29 September 2011

Kakak Garang

Tepat jam 12 Tengahari tadi
gua lincah check akaun Public Bank gua secara online.
hati gua terus berbunga riang ria Hari Raya lah.
Gaji gua dah masuk.
Dengan penuh semangat gua pekik satu office.
"Hoi orang kampung, gaji dah masuk hoii!"

Zuuuppp!!
sepantas kilat gua,Syafiq Elai dan Rovinder Singh dah terpacak kat lobi Menara UOA Bangsar.
gua pergi keluarkan duit.
apa yang gua bertambah hairan dengan negara gua sendiri ni,
gua withdraw RM200 (Bagi tujuan mem-renew Touch n Go serta membeli makanan)
sekali mesin pengeluar duit kasi gua semua duit RM10.
dah lah terkial kial gua nak amek tu duit pasal time time tu lah
candidate nak call. 2call satu masa pulak tu.

setelah setel kejadian di Bangsar,
kitorang terus sampai di KL Central.
Mc Donald yang gua idamkan dah penuh dengan manusia durjana sekalian
tak tau ke gua ni mengidam mcD dari semalam.
seperti aja gua mahu sepuk mereka semua lalu menghalau mereka keluar dari mcD tersebut
tapi, siapalah gua
gua bukan Datin/Perempuan Simpanan Najib.

So, last last kitorang makan kat Chicken Rice Shop.
tetibe sedang gua mengunyah dengan penuh rakus dan lahapnya
gua ter-KLMJ.
gua rasa sekali je gua makan chicken rice shop.
dengan Ady dan Family dia kalau tak salah.
tapi terus gua potong itu channel.

shuhhh!shuhhh!! pegi main jauh jauh sanaaa!

gua kembali kepada alam nyata.

haha.

lepas tu mcm biasa,
kung kang kung kang,
balik office.
tapi sebelum tu gua sempat borong Famous Amos.
ni semua sebab housemate gua yang makan Famous Amos semalam
membuatkan gua teringat ingat, terngiang ngiang, termimpi mimpi.
Ape citer entah gua beli pemes emes tu sampai RM25. --"

boleh gua melantak dalam bus kejap lagi time balik jb.


err, ape cite gua nii?
gua sebenanye nak cite pasal Kakak 7-eleven.
tadi gua nak beli panadol (disebabkan usus perut gua abnormal hari ni.datang bulan, biasa lah.)
gua masuk masuk gua tengok orang dah ramai kat kaunter. tapi ade 2line.
gua tak tau line yang mana.
gua terus pegi ke ruangan ubat ubatan. gua amek, terus gua beratu belah kanan. depan gua orang cina.
sekali bila time org cina tu nak bayar,
Kakak 7-E tu cakap dengan penuh bangga, riak serta takbur.
"Boleh tak ikut Queue? Susah lah nak tengok mana satu dulu"
lalu muka dia dia tarik dengan penuh masam (jeruk mangga muda yang ohsem makan dengan kicap)
gua terus beredar dari queue belah kanan, gua pegi queue belah kiri.
gua taknak lah nanti dia jerit kat gua.
silap silap berlaku pulak kejadian "Explosion in 7 Eleven"
ada juga lah terdetik kat hati gua
"kakak ni, muka dah lah tak cantik, merungut banyak. period macam aku jugak ke?"








Tak ada kerja yang tak penat.
sabar aja lah.
nak hidup

so?

santaiiiii





dfanheartcore

1 comment:

bG said...

untung lah dah kerja. hehe