23 October 2011

and again, Happy Bird Day to me :)



For those who wishes me.
Thousands of THANKS :)
i appreciate it like, seriously!


First of all,
gua nak say thanks kat Umi gua. dia call gua dalam pukul 10 macam tu. dia nangis call gua. dia kata dia rindu gua. on my 21st birthday, gua tak ada dengan dia. gua agak terharu, sebak, tapi gua control macho. bergenang air mata gua. tapi depan kawan kawan gua kan. kang gua nangis dorang cakap apa pulak. dah la gua nangis susah berhenti. haha!

To umi: adik sayang umi. umi is the best mother ever. adik ada ramai bestfriend, tapi umi bestfriend adik yang paling adik syg, yang paling adik sanjung. thanks sbb besarkan adik selama 21tahun ni. thanks sbb kasi adik banyak tunjuk ajar dalam hidup. pengalaman yang menjadikan adik matang, (even adik ni perangai agak bukan bukan sikit. tapi alhamdulillah, nothing bad happen.) adik bersyukur sangat kat Allah SWT, adik dikurniakan umi sebagai umi adik. thanks umi. thankss :DDD i love you!!

lepas tu, gua terharu. sebab Damian (#BumbleBig) gua, walaupun dia tak ada transport, tapi dia tetap datang jugak, mintak tolong kawan dia, datang, bawak gua keluar makan, karoke, and, in the midnight, nyanyikan lagu birthday kat OldTown (even gua yang perasan jam da pukul 12am, sbb semua leka cerita hantu), and the best part is, he kissed me while sang the birthday song. lepas tu, bajet bajet suruh tiup lilin, padahal hulur pepsi float (if i'm not mistaken) kat gua suruh minum. hehe. but, like, OMG. I'm touched by that.

To Damian : thanks aloads!. Like seriously, after all those shit messed up my mind so bad, for a second, i terlupa kejap pasal complicated-nye kita ni. I sayang u and, Tuhan je tau mcm mana sayang nye i pada u. I happy semalam. I happy sangat sangat. bila u sebelah i, I rasa alive. alive sangatsangat. dah lama tak rasa mcm ni. its been a long long and damn long time i didnt feel it. but last night, i feel like i'm damn alive. i love you, Damian. I love you so much, #BumbleBig.

To Alya and Man Dagu : Thanks korang. sebab ikut jugak i dengan Damian. hehehe. I had a great great birthday night with you guys and I swear :)) Love uolls!!

Ni seseorang yg pernah ada dalam life gua. MAA, wish gua dalam ym malam tadi dengan penuh buzz. gua simpan hp dalam beg. tak perasan. sorry.

To MAA : Thanks awak wish saya. :) saya hargai benda tu. even awak tak ada time birthday saya tetiap tahun. tapi takpe. :) syg awak.

kendian, gua nak thanks jugak untuk kawan kawan lain yang wish gua malam tadik.

1) Timmy Fahmi (23rd October 2011, 1079)
2) Roy (23rd October 2011, 2036)
3) Ein Second Combat (24th October 2011, 0030)
4) Shazlina Gomez kesayangan ku (24th October 2011, 0046)
5) Adik aku (24th October 2011, 0039)
6) Aidil ( 24th October 2011, bbm**)
7) Poi & Bent (24th October 2011, bbm**)
8) Fyna (24th October 2011, 0306)
9) Ateng (24th October 2011, 0648)
10) Teera and Amy (24th October 2011, 0709)
11) Bazrul (24th October 2011, bbm**)
12) Emme (24th October 2011, 0913)
13) Aca Straight Answer (24th October 2011, 0959)
14) A. Muhammad (24th October 2011, 1027)
15) Kc Kasedah (24th October 2011, Twitter)
16) Lynnlaloy (24th October 2011, Twitter)
17) Baha (24th October 2011, 1043)
18) Alin Tan (24th October 2011, fesbuk)
19) Syafiq Elai (24th October 2011, office)
20) Rovin (24th October 2011, office)

dan lain lain di fesbuk, thanks bangat deh! gua appresiet!
lu orang memang terbs! sumpah terbs! walaupun gua hide kat fesbuk, tapi bila lu orang kat News Feed ade org wish gua, lu orang pun wish sekali, tu effort nama dia. gua salute lu orang!! thanks thankssss! (tak habis nak cakap thanks.)




teruskan santaiii :)




xoxo
dfanheartcore





20 October 2011

#BumbleBig

Sebenarnya, aku taknak update benda ni. tapi. aku tak tau nak cerita kat sape. disebabkan ini aja lah teman yang aku ada selama beberapa tahun ni, kat sini je lah aku luah apa yang aku rasa.



