25 October 2012

Tukar lagi?

sekejap aku berdiri. sekejap aku duduk. sekejap aku cangkung. sekejap aku baring dan sekejap lagi aku meniarap. dan terus terus ulang.

ya. entah kali ke berapa kali, aku tukar lagi pasangan aku.

mungkin ada yang keluar dari mulut orang

"WOI, KAU TUKAR PAKWE MACAM TUKAR SPENDER!"

mungkin juga,

"PERGH MINAH NI, ASYIK TUKAR PAKWE JE. GILA PLAYGIRL"

dan mungkin,

"ALA, BIASALAH TU, SENANG MAKAN PUNYA PEREMPUAN"

two words. PERGI MAMPOS.


Siapa kau nak halang aku? hati aku. jiwa aku. perasaan aku. setidak tidaknya aku bukan menduakan. bila tiada jodoh, kau masih mahu salahkan aku? tu, pergi salahkan Tuhan atas takdirnya pada aku. Pergi sana! Pergi!

Aku memang mencari. dan terus mencari. selagi tiada kata akad, selagi tiada sarungan cincin di jari manis, aku akan terus mencari.

Ya, sekarang aku ada pakwe baru. YA, BARU LAGI YA SEMUA ORANG. Jangan paksa perasaan aku. perasaan aku bukan senang nak dibuat buat. aku tidak reti menipu pun. kalau aku tak suka, akan aku nyatakan aku tidak suka. kalau aku suka, ya, aku akan angguk setuju.

Anda mahu cop aku, cop lah. Anda mahu label aku, label lah. Anda mahu bunuh aku, bunuh lah. Aku akan hargai perasaan yang Tuhan bagi pada aku. setidak tidaknya aku tak paksa untuk menyayangi orang lain, bukan?

Aku tak nafikan yang manusia ni memang jarang sekali nak doakan yang baik baik buat kebahagiaan orang lain. cemburu, butthurt, hasad dengki dan iri hati. tepu sangat lah tu. nak buat macam mana. kalau Tuhan cakap ya, makanya ya jawapannya. kalau Tuhan bilang tidak, makanya tidak lah. nak sangkal? sangkal lah. pergi guna kan syaitan sebagai tuhanmu untuk sangkal takdir aku.


Kesimpulannya, RELAKS SUAH!

No comments: