh si sampah yang tolol.


dfanheartcore.
nangis bagai anak kecil mahukan susu ibu. merengek. cilaka. sangat jengkel.

tapi hanya itu yang aku bisa. sakit. terlalu sakit hati aku.

kamu tak bosan? simpan, peram, lepas keluar beberapa gelen air mata, kamu tidur. dan bangun besok lagak seperti biasa?

habis, apa lagi yang aku bisa? aku perlu kan kekuatan. dari mana, aku tiada idea.

kamu lihat bangunan itu. diri di tingkat paling atas. tutup mata, terbang, terbang. dan terbang sejauhnya.

sial. aku belum gila. terbang ke mana? terbang terus ke neraka? cilaka. pergi mati lah kamu.

hidup.

Hidup di dunia penuh pancaroba, propaganda, drama, bikin gua rasa muak, ,mual, loya. Kadang kadang jijik, geli, berlengas. Macam ketiak yang tidak basuh berminggu minggu. Pengotor!

Tapi aku tetap susun jemari aku tanda bersyukur. Alhamdulillah. Aku lagi bisa makan. Aku lagi bisa minum. Aku lagi bisa bernafas. Malang benar mereka yang hanya bisa makan minum tanpa mengunyah sebaliknya pakai tiub, terus ke saluran saluran dalam badan yang aku sendiri kurang pasti apa apa. Lebih malang lagi bila aku lihat, mereka yang tak sempat bernafas selama 22 tahun seperti aku. Kasihan.

Tapi aku juga homosapien. sama seperti kamu dan kamu. ya, pasti juga kamu. Aku juga puaka. Aku juga celaka. samanya juga seperti kamu dan kamu dan ya, pasti kamu juga.

Terkadang jiwa ini kering. kontang. Mungkin terlalu pantas air mengalir. Hanya jantung mampu berdenyut laju bila dikatakan ada keperitan yang menyinggah. Selebihnya, otak akan berputar ligat, jemari akan pantas menaip. Ya. itu aku bisa.

Goyang goyang lutut. Cucuk cucuk telapak kaki. Penat. Lelah terkejar kesana kemari. Bukan mengeluh. Terdetik dalam hati. Bokap aku lebih penat dari yang ini. Nyokap aku juga lebih perit dari yang ini. Lalu aku gagahkan diri.

Ah, sial sial!

Terlalu banyak suara bermain dalam minda. Sampai jemari tak tahu mahu menaip yang mana.

Sial. Sial. Memang sial.

05 May 2012

Pakwe yang indah.

Tadi jumpa dengan pakwe. Ah, rindu. sebak dada masa peluk cium dia sebelum berpisah. Tuhan aja yang ngerti. Lepas tu telephone pakwe. Nangis nangis aku bilang aku rindu, aku sayang. Ya Ampun, macam nak pergi mati saja. Celaka.

Pakwe cakap
"Sayang, dengar ni aku cakap. Dengar tau. Aku, sayang sangat kat kau. Aku janji aku tak akan curang. Aku buat passport minggu depan ni. Bulan enam nanti kita jumpa. Aku pergi tengok Hurricane, lepas tu aku lepak luar aja dengan kau."

Pakwe cakap lagi
"Sayang, kalau kau sakit ke, demam ke, batuk, selesema sekalipun, beritahu aku tau. Kalau kau ada masalah famili kat sana, beritahu aku. Jangan pendam pendam lagi okay?"

Ah, cair.
Pakwe pandai amek hati aku malam ni. Aku akui, pakwe sangat penyabar orangnya. Karenah aku yang keanak-anakkan ni dia layan. Walaupun aku jauh lebih tua sebenarnya. Ah, umur saja,bukan?
Aku juga akui, pakwe seorang yang lembut hati, dan garang dan terkadang, sangat protective. Cuma kadang, dia tak tahu nak tunjuk. Aku dapat rasakan itu. Aku sayang pakwe.