#BumbleBig

you know who you are.




aku syg kau. syg sgtsgt. aku tak tau kenapa aku syg kau. no reason. at all. aku tak tau kenapa aku masih bersabar dengan kau. kau tak layan aku jahat. kau tak layan aku buruk. tapi, kau jugak tak layan aku 100% baik. ya, mungkin tu cara kau. dan aku decide yang aku akan ikut cara kau. aku akan buat apa yang aku rasa akan buat kau rasa happy, rasa senang dgn aku. aku tau kau syg gf kau. aku tau kau lama dengan dia. dan aku tau kau masih rasa bersalah dgn dia. aku tak tau sampai bila kau nak hidup dalam kepompong tu.

aku sabar. sebab aku syg kau. aku teringin nak jadi mcm orang lain. org lain yang bercinta. mcm upload gambar, bebas nak comment syg syg kat fesbuk, dating dating. tapi aku kena terima hakikat yang aku ni 'kekasih underground' kau aja. aku hanya tempat kau rebound. yang mana kau nak lupakan dia, kau cari aku. aku terima tu semua. aku terima. sbb aku syg kau.

tapi, skang ni aku rasa, sakit tu lebih banyak dari happy. sakit = 70%, happy = 30%. bila kau ada dengan aku, tengok kau tidur, aku rasa happy. aku rasa happy yg 30% tu. bila kau takde depan aku, sakit aku bertambah. bertambah tambah. kenapa aku rasa mcm gini eh? kenapa aku amek keputusan untuk jadi mcm gini?

betul apa mak aku cakap. "if u choose him, jangan komplain sakit. i've through it. kalau adik syg dia, adik terima je, adik sabar je lah. umi nak cakap pun tak boleh. sbb adik dah decide."

hari hari aku try nak jadi kuat. hari hari aku cuba untuk jadikan diri aku kuat. aku cuba untuk buat aktiviti2 yang boleh buat aku lupa dia. tapi tak boleh. aku rasa mcm each and every second aku pk kan dia. each and every second jugak aku rasa sakit. sakit yang tak lepas. sesak sgt dada ni. tapi aku sabar. air mata aku jgn cakap lah. hanya Tuhan je tau.

aku taknak paksa kau. aku taknak paksa kau putus dgn gf kau and lupakan dia. sbb, impossible kau lupakan dia. and aku tau, sampai bila bila pun aku akan jadi tempat rebound kau. sampai bila bila pun kau takkan dapat lupakan dia. sampai bila bila pun kau tak akan move on.

aku sabar. aku sabar.

bukan aku tak cuba carik lain. bukan aku tak cuba nak move on. tapi hati aku ni. aku da penat mencari. setahun lebih. setahun lebih aku terumbang ambing mcm ni.setahun lebih hidup aku tak tentu arah. aku kenal kau. first jumpa kau. first berbual depan depan dengan kau. first peluk kau, aku happy. aku taknak benda tu tamat. aku nak kau ada je dengan aku sampai bila bila, aku nak kau aku punya sorang. tapi, hakikatnya, aku kena terima yang kau bukan aku punya. aku pinjam kau, kau pinjam aku. tu je.

aku terseksa. aku sgtsgt terseksa. hati aku ni dah pecah dah. dah habis remuk dah. aku tak tau mcm mana nak handle lagi.
aku cuma nak tunggu kau cakap "i lepaskan u" je. kalau keluar perkataan tu dari mulut kau bermaksud kau dengan gf kau dah okay. dan aku akan paksa diri aku, untuk keluarkan air mata kegembiraan tengok kau happy. aku akan senyum masa aku menangis. aku akan cuba. even aku tau aku tak boleh.

aku takkan tinggalkan kau. aku syg kau. dan aku akan sentiasa ada bila kau perlukan aku.sampai kau dah okay dgn gf kau.




kau kuat kan dfan?
fakyu.










aku teringat kau kiss dahi aku. aku teringat kau belai rambut aku, aku teringat kau senyum tengok aku. aku rindu benda tu semua. dan kalau boleh aku taknak benda tu stop mcm tu je. tapi aku tau. benda tu akan stop.satu hari nanti.






aku syg kau, #BumbleBig
**crying










dfanheartcore

19 October 2011

Tarikh Keramat setiap tahun.

gua benci tarikh tu.
tarikh tu sangat jahat bagi gua.
gua tak pernah rasa gembira.
orang yang gua syg, yg paling syg selalu takde disisi gua time tu.

gua rasa mcm nak skip tarikh tu
kalau boleh kan best?

gua harap sgt tahun ni gua happy dengan tarikh tu.
tapi ternyata, memang tak.
gua nak larii!
nak lari jauh jauh dan jauh.
gua dah muak,
muak duduk dunia ni!

tolong lah kasi gua jalan
biar gua boleh skip benda bodoh ni!

gua plan something in tarikh tersebut
tapi benda tu gua simpan dalam hati.
tade org tau
dan takkan ada orang tau.

lu rileks je
bukan gua tak hargai apa yang lu orang kasi
tapi pada gua.
apa yang gua lalui,
gua pedih.
perit kot.
so, gua rasa biar gua lari je.


haa?
apa dia?
lari tak menyelesaikan masalah?
habis? lu nak suruh gua duduk?
lagi tak dpat jalan keluar.














santaiiii







dfanheartcore@yahoo.com



17 October 2011

Territory



dfanheartcore territory
ni sekarang territory gua. gua senang bangat dgn tempat gua.
seriously


tak lama lagi wall gua penuh ah ni. hikhik :D



agak semak ya.




koleksi jaket/hooded/varsity dll


tempat gua makeup hari hari :D santai!









dfanheartcore.-







12 October 2011

New idea. Sila follow gua. Trimas.


INI LINK BLOG BARU GUA.
NAK TAU APA GUA CERITA DALAM BLOG NI?
LU ORANG FOLLOW.


TRIMAS



SANTAI.




dfanheartcore.-

Satu Isu.

Sialan Gumpalan darah menjadi busuk
Menjadi hasutan syaitan
Sanggup kau tipu aku
Itu satu langkah busuk
Pukimak kau babi anjing
Berani kau menipu aku
Pukimak kau babi anjing
Sampah Pukimak Sialan
Sehelai daun terbakar hempas
Termusnah angin malam
Sanggup kau menipu aku
Itu satu langkah busuk
Pukimak kau babi anjing
Berani kau menipu aku
Pukimak kau babi anjing
Sampah

gua pernah jamming lagu ni. haha. gua baca dekat komen Youtube, macam macam isu yang keluar. haha.

gua nak respect kat Naratu. korang terbaik. dari dulu sampai sekarang. dari vocalist lama, sampai vocalist baru, korang memang terbaik dan musik korang memang penuh dengan perkataan mencarut. gua salute.kepada yang support, korang tau apa itu Hardcore, apa itu musik, apa itu underground scene. keep it up.

kepada haters diluar sana, yang pada mereka, cara pembawakan salah, lirik salah, itu salah, ini salah, pada gua, itu satu kritikan yang bijak. trimas. gua sebagai salah satu manusia dlm underground scene ni memang salute habis sebab lu orang berani menyuarakan pendapat ku orang. siap keluar pasal agama, lady gaga, klang, bangsar, pergaduhan abang long abang long, main dengan mak si anu dan si polan, dan sebagainya. gua respek lu orang. lu orang memang berani. keep it up.

yang sebenarnya, lagu ni pasal satu PENIPUAN yang telah biasa terjadi dalam kehidupan seharian. tak kira MELAYU,ISLAM,KAFIR,KRISTIAN,CINA,TAMIL, BANGLADESH, NEPAL, MYANMAR dan sebagainya. benda tu normal. so, dekat sini, disebabkan kami berada di underground scene, inilah cara kami protes. ini cara kami lepaskan amarah kami. setiap orang ada cara masing masing. mungkin dalam golongan lu orang, ada yang bila ditipu lu orang akan MEMBUNUH, BALAS DENDAM dengan melakukan satu benda yang memudaratkan orang lain, SANTAU, LANGGAR LARI, ROMPAK RUMAH, dan lain lain. tapi ini cara kami. setiap orang ada PENDIRIAN, setiap orang ada CARA.

