23 May 2012

Minda Memerhati

hari hari aku dikelilingi dengan kopi. ya, kopi. kopi yang kalau diminum banyak bisa bikin sakit. sakit yang mampu membawa kematian. adakah aku pembunuh? tidak sebenarnya. tapi kalau kau pilih untuk dibunuh, ya, sila.

hari hari aku titip wajah wajah manusia serius. serius menjelajah liku hidup mereka yang berorientasikan wang. wang adalah tuhan bagi mereka. kerja keras. sekeras batu bata. sekeras batu belah batu bertangkup. sedar tak sedar kita dianjingkan. aku sedar. sangat sedar. tapi, tiada kuasa. hidup perlu makan. hidup perlu pakai. hidup perlu jalan. hidup perlu itu. hidup perlu ini. ya, aku juga menjadi seorang yang serius.

kadang rasa mahu tertawa. kadang rasa mahu terbahak. lihat wajah mereka, lihat wajah aku sendiri. seperti boneka kejam.

lain bener rasanya jadi aku yang ini. iya. yang ini. aku terus terusan menganjingkan diri aku untuk mencari hidup. ya. emang kalau dilihat dari sudut negatif, emang jelek. tapi kalau dilihat dari sudut yang positif, ya, itu untuk aku juga. untuk masa depan aku. keluarga aku. anak anak aku. 

anak anak? kah kah kah.

aku rasa kosong. pasti ini yang aku rasa bila mulanya aku sudah enak dilamun cinta. sial. sial betul. benda yang sama ulang ulang. rasa seperti cerita P Ramlee yang diulangtayang selama 13kali dalam masa satu jam. Sial bukan?

sayang emang sayang, cinta emang cinta. pasti? itu tidak pasti. sakit hari hari buat hati ini umpama besi. besi yang hanya bisa dileburkan dengan api yang kuat. apa lah yang aku repekkan? mental terganggu dengan pelbagai urusan. 

mengeluh. aku hanya mampu mengeluh. kalau dapat diputar waktu. kalau. kalau. tapi tak ada kalau kalau. memang tak boleh diputar. hadap. hadap. hadap ya.



No comments: