05 May 2012

Pakwe yang indah.

Tadi jumpa dengan pakwe. Ah, rindu. sebak dada masa peluk cium dia sebelum berpisah. Tuhan aja yang ngerti. Lepas tu telephone pakwe. Nangis nangis aku bilang aku rindu, aku sayang. Ya Ampun, macam nak pergi mati saja. Celaka.

Pakwe cakap
"Sayang, dengar ni aku cakap. Dengar tau. Aku, sayang sangat kat kau. Aku janji aku tak akan curang. Aku buat passport minggu depan ni. Bulan enam nanti kita jumpa. Aku pergi tengok Hurricane, lepas tu aku lepak luar aja dengan kau."

Pakwe cakap lagi
"Sayang, kalau kau sakit ke, demam ke, batuk, selesema sekalipun, beritahu aku tau. Kalau kau ada masalah famili kat sana, beritahu aku. Jangan pendam pendam lagi okay?"

Ah, cair.
Pakwe pandai amek hati aku malam ni. Aku akui, pakwe sangat penyabar orangnya. Karenah aku yang keanak-anakkan ni dia layan. Walaupun aku jauh lebih tua sebenarnya. Ah, umur saja,bukan?
Aku juga akui, pakwe seorang yang lembut hati, dan garang dan terkadang, sangat protective. Cuma kadang, dia tak tahu nak tunjuk. Aku dapat rasakan itu. Aku sayang pakwe.

Pakwe bikin aku gelak masa dalam telefon. dari menangis, sampai aku gelak, sampai aku bercerita, sampai aku, sampai aku, sampai aku rasa kuat untuk mula hidup baru.

Pakwe cakap
"Sabar ye sayang. Ala, tiga minggu je lagi ni. Ni da masuk bulan lima. lagi berapa hari je lagi kita nak jumpa. Aku janji ni. Aku janji aku akan pergi singapore 2June ni. Tiga minggu je lagi okay? Jangan lah nangis"

Sumpah, demi Tuhan, tak terlintas langsung hati aku untuk menduakan pakwe pada tika ini. Dan aku semakin percaya akan pakwe. Pakwe banyak buktikan yang dia sayang aku dengan ikhlas. Cumanya, aku saja yang lebih lebih emosinya. Benda kecil boleh jadi isu besar. Kesian pakwe. Tapi, kali ni, aku da mula selesa. Selesa dengan pakwe. Cumanya, ada sesuatu yang masih buat aku takut, tapi aku tak boleh nak luahkan pada pakwe. Ya, bekas kekasih. Ah, lupakan.

Kesi cakap
"Positifnya, dia nak tolong orang aja. Tolong macam biasa"

Ya, aku kena fikir yang postitf aja. Pakwe sayangkan aku. Buktinya? Buktinya banyak. Tolong sedar ya, penulis. Tolong sedar apa yang telah pakwe tunjuk tu.


Aku semakin kuat. Naik 1% kekuatan aku. Jadinya total dalam 5% kuat. InsyaAllah, dengan petunjuk Allah, dengan kekuatan dari Allah, dengan izin Allah, akan cukup lah 100% kekuatan aku nanti. InsyaAllah.

Alhamdulillah, aku masih bernafas sebagai seorang muslim. mungkin terasa aku ni pukimak bila ulang ayat ini. Tapi, aku tak peduli. Masih ulangi dan akan terus ulang.

"Aku mahu pakwe jadi yang halal buat aku. Aku mahu pakwe yang akan jadi imam untuk aku. Aku mahu pakwe yang mengazankan anak anak aku. Aku mahu pakwe yang sambut hari tua aku kelak. Aku mahu pakwe yang memandikan dan mengkafankan jenazah aku. Aku mahu pakwe imamkan solat jenazah buat aku. Aku mahu pakwe kucup dahi aku bila nyawa aku tidak lagi dikandung badan. Dan tika semua yang aku mahu ini, pakwe ku bukan lagi seorang pakwe tapi seorang suami yang sah. InsyaAllah"





dfanheartcore.

No comments: