28 June 2010

Back Off Emotional.

Hidup macam roda.
biasa dengar bukan?
Ya, terlalu biasa.
itu lah kenyataan.

Sekejap berada diatas.
Sesekali berada dibawah.
Tapi,AWAS!
Jangan biarkan roda itu pancit bila berada dibawah.
Kalau pancit sekalipun,
cepat cepat lah berlari ke kedai basikal berdekatan untuk dapat kan pam dan sebagainya.

Bangkit!
Jangan biarkan orang lihat kau seperti orang menjeling seekor semut yang sedang berlari lari mengejar gula pasir yang tengah kehabisan.
Bangun,
Lari.
Lari sejauhnya
Lari selajunya
Biar lah orang kata
"kau ni macam watson nyambek lah"
Biar!
Kau kena terus berlari sambil nyanyi lagi Berlari oleh Tomok.
Bukan lari dari kenyataan mahupun masalah.
Lari untuk cari ketenangan dan solusi untuk diri,

Dan bila sampai waktunya,
kau akan berhenti.
bukan berhenti untuk minum kopi atau teh di kedai mamak
tapi berhenti kerana kau berjaya mencapai,menggapai dan terkapai kapai [err.terkapai tu tak ler] Nur kegembiraan dalam diri kau.

Ya, kau kena kuat.
Aku tau kau kuat.
Jangan sesekali kau cakap yang kau tak kuat.
Kerana ingatlah.
Tuhan tidak akan menguji seseorang tu lebih dari kemampuan hambaNya.
Ingat!

Senyum.
selalu senyum.
bukan sahaja sebagai sedekah.
tapi juga untuk menenangkan diri.
"Hello,I'm Okay,Dude!"
Ucapkan lah ayat ayat seperti di atas.
bukan untuk berpura pura.
ayat itu sebagai motivasi diri.

Ya,
motivasikan diri kau.
jalan yang kedua terbaik.
sentiasa memotivasikan diri kau.
JANGAN BERPURA PURA.
kalau kau berpura pura
bermakna kau hipokrit.
dan sekaligus membuatkan kau tipu.
tipu apa? tipu diri kau sendiri.

dan ingatlah.
kau tak sendirian
kau ada aku,
kau ada dia, dia dan dia
kau ada mereka
kau ada semua.
aku,dia,mereka dan semua akan sentiasa berdoa
agar kau kuat.
agar kau dikurniakanNya kekuatan dan ketabahan.

Senyum okay, sayang?
Senyum dan Sabar.

ILOVEYOU,AMYTUANPUTERII.




Trimas,
dfanyaw.

No comments: