11 June 2012

Persinggahan Sementara

Kamu hadir dalam jangka masa yang sekejap. cepat. pantas. Segenap buat diri aku lagi menari nari di awangan. Oh ya, mungkin kerna aku juga pernah memendam. pendam. pendam dalam dalam. Tidak pula aku terfikir ini akan terjadi. Sepertinya aku masih bermimpi.

Ya ampun.

Kadang aku mengeluh. Kenapa tidak dulu? Kenapa tidak sebelum ni. Ah, menyesal. Emm, Perlu kah aku menyesal? Bukan kah semua itu punya hikmahnya? Tuhan kan punya rencana-Nya buat aku? Kenapa perlu aku menyesal? Aku tidak mampu menafikan yang aku hanya manusia biasa yang sentiasa tersasar dari landasan hidup. Aku punya celakaku tersendiri. Aku punya sial aku sendiri yang selalu bikin aku lagi khayal leka bermain pasir dalam pantai hatiku.

Kuat dan terus kuat perasaan ini. Takut. Memang takut. Komplikasi minda dan emosi serta nafsu bunuh aku diam diam. senyap senyap. dikit demi dikit.

Penyakit. Pandai kau cari penyakit buatmu sendiri kan wahai si celaka? BUKAN AKU YANG MAHU. FAHAM GA? AKU GA MAHU INI SEMUA. AKU GA BUTUH INI SEMUA. Ya, awalnya aku punya pilihan. dan sekali lagi, aku pilih langkah yang ternyata buat aku tidak berpijak pada bumi yang nyata. Berpijak pada bumi fantasi. Ya, aku tau juga tahu, mungkin hikmahnya lebih baik. Tapi hanya mungkin. Mana mungkin aku tahu apa yang mungkin? tidak mungkin bagi kemunkinan itu.

Detik demi detik. aku titip semua sisa sisa perahan jus cinta itu. Aku kumpul semuanya. Ya, aku tahu, aku akan telan jus itu. Walau pahit. Tapi setidaknya aku usaha. Ya, usaha. Aku berusaha untuk mencoba dapatkan buah cinta itu. Ya, ternyata. Usaha aku akan jadi yang sia sia. Celaka bukan? Ya ga lah. Ga celaka sayang. Kamu cuma mengikut kata hati minda kamu. Itu aja.


Kamu tahu ga yang kamu itu bagaikan jelmaannya DIA?


*Perasaan bercampur aduk. Bersepah sepah. Ah, celaka. Benci. Bila idea ada tapi tak mampu menulis dengan baik kerna perasaan yang bercampur baur begini.


dfn.-

No comments: