Aku akan ke negera orang besok. Ya, mungkin tidak jauh. Hanya seberang sahaja. Aku ke sana untuk bekerja. Meninggalkan tempat jatuh, bangun, sakit, pedih, sedih, gembira, seronok aku. Berat. Sangat berat hati aku. Seburuk buruk negara aku, ini lah tempat aku. Tidak mudah untuk aku meninggalkan keluarga disini, dengan keadaan keluarga ku yang porak peranda, tidak mudah juga untuk aku tinggalkan kehidupan aku di sini, kehidupan remaja aku, tidak mudah sekali untuk aku meninggalkan cinta aku di sini. Ya, sakit. Memang sakit. tapi, demi masa depan aku, aku ringankan juga langkahku untuk menapak di tempat orang.
Cita cita aku adalah penentuan budi yang harus ku balas kepada keluarga aku. Masa depan aku yang cerah. Sudahlah pelajaran aku tinggalkan, bekas bakal suami juga ku abaikan, apalagi yang tidak cukup untuk aku menyiksa keluarga aku? lalu arang bagaimana lagi yang harus ku conteng?
Aku bertekad. Aku bekerja di tempat orang, aku disiplinkan diri aku, dan capai cita cita aku. Cepat atau lambat. Perancangan yang aku buat telah rapi semuanya, tinggal lagi, keredhaan Allah SWT untuk aku berjaya.
Aku tidak kisah biarpun apa orang akan lemparkan kepada aku. Tahi ataupun bunga, ya, itu aku tidak kisah. Yang penting, aku harus kuat. Allah ada bersama aku. walau hilang sekalipun wajah wajah keluarga ku, walau ghaib sekalipun cinta hati aku, Allah takkan buat begitu. Ya, aku tau. Dia sentiasa menemaniku. walaupun susah atau senang. cumanya, aku tidak boleh nampak Dia. tapi, aku dapat merasakan kehadirannya walau ada ketika aku leka, aku alpa.
Berbekalkan helaian baju, passport, dan barang barang penting, akan ku jejakkan kaki ke negara seberang tambak.
Ya Allah, aku mohon melutut bersujud kepadaMu, Kau permudahkan lah ujianMu, Kau permudahkan lah jalanku untuk aku mencapai cita cita aku. Aku sememangnya hambaMu yang hina yang selalu lalai, selalu leka dengan kewajibanMu. Maka, Kau berilah cahayaMu agar aku tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama, atau kesilapan mungkin aku tidak nampak. Kau jauhkanlah anasir anasir yang mampu membuat aku jatuh. Cintaku padaMu tetap yang satu. Amin Ya rabbal'alamin.
Kuli sementara di negara orang,
dfanheartcore.
No comments:
Post a Comment