"Bangunnnn!! pagi raya nii. pergi mandi.pakai baju raya.pergi solat raya. then buat majlis mintak ampun, mintak maaf, mintak restu, mintak duit raya, mintak kaki"
ataupun,
"Jom kita makan ketupat rendang. (siap nyanyi sekali - ketupat rendang, sila nikmati, kawan, penat memasak malam ke pagi)"
ataupun,
"Wo,wo,wo balik kampung..wo wo wo balik kampung, wo wo wo balik kampung, hati girangggg"
tapi aku,
"srettt, srettt, srettt, japjap, isap rokok dulu sebatangg... srett srettt srettt."
nak tau apa yang jadi pagi raya tahun ni?
aku yang sedang bergaya dengan baju tshirt semalam, seluar tidur semalam, pakaian dalam semalam, rambut baru semalam sedang mengecat rumah.
haa, yg "srett srett" tu bunyi aku cat la tuu.
haha.
pagi yang hening,
balik dari Pasar Borong Pandan,
terus menukar uniform
dengan selambernya aku mengambil berus cat dan mengecat grill rumah.
"oh, dah pukul 7!"
"prengg prenggg!!" bunyi motor. bergaya sungguh mereka dengan berpakaian baju melayu, bersongket serta bersongkok. menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat hari raya.
apa sial kau ni dfan..
pagi pagi raya orang melaram.
kau masih lagi dengan pakaian minah indon kau dan sedang cat rumah.
haha.
gua takde hal la babe.
gua punya mood raya tahun ni takde.
hilang.
tu yang gua cat rumah gua tu.
dah macam jantan lah sial buat kerja kerja macam tu.
tapi takpe lah.
gua puas dengan diri gua sekarang ni.
family first!
melaram melaram tolak tepi corner.
apepun, gua takkan lupa lah raya tahun ni
pasal malam raya tu gua nangis
syahdu gila seh
tak ada orang tersayang nak gedik gedik dalam hp.
tiba tiba gua rindu kat dia.
tapi takpe lah.
biar je benda tu bergerak.
eh, tak tak.
gua ok.gua ok.
lu tengok gua sekarang.
tengah senyum ni.
haha.
tipu ah lu.
lu mana boleh nampak.
lu baca, then menghayati sudah.
kepada
- umi,abah, abang dan adik: adik/kakak mintak maaf pasal adik/kakak ada banyak buat salah. tengking tengking sukahati, marah marah suka suka,buat korang sakit hati. tapi percayalah. hanya korang yang bertakhta dalam hati. cehh. muaaaaahhhhh!
- amy tuanputerii tercinta: sayang, aku sangat rindu kat kau sekarang ni. need you beb. cepat balik. mintak ampun mintak maaf pasal kadang kadang mulut aku laju je mengeluarkan kata kata kesat kat kau. apa2 pon, aku sayang kau beb. sayang giler babii! babii pun tak sayang kau macam ni. haha. muah muah!
- si dia: saya mintak maaf sebab selama kita kenal dan berhubungan ni saya banyak buat salah. saya sakitkan hati awak, saya tengking2, marah2, tiba tiba gigit awak, tiba tiba tumbuk bahu awak. saya mintak maaf banyak banyak. halalkan semua yang awak dah bagi kat saya. halalkan cinta awak pada saya selama ni. saya selalu doakan awak bahagia.
- kawan kawan dan kawan: aku/dfan/I mintak ampun mintak maaf dari zahir sampai lah ke batin. aku/dfan/I manusia biasa selalu dan hari hari melakukan kesalahan yang kadang kadang LAME. mintak lah yang bagi bagi, yang belanjer belanjer, tu, halal bihalal la eh. sayang korang.
*tiba tiba hujan rahmat barangkali, turun dari langit. macam paham paham jer hati aku yang tengah tisu ni*
SALAM IDULFITRI MINAL AIDIL WAL FAIZIN.
dfanheartcoreyaw!
No comments:
Post a Comment