Ape perlu aku buat?
pergi hutan cari hati aku balik?
lepas kau buang hati aku tu jauh jauh.
anjing dah makan kot hati aku tu.
jadi, tak payah susah payah cari.
kau cakap kau tak kisah kalau aku berbelah lagi.
untuk berapa lama?
satu minggu? dua minggu? atau tiga minggu?
tak.
kau kisah.
kau akan kisah.
sombong.
ye, aku memang sombong
sebab ketidaksombongan aku selama ini lah kau dan kau kau amek kesempatan kan?
err, tak ke?
iye, betul.
percayalah.
terpaksa lah aku buat pembedahan plastik untuk meninggikan hidung aku.
bukan aku jalan dongak langit.
tapi aku jalan tengok depan.
mane tau ade anjing anjing dan babi babi menghalang kan.
aku kena lah berhati hati.
walaupun aku takde hati lagi.
kau fikir mereka mereka nak berhadapan dengan orang.
habis aku?
aku cume buat pembedahan plastik untuk tinggikan hidung.
tapi aku tak cukup duit untuk buat pembedahan plastik menebalkan kulit kulit muka
jadi, terpaksa lah aku hadapi nya jugak kan?
kau nak suruh buat apa?
lari?
kalau kau nak suruh aku lari, ye, aku akan lari.
tapi kalau aku taknak lari boleh?
sebab kalau lari, masalah tu makin mengejar.
jadi, aku nak berjalan. boleh?
kau sakit.
aku sakit.
mereka sakit.
adil kan?
jahat kan aku?
kejam.
aah. kejam.
kau tak kejam
kau baik. sayang kau.
sebab baik kau lah aku jadi macam ni.
kau nak tunding jari hantu kat aku?
tunding lah.
aku tau apa yang aku buat walaupun apa yang aku buat ni aku sendiri tak tau.
apa yang aku tau aku buat.
tak faham?
kau tak faham. aku lagi tak faham.
apa yang aku faham hati aku.
cinta?
mungkin takde.
sayang?
entah lah. sikit sikit masih berbaki.
rindu?
tak pernah hilang.
tapi?
tapi aku kena juga buat.
untuk aku, untuk kau.
kau tak akan bahagia dengan aku.
percayalah.
sebab aku sendiri tau aku tak akan bahagia dengan kau.
ye,kau akan berubah.
untuk berapa lame?
satu bulan?
dua bulan?
tiga bulan?
tak.
manusia tak akan berubah.
susah untuk berubah.
sangat susah.
aku tak mahu amek risiko.
bukan atas alasan aku masih muda.
tapi atas alasan hidup dan mati aku.
minta maaf banyak banyak.
dfanheartcore
No comments:
Post a Comment