29 September 2011

Kakak Garang

Tepat jam 12 Tengahari tadi
gua lincah check akaun Public Bank gua secara online.
hati gua terus berbunga riang ria Hari Raya lah.
Gaji gua dah masuk.
Dengan penuh semangat gua pekik satu office.
"Hoi orang kampung, gaji dah masuk hoii!"

Zuuuppp!!
sepantas kilat gua,Syafiq Elai dan Rovinder Singh dah terpacak kat lobi Menara UOA Bangsar.
gua pergi keluarkan duit.
apa yang gua bertambah hairan dengan negara gua sendiri ni,
gua withdraw RM200 (Bagi tujuan mem-renew Touch n Go serta membeli makanan)
sekali mesin pengeluar duit kasi gua semua duit RM10.
dah lah terkial kial gua nak amek tu duit pasal time time tu lah
candidate nak call. 2call satu masa pulak tu.

setelah setel kejadian di Bangsar,
kitorang terus sampai di KL Central.
Mc Donald yang gua idamkan dah penuh dengan manusia durjana sekalian
tak tau ke gua ni mengidam mcD dari semalam.
seperti aja gua mahu sepuk mereka semua lalu menghalau mereka keluar dari mcD tersebut
tapi, siapalah gua
gua bukan Datin/Perempuan Simpanan Najib.

So, last last kitorang makan kat Chicken Rice Shop.
tetibe sedang gua mengunyah dengan penuh rakus dan lahapnya
gua ter-KLMJ.
gua rasa sekali je gua makan chicken rice shop.
dengan Ady dan Family dia kalau tak salah.
tapi terus gua potong itu channel.

shuhhh!shuhhh!! pegi main jauh jauh sanaaa!

gua kembali kepada alam nyata.

haha.

lepas tu mcm biasa,
kung kang kung kang,
balik office.
tapi sebelum tu gua sempat borong Famous Amos.
ni semua sebab housemate gua yang makan Famous Amos semalam
membuatkan gua teringat ingat, terngiang ngiang, termimpi mimpi.
Ape citer entah gua beli pemes emes tu sampai RM25. --"

boleh gua melantak dalam bus kejap lagi time balik jb.


err, ape cite gua nii?
gua sebenanye nak cite pasal Kakak 7-eleven.
tadi gua nak beli panadol (disebabkan usus perut gua abnormal hari ni.datang bulan, biasa lah.)
gua masuk masuk gua tengok orang dah ramai kat kaunter. tapi ade 2line.
gua tak tau line yang mana.
gua terus pegi ke ruangan ubat ubatan. gua amek, terus gua beratu belah kanan. depan gua orang cina.
sekali bila time org cina tu nak bayar,
Kakak 7-E tu cakap dengan penuh bangga, riak serta takbur.
"Boleh tak ikut Queue? Susah lah nak tengok mana satu dulu"
lalu muka dia dia tarik dengan penuh masam (jeruk mangga muda yang ohsem makan dengan kicap)
gua terus beredar dari queue belah kanan, gua pegi queue belah kiri.
gua taknak lah nanti dia jerit kat gua.
silap silap berlaku pulak kejadian "Explosion in 7 Eleven"
ada juga lah terdetik kat hati gua
"kakak ni, muka dah lah tak cantik, merungut banyak. period macam aku jugak ke?"








Tak ada kerja yang tak penat.
sabar aja lah.
nak hidup

so?

santaiiiii





dfanheartcore

Pukul Lima

Gua bukak bukak je blog ni
Gua tengok kat followers.
ade new followers.
tapi gua macam kenal aja default tu.
yes! tepat sekali :D
CHUBBY HARUS DIREJAM
ter-capslock pulak.
sorry cabi.

gua belek punya belek
selak punya selak.
last last kerja gua terabai
blog cabi ni jugak gua baca,
sampai gua terlelap kat depan pc.
tambahan pulak dengan keadaan office gua yang sejuk
fuhh! terbaik lah.

gua tengok entry entry dalam blog ni bagus jugak lah.
tapi bukan main panjang panjang
nasib baik gua jenis pembaca novel jugak dulu
kalau sampai kat orang yang memang haram surat kabar pun tanak baca,
mau nya dia block terus blog cabi tu. haha.


Besok gua balik JB.
Gua terpaksa skip officemate gua punya engagement
sbb gua nak balik JB jumpa Timmy.
-__-
sebbek sayang.
kalau tak, ada yang dia aku makinye.


Gua tak tau lah,
this month gaji gua cukup untuk buat apa
dan beli apa.
bulan ni gua tak buat Financial Planning
sbb semua mcm out of planning.
yang gua rancang,
gua nak bayar hutang kawan kawan gua.
dalam RM200.
lepas tu,
selebihnya, gua kasi mak gua.
then gua kena buat touch n go
then gua nak beli kasut dan baju kerja.

kasut gua semalam carik pasal dengan gua.
gua tau lah gaji nak masuk.
boleh pulak dia nak buat pe'el comel dia
putus kat office.
nsb gua ada kasut lain + semalam bawak flatshoe.
kalau tak,
memang gua gigit kasut tu sampai hancur #guacakaplu
(pengaruh twitter.shits)
tapi takpe.
memang gua da kena beli pun.
haih.
bankrap lah gua --"


semalam adik gua IM gua kat FB.
dia dah order PSP.
gua bilang dia,
UPSR tu buat dulu.
skali dia kata dah habis UPSR.
gua terkejut ala ala monyet nampak awek cun lah.
dengan sepantas kilat sambar menyambar gua call umi gua
rupanya memang betul.
perghh! gua terasa jadi kakak yang tak bertanggungjawab kejap
sbb taktau adik gua UPSR.
tapi takper.
kalau dia dapat keputusan yang memberangsangkan gua,
gua belikanlah PSP kat dia sebijik

tapi ni besok gua balik ni,
gua nak beli apa eh untuk adik gua?
jam dah beli
seluar dah
baju dah
adoii.
gua ingat gua belanja dia tengok wayang lagi lah kot.
tapi mcm bosan je.
ahhh. besok ah gua pk!



JAM 1717!

hahahaha!






lapar mcD.
faktab.










dfanheartcore.

28 September 2011

Siapa bilang?

kuat.

perkataan kuat.

tolong kasi maksud sikit?

mengikut pengetahuan am aku,
kuat tu bermaksud kita tak akan kalah.
menang aja.
kuat tu bermaksud kita tak akan jatuh.
bangun aja.
kuat tu bermaksud kita tak akan nangis
senyum aja.


betul ke?
betul lah tu!


siapa bilang aku kuat?
siapa? siapa? bak sini kasi tau sikit.
aku sepuk kepala dia guna botol air.
mau?


aku tak kuat sebenanye.
aku lemah.
cuba kau pukul aku pakai kayu balak
kompem aku menangis meraung melalak

haa, kan aku da bilang
aku tak kuat.
jangan degil sangat boleh?


aku manusia biasa
macam dia, dia dan dia tu.
biasa aja kan?
fizikal memang lain
mental pun lain jugak
tapi,
fitrah manusia tetap sama
bukan?

pengalaman keluarga aku
pengalaman diri aku
pengalaman kawan kawan aku
tu semua adalah GURU BESAR dalam hidup aku.
umpamanya,
aku sebuah sekolah
apa yang bermain main dalam otak aku adalah pelajarnya
pengalaman yang ajar pelajarnya
tapi terpulang kepada pelajar tu untuk ikut atau tak.

tu yang kadang2 aku degil
kadang2 dengar kata
kadang2 ikut suka
kan?


ingat.
apa yang kita lalui ni
apa yang kita buat
rutin kita dari bayi sampai besar
akan ada kena mengena dalam setiap kehidupan manusia sepanjang hayat dorang.
mungkin sekarang tak nampak
tapi,
one day kita akan terperasan
sama ada kita nak pakai peribahasa
bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian
atau kita pakai peribahasa
sudah terhantuk baru nak tergadah aja lah kan?


buat lah pilihan untuk diri korang.
yes, korang boleh rujuk kepada sesiapa
tapi dorang tak boleh buat keputusan untuk korang
korang kena bijak buat keputusan
utk diri kau orang jugak kan?












so?

santaiiiiiiii




dfanheartcore.

26 September 2011

Gua Bangga.

Gua view BFF gua punya blog tadi.
Gua tengok artwork dia.
dia da makan maju.
Lawa gila dia edit gambar.
nampak real.
Keep it up Arip! :)


Gua teringat satu peristiwa yang berlaku dalam life gua baru baru ni.
gua naik heran.
Kenapa ada manusia yang dah terhantuk tapi tak tergadah - gadah.
bila gua fikir fikir balik,
itu lah, sifat manusia.
fitrah manusia memang cenggitu.
apa nak buat?

tapi kali ni, gua terus terang lah,
gua takkan lah nak kasi lu pijak lagi kepala gua.
kepala gua ni, lu tengok kecik besar kecik besar je kan
skang, lu tengok kepala gua besar tak kecik kecik.
sorry lah.

selama gua kasi lu pijak sambil melenyek lenyek kepala gua ni,
gua memang pendam aja semua.
gua tak akan cakap apa apa lagi.
gua memang suka simpan dalam dalam
sampai satu masa,
gua tak bilang apa apa.
gua pusing belakang
gua jalan.

sekarang lu dah terhantuk.
tapi lu anggap gua yang hantuk kepala lu.
padahal lu yang hantuk kepala lu sendiri.
lu refresh lah kepala lu tu,
lu pk apa lu buat selama lu kawan dengan gua.
macam mana lu buat gua
macam mana lu angkat gua sebagai KULI.
gua tak bising.
gua relaks.
gua pk lu takde kawan
kalau gua biar,
lu hanyut.
lu mana pandai jaga diri.
so, gua tahan.
berhati perut kan gua?

tapi?
lu kasi gua balasan yang sangat comel.
mcm muka lu jugak lah.
sampai gua rasa, gua punya kepala ni dah takde sbb lu pijak kuat sangat.
so,
alang alang lu dah terasa dengan gua,
gua okay je.
gua memang sengaja buat lu terasa.
skang gua nak tengok sejauh mana lu boleh hidup kat luar tu.
gua nak tengok siapa yang boleh tahan dengan perangai lu kalau bukan gua.
gua okay je kalau lu nak datang kat gua balik
tak perlu lah lu nak melutut, cium ibu jari gua ke,
guling guling depan gua ke,
tak perlu lah.
cuma gua nak lu kasi buang perangai bukan bukan lu tu
gua nak lu turun kan sikit pe'el lu yang pentingkan diri tu.
tu je.
mudah dan bergaya bukan?

dah lah.
gua rasa panjang pulak gua memebebel.






kbai.






siapa makan cili terasa pedas.












santai.









dfanheartcore

Sleep.

**Tajuk kat atas ni sempena aku tgh dengar lagu dalam playlist hp aku. Lagu Copeland-Sleep**


Tadi gua ada terbaca kat fesbuk
Tentang percintaan.
terus gua update blog.
selalu petang2 sikit baru gua update.
tapi ni hari semngat lebih pulak.



Dalam fesbuk tu gua ada baca.
bercinta ni bukan mcm dulu dulu, i text u, u text i, i call u, u call i.
bercinta pasal tanggungjawab.


Apa yang terjadi dalam life gua
pengalaman gua selama gua hidup 21 tahun ni,
gua kasi 5bintang untuk ayat fesbuk tu.
memang tepat.


Persamaan bercinta dulu dan sekarang.

Tak nak dipermainkan,
Tak nak disakiti,
Tak nak menangis bagai,
etc, etc.

Perbezaan dia?

Bila dah tua tua ni, tanggungjawab lebih sikit.
Dari segi apa?
- Kalau dah main, tak reti reti nak tanggungjawab? babi noh!
- Kasi duit kalau pasangan takde duit.
- Bawak pergi sopping.
- Tetiap minggu kena jumpa and jenjalan
- Dah kena simpan duit nak kawin
- Nak kena keluar kan sebijik kereta
- Nak kena beli rumah
- Kalau melawat rumah mak bapak pasangan kena pk nak beli apa
- Pakai baju apa
- Nak berbual apa (siap tulis script)


uish. terlalu banyak ah kalau nak stated pat sini.



Bercinta ni susah sebenanye.
dia bukan sebab feeling ai leb yu, yu leb me
dia bukan sebab napsu nak main aja

banyak lagi perkara yang manusia sepatutnya fikir bila bercinta

kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.

kalau tak nak stress2 pasal cintan cintun ni,
jangan mengada nak bercinta lah.
nak main, pegi carik pelacur.
harap maklum.









mengikut pengalaman,pemerhatian, research aku,
lelaki akan mula pk untuk berumah tangga atau dalam bahasa saintifiknya SERIOUS, time umur dorang meningkat menghampiri 30.














dfanheartcore

Sometimes. YES, Sometimes.

Aku banyak wondering lately ni.
macam macam aku pk.
betul ke setiap keputusan aku buat?
aku tak silap langkah ke?

pada siapa aku nak mengadu?
pada siapa aku nak rujuk?
kalau semua sekadar gembira carik aku?

ya,
itulah kawan kan?
mungkin aku juga pernah buat orang mcm tu.
pernah ke eh?
aku rasa aku ikhlas.
tapi kadang kadang apa yang kita buat kita tak perasan
tak nampak.

aku tak suka menuding jari
tu bukan aku.
aku tak suka memaling muka bila orang bercakap dgn aku
tu bukan aku.

tapi kenapa mcm apa yang aku dapat tak setimpal?



tak baik aku pk mcm tu.
tapi,
aku manusia biasa.
aku pk bukan bukan.
itu biasa bagi manusia biasa
semua manusia akan pk mcm tu bila dirinya dipijak
dihina
dicaci


siapalah aku.

aku tak berpelajaran tinggi
aku tak ada rupa paras
aku tak ada bentuk badan yang menarik
aku tak ada harta dan kekayaan seperti kau.


ya,
itu jugak biasa dalam dunia ini.
yang besar, pandang rendah pada yang kecik
terlalu biasa.
dan, mereka juga manusia biasa.
bukan?









mungkin gua punya bulan mau datang lah
hahaha.






dfanheartcore

23 September 2011

11:11

make a wish.



Thank you. Fuck you.




Hello LIFE.
supp?
fine? yeah great then.



Lately ni aku dapat banyak baru punya pendapat.

Situasi 1

orang yang berkawan, seperti kapel mapel ni,
tapi tak declare.
diorang akan ada potensi untuk tahan lama
if one of them tak back off sbb probability dia hanya menuju ke masa depan dan bukan stop.
orang yang kapel mapel ni, yang da declare
diorang akan ada potiensi untuk TIDAK tahan lama.
sbb bila da declare, probability dia untuk kahwin atau break.


Situasi 2

orang yang baru break off, tapi agak berumur.
dah nak tunang/kahwin dengan pilihan mak bapak.
suddenly, ex dia carik balik 5 days before tunang/kahwin
Pilihan 1
- stop the tunang/kawin thingy, pegi kat ex dia.
Pilihan 2
-sacrifice untuk mak bapak even dia syg gila kat ex dia.
Dia pilih PILIHAN 2.











Just believe in faith.
God's written something good for you.
Dont blame it.
Dont stop it.
Just do what you think is the best.
Pray a lot.
Be Patient.

Thats all.

It might look easy but its not that easy.
Kena lah usaha lebih sikit.
Tuhan kasi ujian untuk kuat kan kita.
Gunakan kekuatan yang kita dapat dari ujian tu untuk menjalani ujian seterusnya.





santai okay.








dfanheartcore






21 September 2011

Blow Me A Fuckin' Kiss

Ohkay.
minggu busy dah habis.
disertai dengan 2hari extra MC.
mana tak sakit.
meh gua story the mory sikit lah.

16th September 2011

Gua pepagi buta, gua da terpacak kat Dataran Merdeka.
HAHA.
tu lah korang.
korang tak tau.
gua skang buat freelance.
Flashmob dance untuk Satu Malaysia.
yang tak boleh blah, gua pakai Punjabi suit lah seh!
Dengan kulit gua yang sunburn+memang gelap tu,
sumpah gua rasa gua Punjab jugak.
haha.
Gua bangga doh,
sbb masa Rehearsal,
step gua mesti ade tertinggal.
tapi masa hari tu, gua punya step 90% perfect doh!
lepas setel benda tu,
kitorang lincah2 kaduk ah balik rumah.
lepas tu, malam tu, gua dengan kengkawan pergi Uitm Shah Alam
training flashmob dance untuk Suara Kami pulak.

17th September 2011

Macam biasa,
pagi pagi buta, (tak buta sangat lah)
gua dengan kengkawan pergi Stadium Merdeka.
Sumpah Panas!
Gua yang sunburn ni bertambah rentung.
Okay lah jugak suara Kami tu pada siang harinya.
Setel Flashmob tu(gua jadi K-Pop jap)
terus kena masuk stadium
gua tak tau ah, hari tu, semua cuaca kene.
panas terik, mendung, hujan gerimis, lebat,
nasib baik takde salji.
kalau salji turun,
adoii, dah kene taubat nasuha banyak banyak dah weh!
Konsert memang memuaskan :)
Tangan gua ni dapat salam Pop Shuvit, Faizal Tahir,Penyanyi cina yang ensem, PM and Bini dia,entah artis mana lagi. tapi yang penting,
gua dapat salam Damian. :) dah lah salam.then siap toleh lambai kat aku lagi.
hehe. Thanks tau u :D
pastu ape lagi, balik tido ah.