mungkin kalau gua cakap begini, ada yang akan mengatakan
"tak patut kugiran ini merancun fikiran anak muda, pengaruh anak anak generasi kini yang bakal menjadi pembangun negara satu hari nanti"
untuk kemungkinan ini, ya, pada lu orang semua, mungkin cara mereka salah dan mungkin terlalu keras bahasanya. tapi, macam gua cakap, masing masing ada cara mereka tersendiri untuk melepaskan amarah.

gua berani potong jari, kalau seseorang tu tak pernah keluarkan satu pun makian dalam hidup mereka. perkataan BODOH, BANGANG, SENGAL, BEBAL, BENGAP, dll. mungkin nampak simple. tapi ia juga satu makian. tapi mungkin makian secara halus. persoalannya, kenapa lu orang tak jadikan ia sebagai isu? hanya kerana, makian ini dijadikan lagu, lalu dijadikan sebagai isu? begitu kah?

ini adalah musik underground. di mana musik musik kami nyanyikan atas dasar hak seseorang, hak berkumpulan, hak asasi, haktuih, dan hak hak yang ada. so, walaupun gua tak tau apa sejarah penulis lirik ini, gua tetap respek beliau. sbb beliau meng-share-kan lagu ni untuk kami sebagai satu golongan yang mahu menentang satu penipuan yang berlaku dalam kehidupan seharian.kami tak jahat.kami tak zalim.kami tak makan orang, kami tak sembah kepala kambing, kami tak bakar AL-QURAN. kami tak santau orang. cuma kami protes dalam bentuk musik yang agak keras. mungkin cara kami nampak agak ganas,
tapi, itu lah cara kami.

So, jikalau berlaku lagi perbalahan tentang isu lagu ni, gua suggest, lu orang, terus amek wudhu', tenangkan jiwa dan, ignore sahaja video serta comment comment ini.
okay.
trimas.




santai lebih sikit






dfanheartcore





10 October 2011

Santai terus.

sana sini orang bercakap.

yang pendapat ni, lain
yang pendapat tu, lain

apa seh?



ni hari gua nak post pasal manusia yang berada di atas.



gua sangat tak mengerti apa dalam palotak manusia manusia mcm gini.
dorang rasa dorang bagus
dorang hebat?
dorang stail?
ya,
amek.
amek semua!
gua kasi free.
gua kasi cash and carry.
manusia macam gini sebenarnya paling tak ada nilai.


gua banyak tekankan dalam blog gua ni pasal hidup yang mcm roda ni
tapi gua tau.
setakat baca kat blog je
takkan menusuk kalbu pun.
manusia sekarang ni
terutama macam lu,
suka pakai konsep 'Dah terantuk baru nak tergadah'
so,
gua tak perlu lagi nak tekan kan lebih lebih kat sini
lu dah besar.
lu bukan budak kecik yang gua nak kena ajar pakai rotan.
kan?

so,
gua memang suka guna cara baik.
gua tak suka guna cara jahat
untuk jatuhkan REPUTASI lu.
gua paham lu orang 'kenamaan'
lu bajet semua kenal lu.
so, gua biar.
gua jaga maruah lu.
tapi tu lah.
hidup ni adil.
Tuhan tu MAHA ADIL.
apa lu buat,
lu akan dapat.
cash and carry jugak lah kaedah dia.
sampai satu masa,
lu akan sedar
lu tau lah apa lu nak buat.


air mata gua tak senang untuk jatuh
gua bukan Barbie Doll.
gua ada perasaan.
satu je gua nak lu ingat.
kalau lu rasa duit lu boleh beli semua,
lu silap besar.
sebab, gua sendiri akan tetap bermatian untuk cinta gua.
satu benda yang tak mungkin boleh dibeli dengan duit lu.


so,
lu santai terus.
gua tak doa yang bukan bukan.
tapi gua tau.
gua percaya Tuhan.
Tuhan tu style.
lu kena ingat tu.
benda yang lu tak fikir akan jadi,
akan jadi punya.
tu nama dia MIRACLE. atau dalam bahasa ibundanya lu carik kat google translate.


okay.
sekarang lu happy happy dulu
lu partay sana sini dulu
habiskan duit lu.

nanti, da susah lu carik lah gua okay.
gua sedia untuk senyum tengok lu.










teruskan santai ya.










dfanheartcore

06 October 2011

and again, back to the basic.

again, again and again.
sick of it.
penat, boring, malas

OCTOBER.

sepatutnya gua rasa setiap orang kalau nak masuk bulan masing masing dorang akan beriang gumbira
tapi gua?
macam biasa.
macam tahun tahun sebelum ni.
gua dah biasa
dah terlalu biasa
sampai sekarang gua rasa gua tak patutu keluarkan setitik pun air mata gu dalam bulan ni.

bunyi macam gua bosan dengan hidup je kan?
haha.
sikit ah.
tapi gua tau. sampai masa gua akan dapat hak gua.
hak gua yang Tuhan peruntukkan untuk gua
gua tunggu
gua sabar
kalau gua tak sabar
semalam gua dah bunuh diri
kan?


gua sebenanye tak tau nak berbual apa.
sebab apa yang gua alami
complicated
salah gua.
ya
mungkin salah gua.
bukan mungkin. memang salah gua.
gua terima
gua tadah
gua masih jalan tunduk bawah
gua tak reti dongak sambil jalan
gua gayat

manusia manusia yang luar sana
lu nak pk gua hina,
boleh
lu nak pk gua keji,
boleh
lu nak pk gua teruk,
boleh.
sebab gua tau pada mata Tuhan itu lah karakter yang layak untuk gua.
gua terima, gua terima.


gua bukan anak patung
gua bukan wayang kulit.
gua terlalu banyak tipu diri gua
terlalu banyak
sampai gua dah takde idea nak tipu apa


sekering kering hati gua,
ada lembab nya jugak.
kan?
takpe
gua terima
gua terima.


sebenarnya gua memang ada masalah dengan diri sendiri
sebab gua tak tau apa yang gua pk
gua tau apa objektif hidup gua
dua plan baek punya.
tapi gua tak tau apa yang gua buat sekarang ni.
gua macam main tarik tali dengan bayang sendiri.
apa?
tak faham?
lu tak payah sibuk faham
lu nak baca, teruskan
lu nak maki lu tak payah baca.
santai bukan?


lu orang tak ada kat tempat gua.
apa gua lalui sepanjang 21tahun ni
bukan senang gua nak survive
tapi gua tak nafikan.
hari ni gua susah macam ni,
ada lagi yang lebih susah dari gua.
kan?
boleh pulak gua tengok dia handle baik je

sbab tu gua cakap
gua ada masalah dgn diri sendiri.
haaa, takut tak nak usha gua pasni?
mesti takut kan?
gua bukan peduli pun.
gua da biasa.







santai bukan?












mana lahai Objek Besar a.k.a Bumble big gua ni.











dfanheartcore.-

03 October 2011

OH, Trimas.

Gua balik dari JB tu
gua tak tau kenapa gua happy tapi ada tambah sedih sikit.
gua skang tak tau apa jadi dengan diri gua.

oh, btw,
Thanks Damian. teman makan McD :D
Lebiu more lah!
eceh.
haha.

telinga gua tengah disumbat oleh benda alah kecik hitam
yang connect kat hp gua ni.
atau nama sebenar dia, Earphone.
gua jatuh cinta dengan dua individu ni hari.

satu, Taeyang. pergh!!
badan dia gua cakap lu, sumpah gua turn on lah siaa!
Bila dia joget tu, gua rasa nak sembunyik bawah meja
sebab seksi sangat. ngap ngap!

second, Ryan Leslie.
Ryan Leslie ni seorang rappers.
gua baru download lagu Glory.
Damian suruh dengar.
pergh gua cakap lu,
terbaik!
lyric dia,
cara pembawakkan dia.
video clip dia,
gua bagi rate 9/10 ah!
(dalam list lagu hiphop)

ayat yang paling gua suka
"I'm not ashamed at all, in fact I love my story,
No matter how it takes, oh, I'mma take my glory"
fuhh!
bila gua baca keseluruhan lyric lagu ni,
gua suspek bertingkat lah kat mamat ni!
*Thanks ah Damian :D*

gua skang mcm bercita cita nak jadi rappers ah
setail gila sehh!
lu lek jer.
tunggu gua jadi rappers eh!

wiwieett!










si objek besar











dfanheartcore