dan sekali lagi, aku berangkat ke negara seberang tambak untuk menjadi kuli batak yang berjaya.
beban.
beban emangnya kalau kita lihat tak seindah mana. bukan tak seindah. memang tak pernah jadi indah. berat memikul beban lebih berat dari memikul seekor bapa gajah yang sudah tua. tapi bila ditilik, dibongkar rahasia beban ni, ada baiknya. mungkin. ya. mungkin.
aku tidak minta hidup seperti ini. aku tidak pernah pula mendambakan air mata sebelum mimpi aku lagi diulit rakus. aku tidak pernah pinta apa apa untuk hidup aku. cuma ketenangan. dan kekuatan. dan kesabaran. kamu juga pinta yang sama seperti aku, bukan? pasti ya.
semuanya bergolek golek di hadapan aku. menarik perhatian aku untuk menyinggah walau dalam hati kata tak mahu. cilaka. CILAKA? kenapa cilaka? bukankah semua Tuhan yang ngaturin buat aku? semua yang bergolek, yang mengesot, yang merangkak di hadapan aku tu kan Tuhan yang punya kerja. kenapa cilaka yang ia dapat? tidak. yang cilakanya adalah aku. aku yang cilakanya. tidak beriman. tidak ingat Tuhan. tidak sembah Tuhan. Tidak bikin apa yang disuruh Tuhan. Tidak itu dan tidak ini. Macam mana Tuhan mahu kasi yang tidak cilaka bagi aku?
persoalan.
sabtu. ahad.
banggali pun bercuti. kenapa mesti aku samakan dengan banggali? ternyata aku ni anak manja. manja mengada ngada. mengeluh sana sini. penat. capek.
cinta.
cinta tetap sama. tiada kurang walau mulut kata benci. walau hati disakiti. yang ini betul punya cilaka. bukan aku lagaknya seperti orang tolol. tapi aku tidak tahu bagaimana caranya untuk mengatasi cinta ini. bagus benar kalau kita bisa lihat setiap hikmah yang akan terjadi. kalau begitu lah kaedahnya, baik Tuhan tidak mencipta perkataan 'ujian'. bukan?
fikiran orang bodoh.
seperti aku. bodoh tak terperi. tak terkata. bodoh. bodoh. bisa ga kita bersihin otak kita dengan sabun? ya, itu aku idamkan juga. bodoh. ternyata fikiran aku bodoh. seperti kamu juga.
biar jemari bersuara lantas mengekspresi semua di minda. itu aku. siapa lagi aku nak serbu untuk dengar rintihan puaka ini? tidak akan ada. kecuali Tuhan. mungkin Tuhan juga sudah muak. yang lima waktu diketepikan. tapi datang melutut, menangis keluar air hidung bila disakiti.
selagi jemari bisa berlari. pantas saja aku larikan di atas papan kekunci ini. hanya itu yang bisa.
coretan sampah oleh si sampah yang tolol.
dfanheartcore.
No comments:
Post a Comment