Aku dibesarkan dengan kucing. Umi aku ni pun pecinta kucing. mana tak tumpah kuah kalau tak ke atas meja yedak? Aku masih ingat sikit sikit lah antara kucing yang aku pernah bela dari aku Tadika sampai sebelum batch baru ni. Antaranya. Felix, Macho, Nemo (1), Nemo (2), Nomo, Kecik, Atet, ish, tetibe gua tak ingat. -.-" Tapi, biasalah, gua bela kucing pesen kucing jalanan, dan tinggal dirumah bawah, jadi kebanyakkan kucing gua, hilang dan diambil orang (tanpa bukti kukuh).
Jadinya, bila gua mula berjauhan dengan keluarga (sambung belajar di Kolumpo) masa tahun 2008, gua terpaksa lah berjauhan dengan kucing dan gua paksa diri untuk hidup tanpa kucing. tapi walaubagaimana pun, gua tetap belai atau gomol mana mana kucing jalanan yang gua tengok macam bersih.
Pada tahun 2011, gua mula bekerja di Kolumpo. Masa tu hosmet gua cuma sorang je. Jadi gua bosan sebab kadang kadang hosmet gua ni tak balik tidur rumah pakwe. ah sudah, gua kesunyian, masa tu gua single. (ada pakwe tapi tak serupa dengan pakwe). haa, masa tu lah, gua mula tak ada kerja, cari kerja. gua ternampak satu post dipesbuk, nak kasi orang bela anak kucing. 3 ekor. kaler dia lebih kurang dengan kucing kesayangan gua Nemo. Gua terus email dia. Deal punya Deal, gua jadi amek. Memandangkan gua kerja opis time tu, dan tuan asal kucing ni busy sikit, gua terpaksa suruh pakwe lama gua amekkan kucing tu dekat Kajang dan hantar ke rumah gua. Peh! masa tu memang gua lincah lincah balik pasal tak sabar nak tengok kucing!
Masa tu gua tengah gila lagu lagu rap/hip hop. Jadi gua amek keputusan untuk nama kan kucing gua ni dengan nama Rappers yang gua suka.
Yang hidung dia pink ni nama dia Wiz Khalifa. Nama manja Wizzy. Dia tak ada masalah sakit cirit birit atau hidung dan mata berair. Cuma berak bersepah sahaja. Ligat. Hilang dekat rumah KL gua sebab dia keluar ikut tingkap. Mungkin jiran rumah atas amek sebab anak jiran gua tu suka datang rumah gua main dengan kucing.
Yang ini Ryan Leslie. Nama panggilan Ryan. Hidung dia hitam. Masa mula mula tinggal rumah aku, dia sihat. tapi mungkin dia salah makan ke, salah oksigen ke dia sedut buat dia selalu sakit dan berak cair. Seperti Wizzy dia juga suka berak bersepah. Lemah lembut sikit dan kurang garang. Masih ada dengan aku kat JB. Aku sempat bawak balik dari KL masa pindah JB balik dulu. Tapi Ryan sekarang dah masuk scene kucing belakang rumah yang suka ngorat kucing betina kat belakang rumah aku. Yang aku terharunya, dia akan masuk rumah dan terus ke bilik aku bila dia sakit atau nak bersembunyi lepas bergaduh dengan kucing jantan lain.
Tak lama lepas gua bela si Ryan dengan Wizzy ni, satu hari gua balik dari kerja atau kedai. masa tu hujan lebat. gua parking motor kat bawah rumah macam biasa, gua dengar bunyi kucing yang nyaring dan kadang kadang mengerikan. gua usha longkang, tak ada pulak. gua terus nak buat bodoh, skali makin kuat suara dia. naluri kebinatangan gua ni memberontak kaedahnya! gua jalan sekitar parkir motor, ternyata! ADA ANAK KUCING DISITU! gua jumpa kucing kuning (tengah tengah) ni sebagai Pharell Williams dengan nama timangannya Pharell. Dia ni memang kebanyakkan masa dia hidup memang sakit. tapi dia penakut dan tak garang. cepat menyesuaikan diri dengan kucing lain. Kadang kadang nakal tapi kuat bersuara. Selalu duduk atas badan gua sambil cium cium gua masa gua menangis. Tak lama selepas gua bawak balik JB dia hilang dan dipercayai mati kerana masa tu dia tengah kena sakit misteri. (Telinga berdarah) dan berak cair yang melampau. Gua bersyukur dia mati dari terseksa. Dah bawak pegi Vet pun masih begitu.
Kucing nombol 4 gua masa di KL adalah Lily. Nama penuh dia Lil Wayne (Nombol 2 dari kiri). Gua terjumpa dia di bawah rumah juga semasa gua tengah cari Wizzy yang hilang. Garang, nakal, suka cekau dan gigit, tak peramah, tak manja. Bulu di gebu. putih dan mungkin ada kacuk sebab bulu dia jenis panjang panjang. Gua tengok dia ni bila dia diri tegak, kaki rapat, betul betul macam puteri salji sebab dia putih! gua suka panggil dia Snow White, Minah Salleh, Si lawa dan Salji. Hosmet gua cukup tak suka dengan Lily ni. sebab lily ni suka gigit. Tapi dengan gua je dia agak manja walaupun dalam pada dia manja manja, dia gurau kasar dengan gua. Mati disebabkan berjangkit dengan Pharell iaitu diserang penyakit misteri. Dia mati dalam sangkar. Sadis. Gua sunyi lepas dia mati.
Ini kucing yang paling rapat dengan gua abad ini. Nama dia Tupac Shakur. Panggilan Tupac. Kadang kadang terpanggil Upek atau Pek. Tak hensem, suara tak sedap, muka dan badan yang panjang, pakai celak dan pakai stokin. Kucing ni juga orang Kolumpo. Gua jumpa kat Seven Eleven area rumah gua. Masa tu gua nak pergi Seven Eleven sekali dia duduk ketakutan tepi jalan. dah la kereta keluar masuk situ. Gua parking motor terus gua angkat dia letak tepi sambil belai belai dia lepas tu gua masuk kedai beli barang. Masa gua nak balik dia mengiau kat gua. Alahai, luluh hati gua tengok anak kucing sekecik gitu (pada masa tu) meraih simpati gua. Gua pun apa lagi, gua amek dia letak dalam beg, terus gua bawak motor. Haha. Dia mengiau kuat juga masa tu. tapi gua bawak sepantas yang boleh. takut dia terjun je! Tupac ni memang tak ada masalah langsung. Since gua amek dia, dia tak pernah berak atau kencing merata. Dia pandai berak dalam tandas mandi tanpa gua ajar! sampai sekarang dia berak di tandas atau rumput rumput dekat Taman Permainan. Kucing yang mentel, nakal, suka bersepahkan rumah, suka koyakkan tisu dan suka panjat langsir dan grill rumah gua. Cerewet, suka makan benda yang manis dan berlauk. Tak suka makan dekat atau kongsi dengan kucing lain. Tempat tidur atas sejadah atau tilam bilik gua. Selain carpet lap kaki di depan rumah.
Ini adalah kucing dari Johor Bahru pula. 3beranak ni gua terjumpa masa gua dan keluarga habis makan dekat Bandar Baru Uda dalam 2 atau 3 bulan lepas. Masa tu hujan lebat gila. Sekali adik gua ternampak 3 beranak ni dalam kotak. Orang buang mungkin. Mungkin orang tu dah taknak bela sebab ye lah, dah beranak pinak, susah juga. Tapi tidak bagi keluarga kami! gua dengan adik gua tak banyak citer. terus angkat kotak tu bawak masuk kereta. Nasib baik ada sangkar kat rumah gua. Terus gua setup cantik cantik sangkar tu, gua masukkan 3 beranak ni.
Ibu kucing tu nama dia Mummy. Penyayang, kuat makan, manja, mentel, suka anak berdikari namun garang dengan kucing dan ank sendiri!
Ini nama dia Tweet. Disebabkan umi gua tengok gua kaki siber dan dia juga kaki siber, maka ini lah jadinya. Suka amek gambar. Memang pandang je camera. Tak manja. suka keraskan badan bila orang angkat. Nakal tahap maksima! Suka panjat meja dan panjat dapur dan panjat mana mana asalkan ada makanan atas tu. Kuat makan. tak kira apa orang bagi dia makan je, asalkan boleh makan. lepas tu sakit perut, duduk melanguk. Suka tengok tv macam mak dia. Kadang kadang takut dengan kereta. Berani. Ada ciri ciri pemimpin sebuah negara kucing. MAKANAN KEGEMARAN, LIPAS. dia makan okay. bukan main main, tapi MAKAN!
Yang tidur bergulung ni nama dia FB (facebook). Reason nama tu sama seperti abang dia. Sensitif. Sopan santun, kurang manja tapi kadang kadang manja tak tentu pasal. suka gigit kaki, tangan, jari, seluar dan apape yang boleh digigit.suka korek sampah, berak cair, suka ikut perangai abang dia si Tweet tu dan abang angkat dia, Tupac. Selalu sakit mata dan selesama. baru nak memanja dekat dia tetiba dia bersin. Muka dia macam binatang Racoon! Mata bulat. dan kuning. muka kecik ikut mummy dia. tak ada kerenah lain melainkan berak dan kencing bersepah. itu lah yang buat gua selalu ketuk kepala budak kecik sekor ni.
Ini pula anak baru dalam keluarga gua. mak dia Mummy bapak dia gua tak sure kucing jantan mana yang da rogol dia. 4 ekor aja, 3 kuning tibe tibe satu hitam. gua pelik betul mula mula dia bawak masuk dalam rumah. sekor sekor semua kuning, masa dia pegi nak amek lagi anak dia, gua sempat lah berdoa agar jangan kaler kuning lagi. susah nak beza nanti!! last last betul betul kaler hitam.
Yang hitam : Hotmail
Kuning gelap sikit : Chrome
Kuning hujung ekor bengkok : Yahoo
Kuning biasa biasa : Google.
Kalau tak salah gua lah nama nama ni. Mak gua yang kasi. gua tak berapa pasti kenapa umi gua terlampau taksub sangat dengan benda benda siber ni. gua yang muda ke umi gua ni?!
Okay, da sampai ke penghujung blog ni.
bye!
dfanheartcore.
1 comment:
hahah comel!
Post a Comment