18th September 2011

gua bangun da tengahari.
padahal gua kene buat show acoustic.
suara gua dah mcm gampang.
haha.
tapi gua gagahkan diri gua
sampai je venue gua segan.
tapi tak lama ah segan gua.
sbb ade kawan kawan.
gua enjoy ah perform
even suara gua ada sikit taik.
haha!
dan paling gua enjoy
tengok Dear Haidar dengan Roodstalk.
hehe.
Abun pun ada. mmg kerja gua gelak ah cite die. haha.




So, 3hari berturut2
gua mmg penat.
tapi gua puas hati ah.
:D







Damian : Bila nak dance nii? :DD *muka gedik gedik*
TF : Gua sayang lu. lu jangan pegi mana mana. kang gua bertukar. haha :DD

14 September 2011

Common bukan?

15 September.

salah satu hari yang paling mencabar dalam buku 2011.

gua wondering lah.
ada apa dengan pangkat, duit dan harta?
kalau kau ada segala galanya kau pandang rendah terhadap orang lain?

pergi mati sana, please?

kau pandai bukan?
duit kau banyak bukan?
harta kau berlipat ganda bukan?
bagus lah.
mesti kau pernah dengar HIDUP INI MACAM RODA, bukan?
yaa, tentu lah pernah.
gaji kau mmg tinggi
gua salute ah!
tapi disebabkan ayat HIDUP INI MACAM RODA,
kau akan berada di bawah satu hari nanti.
tak faham?
nak aku explain apa hubungan RODA dan HIDUP kau?
aku rasa tak perlu.
sebab kau kan pandai.
kalau tak, takkan lah gaji kau RM7K kan?


dengar sini, manusia.
sifat bangga riak takbur kau tu, akan makan diri kau.
aku tak kejam nak balas dendam
aku tak jahat nak doakan kau bukan bukan
tapi kau sendiri kena ingat di mana kau berpijak.
kau pijak di tempat siapa?
di bumi siapa?
TUHAN!
kau berpijak pada tempat DIA.
aku ulang lagi sekali
kau berpijak pada tempat DIA.
harap maklum.


kau ingat sikit.
kalau TUHAN tak kasi kau rezeki,
kau tak akan berdiri dimana kau pijak sekarang
so,
kau jangan suka suka hati bapak aja nak pijak orang lain.
aku sepuk muka kau baru tau.


nak cakap mak kau tak ajar susah jugak
sbb aku rasa semua mak ajar benda baik kat anak
kalau kau takde mak sekalipun
takkan kat sekolah dulu kau tak belajar PENDIDIKAN MORAL?
kau kan pandai.



ingat lah, manusia.
jalan tu jangan lah mendongak ke langit.
dagu kau tak akan cecah dahi.
ingat.








dfanheartcore

13 September 2011

and if.



every picture tells a story.









dfanheartcore

07 September 2011

Jiwa

21.
nombor 21
ada apa dengan 21?

umur aku.
ya. umur aku.

kamu? umur kamu?


celik aja mata aku ni,
aku terus berpijak pada bumi yang nyata
aduh! sakit kaki aku.
terpijak kaca.
lagi sakit diri aku ni.
Tuhan aja mengerti.


Ahh! ayat biasa!
ayat normal tu semua!
Tuhan aja mengerti
Tuhan aja yang mengetahui
Tuhan itu, Tuhan ini.
diri kau itu?
Mana diri kau yang seperti Tuhan mahukan?
mana?
mana?
bodoh kamu!
kamu bodoh!

