26 June 2010

Interfire NOT interfere.

Manusia manusia.
Buat baik, salah.
Buat jahat, salah.

Hairan?
Buat apa nak hairan.
Manusia sume sama.
yang lainnya, cara.

Manusia dan kesilapan
macam irama dan lagu.
macam isi dan kuku.
macam air sungai yang dicincang takkan putus.

solusinya?
bertaubat.bertaubat.bertaubat.

hebat?
manusia memang hebat.
semua orang ada kehebatan masing masing.
kehebatan manusia adalah kelebihannya.

Dari sekecil zarah hingga sebesar alam semesta sekalipun dosa itu,
Tuhan saja yang berhak memaafkan.
dengan cara apa?
bertaubat.bertaubat.bertaubat.

TUHAN MAHA MENGAMPUNI.

Jangan berumah di tepi pantai
kalau takut dilambung ombak.
Maksudnya
kalau sedar diri takut kepada yang Satu,
jangan la buat benda yang dilarang.

Berzina?
Bunuh?
Rompak?
Dosa bukan?

Bertaubat.
Jangan takut untuk bertaubat.
takut dengan Tuhan.
Jangan cakap
"Besar sungguh dosa aku.Tuhan pasti tidak akan menerima aku lagi.Biar la aku hanyut dalam dunia ini"
salah ayat tu.
Tuhan tu Penyayang.

Sekalian manusia,
hari hari kita tidak lepas dari membuat kesalahan,kesilapan dan dosa.
tapi bukan bermakna kita tidak boleh kembali ke jalanNya.
Ingat, Tuhan maha Pengampun lagi maha Penyayang.


p.s- post ini bukan utk menghentam sesiapa.cuma untuk perbetulkan sedikit apa yang tersilap.






Trimas,
dfan.

3 comments:

Ninja Boy said...

good one :)

zakwan said...

dfang..dfang...
hehehe.. terharu siot.... gud2..

dfan heartcore said...

taubat taubat :DD