Pakwe bikin aku gelak masa dalam telefon. dari menangis, sampai aku gelak, sampai aku bercerita, sampai aku, sampai aku, sampai aku rasa kuat untuk mula hidup baru.

Pakwe cakap
"Sabar ye sayang. Ala, tiga minggu je lagi ni. Ni da masuk bulan lima. lagi berapa hari je lagi kita nak jumpa. Aku janji ni. Aku janji aku akan pergi singapore 2June ni. Tiga minggu je lagi okay? Jangan lah nangis"

Sumpah, demi Tuhan, tak terlintas langsung hati aku untuk menduakan pakwe pada tika ini. Dan aku semakin percaya akan pakwe. Pakwe banyak buktikan yang dia sayang aku dengan ikhlas. Cumanya, aku saja yang lebih lebih emosinya. Benda kecil boleh jadi isu besar. Kesian pakwe. Tapi, kali ni, aku da mula selesa. Selesa dengan pakwe. Cumanya, ada sesuatu yang masih buat aku takut, tapi aku tak boleh nak luahkan pada pakwe. Ya, bekas kekasih. Ah, lupakan.

Kesi cakap
"Positifnya, dia nak tolong orang aja. Tolong macam biasa"

Ya, aku kena fikir yang postitf aja. Pakwe sayangkan aku. Buktinya? Buktinya banyak. Tolong sedar ya, penulis. Tolong sedar apa yang telah pakwe tunjuk tu.


Aku semakin kuat. Naik 1% kekuatan aku. Jadinya total dalam 5% kuat. InsyaAllah, dengan petunjuk Allah, dengan kekuatan dari Allah, dengan izin Allah, akan cukup lah 100% kekuatan aku nanti. InsyaAllah.

Alhamdulillah, aku masih bernafas sebagai seorang muslim. mungkin terasa aku ni pukimak bila ulang ayat ini. Tapi, aku tak peduli. Masih ulangi dan akan terus ulang.

"Aku mahu pakwe jadi yang halal buat aku. Aku mahu pakwe yang akan jadi imam untuk aku. Aku mahu pakwe yang mengazankan anak anak aku. Aku mahu pakwe yang sambut hari tua aku kelak. Aku mahu pakwe yang memandikan dan mengkafankan jenazah aku. Aku mahu pakwe imamkan solat jenazah buat aku. Aku mahu pakwe kucup dahi aku bila nyawa aku tidak lagi dikandung badan. Dan tika semua yang aku mahu ini, pakwe ku bukan lagi seorang pakwe tapi seorang suami yang sah. InsyaAllah"





dfanheartcore.

04 May 2012

Jaga diri ya.

Hi cinta hati,

Aku akan berjumpa kau sebentar lagi. Mungkin itu yang terakhir dan mungkin tidak. tapi harapnya tidak. Sayang, aku akan ke negara orang besok. Aku pergi sana bukan untuk berjimba, bermain tali atau apa apa yang lain. Aku ke sana untuk aku, untuk keluargaku, untuk kau, untuk kita, untuk masa depan kita.

Ya, mungkin agak menjengkelkan cara penulisanku kali ni. Tapi akanku luah semua dalam hati aku.

5februari. Cinta aku berputik. meski kau tak tahu. tapi, ya, itu pasti. 11april, kau lamar aku menjadi hak sementara kau sebelum aku jadi yang halal bagi kau. Ya, itu permulaan cerita kita.

Hari ni, aku jatuhkan segala ego wanita ku walau tidak setinggi mana, aku cinta kan kau, sayang. ya. itu pasti. Aku mahukan kau menjadi khalifah aku yang akan mengimamkan solatku, yang akan mengazankan anak anak aku, yang akan menyambut hari tua ku dan yang akan memandikan jenazahku dan yang akan kucup dahi aku waktu nyawaku tidak lagi dikandung badan.

Aku takut. setiap kali berjauhan, setiap kali itu lah aku berasa takut. Ahh, aku cuba sedaya upaya untuk mengawal emosi ku walau banyak kali aku kalah. Aku cuba. Aku cuba. Mungkin dengan cara aku ke negara orang ini, dapat menenangkan keadaan kita. Berjauhan tak semestinya hati aku jauh dengan kau. Tidak sama sekali. Aku cinta kau. Tak tergamak untuk aku berbuat begitu.

Sayang saja memang tidak cukup bukan? Ya, aku kalah dalam mempercayai kau. Aku mengikut kata emosi aku. Aku menyesal. Aku cuba untuk mempercayai kau. Akan aku cuba sedaya upaya aku. InsyaAllah, Tuhan tidak jahat. Dia tau apa yang baik untuk aku dan kau.

Jika suatu hari nanti kau harus pergi, atau aku harus pergi kerna memang tiada suratan untuk kita bersama, Ya aku redhakan. Walau sakit, walau perit. Tapi, cuba untuk bertahan ya sayang? Kita berusaha, dan kita bertawakal.

Aku janji, lepas habis tugas aku disana, kita akan ikat tali pertunangan dan kita sama sama simpan duit untuk ke peringkat yang lebih jauh. InsyaAllah. itu  yang aku harapkan. hidup bahagia bersama kau.


Aku cinta kau, firdaous. Aku cinta kau.


Kau jaga diri ya.
dfanheartcore.

Kuli sementara di negara orang. Ya, itu aku.

Aku akan ke negera orang besok. Ya, mungkin tidak jauh. Hanya seberang sahaja. Aku ke sana untuk bekerja. Meninggalkan tempat jatuh, bangun, sakit, pedih, sedih, gembira, seronok aku. Berat. Sangat berat hati aku. Seburuk buruk negara aku, ini lah tempat aku. Tidak mudah untuk aku meninggalkan keluarga disini, dengan keadaan keluarga ku yang porak peranda, tidak mudah juga untuk aku tinggalkan kehidupan aku di sini, kehidupan remaja aku, tidak mudah sekali untuk aku meninggalkan cinta aku di sini. Ya, sakit. Memang sakit. tapi, demi masa depan aku, aku ringankan juga langkahku untuk menapak di tempat orang.

Cita cita aku adalah penentuan budi yang harus ku balas kepada keluarga aku. Masa depan aku yang cerah. Sudahlah pelajaran aku tinggalkan, bekas bakal suami juga ku abaikan, apalagi yang tidak cukup untuk aku menyiksa keluarga aku? lalu arang bagaimana lagi yang harus ku conteng?

Aku bertekad. Aku bekerja di tempat orang, aku disiplinkan diri aku, dan capai cita cita aku. Cepat atau lambat. Perancangan yang aku buat telah rapi semuanya, tinggal lagi, keredhaan Allah SWT untuk aku berjaya.

Aku tidak kisah biarpun apa orang akan lemparkan kepada aku. Tahi ataupun bunga, ya, itu aku tidak kisah. Yang penting, aku harus kuat. Allah ada bersama aku. walau hilang sekalipun wajah wajah keluarga ku, walau ghaib sekalipun cinta hati aku, Allah takkan buat begitu. Ya, aku tau. Dia sentiasa menemaniku. walaupun susah atau senang. cumanya, aku tidak boleh nampak Dia. tapi, aku dapat merasakan kehadirannya walau ada ketika aku leka, aku alpa.

Berbekalkan helaian baju, passport, dan barang barang penting, akan ku jejakkan kaki ke negara seberang tambak.

Ya Allah, aku mohon melutut bersujud kepadaMu, Kau permudahkan lah ujianMu, Kau permudahkan lah jalanku untuk aku mencapai cita cita aku. Aku sememangnya hambaMu yang hina yang selalu lalai, selalu leka dengan kewajibanMu. Maka, Kau berilah cahayaMu agar aku tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama, atau kesilapan mungkin aku tidak nampak. Kau jauhkanlah anasir anasir yang mampu membuat aku jatuh. Cintaku padaMu tetap yang satu. Amin Ya rabbal'alamin.