Berpijak pada bumi yang nyata?
apa yang nyata kalau kamu masih hidup dalam bayang bayang?
masih hidup dalam duniamu sendiri?
bodoh kamu!
kamu bodoh!

bangkit?
bangun?
bergerak?
apa lagi? apa?
bodoh kamu!
kamu bodoh!

setakat kamu bilang aja.
perkataan aja.
semua orang pun boleh membuatnya.
tetapi?
bodoh!
ya! kamu bodoh!

buat lah! ya, buat!
jangan hanya mampu berbicara
mengeluh,meraih
bernanah telinga aku!
berdarah mata aku!
ya! kamu memang bodoh!


apa lagi yang kamu mahukan?
hidup?
nafas?
nyawa?
anggota?
lengkap!
segalanya lengkap!
bersyukurlah! bersyukur!
jangan hanya mampu mengeluh dan mengadu!
kamu memang bodoh!
bodoh!

persetankan perasaanmu!
tolak ketepi semuanya!
buang segalanya.
kamu jangan berbicara lagi.
kamu harus buat!
buktikan!
baru aku percaya.
baru aku pergi.











dfanheartcore.

Attention to all Readers.




Saya ada beberapa position untuk diisi.
Bahagian Customer Service
Gaji RM1.6K and above.

Kalau berminat, Just email resume okay
surely, I'll reply.

here, my email
dfanheartcore@yahoo.com

I need a Vacation.


Okay.
gila bukan?
tak.
tak gila.
sumpah wa kena pegi bercuti.
so, wa dah usha usha mana nak pegi.

so,
keputusunyya ialah ;
jeng! jeng! jeng!

Cenang Beach, Langkawi.
aku akan pegi ujung tahun ni.
and maybe aku akan ber-New Year di sana.

dengan siapa?
haaaa, dengan siapa ehh.
hahah.
aku pergi sorang.
sedap dol!
duty free pulak!
perghh!
paling piderk!

check this out yaw!





wa da siap google map babe.
semangeettttt!




wa tengok sunset dia, stim siaaa!
perghh! kalau honeymoon dah best da!
haha!




nampak?
nampak kehijauan dan kebiruan dan kecokelat-an dia?
fuhhh!! meremang bulu hidung wa!




adoii,
sejuk perut aku mengandung tengok mende alah ni!




whoaa!
cuba bayangkan
baring atas kusi tu,
sap kok,
pakai shades,
pakai baju yang kain belit belit tu
pergghhh!
piderk!


maka tamat lah sudah angan angan aku.
InsyaAllah, jadik ler.
bukan ape
aku rasa otak aku ni dah serabut sgt dah kot
so, aku nak kene pegi vacation
supaya tenangg :D
so, balik kerja boleh bukak buku baru.
eceh eceh.


p/s: hey, you stranger. I'm asking you, what's on your mind?











dfanheartcore.



















06 September 2011

# Famous Lies : I'm Okay

Hi stranger.
I dont know you.
I dont even heard of your voice.
but I dont know why like,
every single moment,
i've been waiting for your bbm

okayokay.
i know thats weird.

feeling is subjective right?
it just came into me
and i dont know
what's really up to this.

but,
lately,
you seems different

what's really on your mind?
please speak it out.

let me know.
if you're not comfortable
then i can take a step behind.


is this love?








dfanheartcore

04 September 2011

The Heroes.



THE SAVIOUR

Fharel Rizky and Emeer Rizky


This is the two new hero that will save your life one
I mean, save you. Yes! YOU!
haha.

Motif utama aku post gambar mereka ni sebab terlalu addicted dgn kecomelan mereka.
twin pulak tu.
Homaigoshhh!
**mata kelip kelip,muka comel comel sikit**

tetiba aku rasa nak kawen cepat cepat.
then nak ada anak.
i love kids. seriously.
aku tak tau lah kids suka aku ke tak.
tapi yang penting aku suka dorang
pedulik hape! haha!
btw, ingat tak post post sebelum ni.
kemungkinan besar dalam post 2008.
haaa, gambar aku berpart-time dekat Tadika.
comel kan aku?
auww!
jangan lah puji aku.
wahahahhaha!
*tak dapat bertenang*
okay dfan, behave.
**control ayu balik**

Oh, btw,
To someone,
Thanksss :)
You make me smile
You make me happy
two days - make me feel like im alive.
oh, and thanks sbb buat i terpekik 2kali depan public
**malu malu, kaki kuis kuis pasir**



You're not clapping one hand
Cos I've already gave my hand to you.



hadoihhh!
tetibe geli pulak aku jadi jiwang jiwang cenggini
tak rock ahh!
wakakakkaka!






santaiiii


p/s: puasa dah habis. tahun depan sambung mintak mahap. wahahah!











dfanheartcore