Kuli sementara di negara orang,
dfanheartcore.

02 May 2012

Makin hari makin pudar.
Celaka. Benci pula aku dengan rasa ni.
Jika rasa boleh dibunuh bunuh
Akan ku rejam rasa ni sampai mampos.

01 May 2012

12:21 AM.

Tersengih sengih aku taktala teringatkan mu,
Walau dalam kepedihan, sebenarnya aku bahagia.

Ya, bahagia.
Cuma, aku juga homosapien yang ga akan pernah puas
ga pernah puas untuk lebih bahagia.

Tapi malam ini
detik ini
ku tadahkan jemariku sambil dongakkan kepala ku ke langit hitam

Ya Allah,
aku sangat bahagia kerna aku masih bisa bernafas
aku sangat bahagia kerna aku masih bisa tersenyum
aku sangat bahagia kerna aku masih bisa tertawa
dan aku juga sangat bahagia kerna aku masih bisa menangis.

Ini nikmat hidupmu.
Nikmat sakit dan Nikmat bahagia yang kau berikan memang tiada tandingan

Alhamdulillah, syukur.



dfanheartcore.




29 April 2012

Rahasia.

Dalam dalam aku pendam.
Erat erat aku genggam.
Biar ia padam. 
Biar ia kelam.

Memang aku punya rahasia.
Kamu juga punya, bukan?
Semua orang punya rahasia.
Yang mengetahui hanya Tuhan.

Lembut lembut air mata berenang dipipi ku.
Aku sapa sekali, dia keluar lagi.
Aku sapa sekali lagi.
Ah, terlalu banyak air mata ini.
Kapan mahu tamat ceritera ini?


24 March 2012

untitled.

Please take note.

One day, when the time comes,
You'll leave me, alone.
alone.
yes, alone.
Please, i'm begging you,
Please don't forget about me
don't forget about what we had been through
the tears,
the laughter,
the smiles,
the kisses

don't forget about us.
please?

please keep me in your heart.
save the space for me in ur heart.

I want you to know
how valuable you are

i love you.
i love you.


I know, for GOD sake, I knew it.
i know we would never be together
there's never be a happy ending in us.
but please,
dont forget my name.





dfanheartcore.

23 March 2012

Cinta Dua Dunia

Walau kita kongsi minat yang sama
Kemistri kuat ke
Instinct kuat ke
Kita sebenarnya terbelah oleh dua dunia berbeza
Dunia remaja aku kian pudar
Tapi engkau baru hendak merasa.

Ya,
Cinta kita tak akan direstui.
Jauh sekali.
Tak apa.
ada hikmah
aku sakit
aku sakit sangat sangat

Malam aku menangis tu
Malam aku melalak setelah dengar satu ayat dari kau.
Aku betul betul sakit
aku taknak kehilangan kau.

aku buat buat kuat
aku buat buat cool
selebihnya, tidak.
tidak sama sekali.
bodoh kan aku?
loser kan?
tikam aku pls.

aku nak kau tau.
aku syg kau.
dan kali ni aku tak tipu.
tak ada benda lagi yang aku tipu dengan kau.
ini yang benar.
aku tau, kita takkan ada happy ending
tapi aku harap kan sebuah yang ajaib
sebuah kisah cinta yang ajaib.
itu yang aku harapkan.

aku sayang kau.




dfanheartcore

Bila hati kata YA.

aku tidak memaksa ia. aku tak pernah memaksa ia.

datang tiba tiba.
melekat dalam jiwa.
ingat aku ni apa?

ah.
jangan kau ulangi lagi
jangan kau kaburi lagi
jalan ku bukan lagi mati.

tapi

bila aku menafi
mulut kata tidak
YA kata hati
perlu kah aku berganjak?

ah tidak tidak!
aku sudah berjanji
selagi ada nadi
kau akan aku temani
biar perit menanti


Gut, gua sayang lu.
gua nak tengok lu bahagia.
gua nak tegok lu gembira.
jangan jadi loser macam gua.
umur da lanjut
tapi masih begini
ingat ada orang nak kat gua?
tak gut. tak.
satu hari nanti
kau akan pergi.
bila kebahagiaan kau kecapi.
aku akan terima
walau air mata darah sekalipun yang keluar
aku redha.




dfanheartcore.

06 March 2012

Rindu Kawan.

To all my friends yang concern (especially yang pernah rapat, brothers)

aku rindu masa dulu dulu. seriously. bila aku tengok gambar gambar lama, aku rindu. aku simpan. aku tak tau. mungkin kau orang tengok aku ni cepat lupa kawan. atau busy dengan kawan kawan lain. tapi, aku sebenarnya, tak pernah lupakan korang. korang tetap kawan aku. cuma aku busy dengan kerja aku, dengan aktivitas aku. mungkin kau pandang aku sebelah mata. mungkin kau nak cakap aku ni crusty punk sangat. dan mungkin kau cakap aku ni tak hardcore dah. aku more to punk. rebel dan sebagainya. itu adalah part of my activity. and, itu adalah life aku. tapi, walau mcm mana pun aku, benda tu aku tolak tepi, friend comes first.

mungkin aku tak reti berkawan. aku mungkin tak boleh ada time korang happy, ke sana ke mari bersama kawan kawan lain. tapi, ingatlah, aku akan ada masa korang susah. itu aku. itu jenis aku berkawan. bila korang tengah happy, tgh gembira, aku tengok korang dari jauh. aku pergi cari kegembiraan aku sendiri. tapi bila korang susah dan korang perlukan seseorang, aku akan ada disisi korang secara volunteer. aku tak kesah.

aku mungkin bukan satu daripada good friend or best friend korang. aku akui, hidup aku tenggelam timbul, tenggelam timbul. tapi ingat lah, aku ada tanggungjawab aku sebagai kawan kepada kawan yang lain. dan aku ada tanggungjawab lain selain kawan, iaitu family dan kerja. dan aku juga ada tanggungjawab aku dalam aktivitas aku.

setiap memori yang kita pernah lalui dulu, masa dulu dulu yang mana korang jaga aku, ke sana ke mari bersama, lepak sampai pagi sama sama, benda tu sikit aku tak pernah lupa kan. 0.1% pun tak pernah aku abaikan. setiap masa aku rindukan korang. cuma mungkin 24jam tu adalah sangat terhad bagi aku. maaf.

aku bukan lah peneman gembira yang baik. tapi aku sure, 100%sure, yang aku akan menjadi peneman duka yang terbaik.






dfnheartcore.

Ba Alif Ba Ya

sekian lama aku tak update apa apa.
semua aku pendam dalam jiwa

dunia, hidup tak seindah yang aku sangka.
tak seindah yang engkau sangka
tiada siapa yang pinginkan gundah gelana
tapi apa nak buat, terima sahaja.

kosong
sepi.

babi!
kau memang babi!!

hahahahhahahahhahaha

gelak lah kau puas puas lahanat!
kejam kan kau!
ye, kau memang kejam
jerat diri sendiri dengan benang?
mati.


aku masih begini. cinta tidak pernah ku cari.
aku tidak mencari cinta. aku bosan.
aku cuba mencari kehidupan.
masih juga begini.
apa kejadahnya? mungkin tak diberkati.

Ya Tuhan.
kenapa gelap jalan aku ni?
mana pergi cahaya iman yang kau pinjamkan?
busuk hati ku kerna tidak menghargai
jahanam kau, dfan! jahanam kau perempuan!

setiap saat aku berlari.
masuk dalam semak berduri
warna warni ku cari
tapi?
ahh, pergi mati!

21 February 2012

Masih Terlekat.

aku masih terasa. aku masih rasa. aku masih merasakan. tau apa yang aku rasa? aku masih sakit dengan perbuatan kau. aku masih benci kau. aku masih tak boleh maafkan kau. aku benci kau. aku benci kau aku benci kau aku benci kau aku benci kau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kau buat aku mcm anjing. kau buat aku mcm taik kau babi! kau sial kau sial kau sial kau sial kau sial kau sial kau sial!!!!!!!!!!! aku benci kau!!!!!!!!!! sumpah aku benci kau!! kau tau tak aku terseksa? tau tak? kau tau takkkk!!!! kau tak tau! sebab kau rasa kau bagus! kau mmg jahat! sebab kau aku terpaksa sakitkan orang lain! semua salah kau! semua salah kau! semua salah kau! salah kau!

18 February 2012

LIFE dan LOVE.

Life dalam bahasa Inggeris.
Hidup dalam bahasa Melayu.

Love dalam bahasa Inggeris.
Cinta dalam bahasa Melayu.

Beza?

Cuba kau kira. berapa ramai yang akan kata,
"aku tak percaya cinta"
"aku da malas nak bercinta"
"aku tak suka bercinta"
"cinta?sucks"

Cuba kau kira pula. berapa ramai yang akan kata,
"aku tak percaya hidup"
"aku da malas nak hidup"
"aku tak suka hidup"
"hidup?sucks"

haa, nampak tak permainan dia kat situ?
walaumacam mana cilaka pun hidup kau, kau tetap akan hidup. kau tetap akan bernafas. kau tetap akan bergerak.
walaumacam mana sial pun hidup kau, kau tetap akan bangun, buat rutin harian, buat kerja kau.
jangan kau benci hidup. kecuali kau nekad, bunuh diri dan mampos.

tetapi cinta?
ramai yang akan menahan diri untuk bercinta dalam masa yang lama.
matilah kau cinta! mati! kemudian sampai masanya kau akan dapat nikmat cinta itu sendiri tanpa kau sedari.
ramai yang akan membenci cinta untuk jangka masa yang lama.
pergi jahanam lah kau cinta! pergi mampos! dan satu hari nanti, cinta itu sendiri yang akan datang melutut pada kau.

life and love.
life isnt bad.
life isnt sucks
same goes to love.
love isnt bad.
love isnt sucks
but, love would take much more longer for you to face it well. but life, you have/MUST to face it everyday. or else,
as i mentioned,
suicide and die.

faham tak?
tak faham lantak lah. gua malas nak terangkan.


dfanheartcore



15 February 2012

INGAT YA.

gua harap lu ingat.
gua harap lu simpan elok elok benda ni dalam palotak lu.
simpan dalam dalam kat hati lu.

gua bukan apa.
takut lu terlupa.
sebab tu gua nak lu ingat betul betul.


SAMPAI MAMPOS, LU KAWAN GUA.
PAHAM?


okbai.



dfanheartcore


10 February 2012

Penatnyo!


Baru lepas kemas rumah. eh tak tak. basuh rumah. biasa lah kalau bela kucing duduk rumah apartment begini lah kaedahnya. mesti rajin membasuh rumah. sumpah gumbira hati aku tengok rumah bersih, wangi, hehehe.

hari ni hari yang penat.
bajet bajet nak bangun awal. nak pegi bb nak usha besarkan tindik di telinga ni.
aku ni ada masalah dalaman ni. sejak aku bertukar arah minat lelaki bertindik besar dan ada tatoo ni, dengan aku sekali terjebak nak tindik besar. aku nak buat tapi tak ada lah besar gajah. paling besar 10mm aja. lagipun aku mempunyai sepasang telinga yang kecil. so, macam buruk kalau buat besar besar.
okay, bebalik kepada cite aku nak bangun awal. biasalah. menganggur. kan. mana nak bangun awal.
mana tak nya! aku tidur pukul 6lebih. then, pukul 9 bangun hantar ekin pergi kerja. lepas tu, balik, tidur balik. bangun bangun, aku tengok jam dah pukul 5setengah. henpon aku jangan cakap lah. bermiscall miscall. berbbm bbm, bertweet tweet, beremail email.
so, aku pun bangun, skype kejap dengan mamat gila mana entah *sorry dush.aku gurau* lepas tu, pukul 6 aku terus mandi. sepantas kilat, aku pergi betulkan lampu motor aku
bodoh lah lampu tu! aku dah betulkan minggu lepas. pastu rosak lagi. aku pun tukar mahal sikit. kena rm6. takpe lah. duit boleh cari. nyawa mana nak cari? yedak? mihmihmih

lepas tu, aku pergi pasar borong beli barang dapur untuk Makanan Bukan Periuk Api (Foodnotbombs) aku yang akan berlangsung pada 19Feb2012. bukan apa. aku takut aku guna duit RM50 yang orang kasi tu. tu aku beli tu. setel semua tu aku singgah makan jap kat senget. makan rojak mee. memang sedap. tapi aku ni kebelakangan ni selera kurang. mungkin faktor datang bulan. haha.

balik terus, aku borak borak kejap dengan ekin dan iera. borak punya borak punya borak, ieda tweet ccakap da sampai wangsa maju. aku pun terus bergerak ke wangsa maju. nak print zine.
susah betul nak cari cc yang ada Microsoft Powerpoint. apa? mahal sangat ke powerpoint tu? semua pakai open office. ah, lantak lah. edit sikit2, masuk sana sikit, sini sikit. terus aku print. duduk berbual kejap kat mamak Ali Maju dengan Ieda. berbual tak lain tak bukan, pasal scene. tajuk utama bila lepak. :D

lepas tu si Rhid dengan Kesi dah sebuk call aku. tanya bila nak datang. hahahah. aku bukan apa. cheras tu roadblock banyak. ah! tengok jam da lewat pula. mesti banjingan banjingan tu sibuk tahan motor dan kereta. minta lesen memandu! aku mana ada lesen!!

balik tu, aku balik lah rumah kejap. packing barang. semangat mak nokss, nak ke tampin besok. :D sekali keluar, aku menghala ke cheras lah. sah! roadblock. aku pusing balik. ekin msg cakap dia kat esso. aku terus ke esso. ekin dengan mac. sah dating! kata dah break! hahaha. normal ah tu. aku melantak kejap nasi bujang esso. sedap! bukan sedap! lapar. dua hari tak makan nasi. mana entah hilang selera aku ni. lepas tu, mac balik. aku memang tak plan nak balik. boring lah. aku pun mula lah menempek menampal zine aku. datang pula amie dan rakan rakan (kawan kawan ekin) buat kecoh pula mereka. haha. tapi seronok lah. sebab mereka tu kelakar. sambil2 tu aku habiskan lah menempek tu. sampai kedai tu dah tutup lampu serta tv. hahahaha. aku masih gigih lagi menempek zine aku. akhirnya siap juga! puas hati aku! terus aku pulang ke rumah. berbual kejap. si ekin minta aku hantar ke rumah mac. aku pun keluar lah.terus aku pusing kejap pergi kedai runcit 24jam beli surat khabar. tu yang balik tu membasuh rumah tu.

haaaa, amekk kau. ni lah cerita aku untuk hari ni. dah lama rasanya aku tak menaip kat blog ni pasal cerita rutin harian aku. hehehe.

haa, aiman balik. dia belikan nasi lemak. mihmihmih. untuk aku ada housemate yang boipen suka belanja brekpes. mekasih ya aiman! :D melantak kejap. kejap lagi aku nak gerak ke gig TakexonexsteP kat Tampin. travel dengan kesi dan budak Homerun. tak sabar nak travel2 gini. mihmihmih.



sapkoktang!





dfanheartcore




Perokok Tegar


Terlalu banyak aku pendam dalam diri aku.
selama aku pendam aku menipu!
*gelak besar*
mesti kau orang tertipu kan?
padan muka kau!
pergi mati!
pergi mati sana!

mulut cakap lain
hati bilang lain
sialan!
setan!

apa masalah kau ni dipan!
apa masalah kau?
bukan kau suka hidup kau?
kau sayang kawan baik kau Cik Winston
dan kau cinta kawan karib kau Mr Beer kan?
kau suka kan?
kau sayang kan?

fak!
*jerit kuat kuat*
pukimak!
kau blah sekarang!
kau blah dari hidup aku
kau angkat kaki sekarang!
kau blah! blah!

sialan!
setan!

kau memang sial!
kau memang setan!

kau suka kan dipan?
kau seronok kan dipan?

yes!
aku suka!
aku suka hidup dalam pura pura!
yes! aku suka!
aku suka hidup dalam lakonan menjadi aku!

pergi mati kau dipan!




dfanheartcore

Sampai Mampos.

Kawan.

Kau kawan aku sampai aku mampos.
Sampai aku ni dah nak pergi menghadap Tuhan
Sampai aku ni kena jawab dengan Malaikat kiri dan kanan
Sampai aku ni nak kena baham oleh ular, cacing dan kala jengking
kau tetap kawan aku sampai mampos.

tak kesah lah mana pun aku tercampak.
negeri china ke, negeri jepon ke
tak kesah lah jauh mana pun aku pergi
ke bulan ke, ke planet pluto ke
kau tetap kawan aku sampai mampos.

kau susah aku ada
kau senang lagi aku suka nak ada
aku susah aku nak kau ada
aku senang lagi aku suka kau ada

kau rileks je.
tak kesah lah aku nanti nak kawen ke
tak kesah lah aku nanti nak kena honeymoon dengan laki aku ke
kau tetap kawan aku sampai mampos!

kau bodoh!
kau babi!
sebab tu aku suka kawan dengan kau
and aku akan ada untuk jaga kau sampai mampos.


ngerti?


dfanheartcore

09 February 2012

Kali ke berapa entah.

Sedut, lepas.
Sedut lagi, lepas lagi.

Kadang aku terfikir macam mana kisah hidup aku akan berakhir?
macam fairy-tale ke?
Ahhhhh!!

betul kata Amy ; FUTURE ITU MATI!

biar kan aja


janji aku happy dengan aktiviti harian dan mingguan aku.
aku bahagia dengan kawan kawan aku
aku gembira dengan keluarga aku.

itu sudah cukup.





dfanheartcore.

26 January 2012







and the story goes...


Well,
I cant say anything.
I just love this boy.
I'm in love with him for each and every second of this life
I'm not forcing myself to love him
It comes naturally.


Sampai bila?
harapnya sampai bila bila
insyaALLAH
:)



I love You







dfanheartcore

08 January 2012

Long Distance.


"With you is where I'd rather be
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me
I wish that you were here with me
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me"
- Bruno Mars


It is not easy to have this kind of relationship
But, in the name of God,
I swear, I'll try my best
To keep this relationship in a right path
And I'll make sure that
nothing bad gonna happen with this relationship.

I'm no one but your only Lover.
I'm no one but the only girl would admit that you're the special one
I'm no one but the only women would let my life end as yours
IF GOD SAY SO.


Pacar :
There's nothing can stop this feeling. Except God.
There's nothing can stop me from loving you. Except God.
There's nothing can stop me from spending the whole life with you. Except God.
There's nothing can stop me from sacrifice myself for you. Except God.

InsyaALLAH, if God says we would be together, there's nothing can stop He's decision.

I'm glad that I have you.
I'm glad that God gives me a person like you.
You lead me through this life.
And I know, if we're meant to be together, you'll be the best IMAM for our family, one day.


InsyaAllah.


I LOVE YOU, SAYANG.




dfanheartcore

04 January 2012

RAINBOW.




Four days with LOVE.

Thanks for everything.
I miss you already.
yes, you are far from these two eyes
but no, i'll never keep a distance from this heart.


I LOVE YOU

this is the first date
and, it is damn beautiful, funny date ever.
i'll keep it in my mind.
forever.









your brilliant girl .