26 November 2011

and yeah, i keep lying.

aku rasa aku makin okay. dengan ketiadaan dia disisi. kehadiran seorang teman yang istimewa dan juga seorang lagi teman yang tak kurang juga istimewanya. dalam diam, mereka hilangkan fokusku pada benda benda bodoh bernama CINTA.

susah sebenanye nak lupakan perasaan tu. aku akan tersenyum kalau aku teringat dia. aku akan tersenyum kalau aku terpandang dia dalam mata ku, dalam hati aku dan dalam minda aku. aku akan sentiasa tersenyum. dan, aku akan sentiasa tersenyum kalau aku rindukan dia. bibir aku tak lekang untuk ukir senyuman. aku tau senyuman aku tu palsu. memang palsu pun. tapi, at least, orang tengok aku tersenyum gembira.

aku dah lama tak gelak. dan kehadiran EM membuatkan aku gelak. menghabiskan malam aku dengan Ekin, dengan Jan, dengan EM tu sendiri, membuatkan aku tak habis nak gelak. kadang kala aku rasa usus perut aku nak terkeluar pun ada kaedahnya. :) thanks kau orang.

EM, aku suka kawan dengan kau. kau layan je aku ni walaupun kau kadang kadang bersifat agak kebinatangan. haha. tapi aku suka kawan dengan kau. dan mungkin. mungkin. kan? tapi, aku sedaya upaya aku akan elakkan. tapi aku tak boleh paksa. tapi seriously, diri aku masih dalam D. so, aku tak boleh nak nafikan itu. kau kawan yang baik. thanks.

dan EI. aku, aku tak tau nak cakap macam mana. mungkin silap aku. silap aku biarkan kau hanyut. aku suka kau. aku sayang kau. tapi belum sampai tahap yang sepatutnya. aku masih teringat kan D. dan mungkin senyuman yang terukir kalau aku teringat D tu akan disaingi air mata. aku tak ready. aku tak ready. tapi, aku taknak kau sakit. aku tau macam mana sakit tu. so, aku taknak kau lalui. kau baik dengan aku. dan aku hargai. aku akan berserah pada Tuhan. moga moga Tuhan plan something special untuk kau dan aku. satu hari nanti.



dalam diri aku, ada dua orang yang teristimewa selain dari keluarga dan kawan kawan. MAA dan D. MAA tu aku dah letak dia sebagai sejarah silam aku. yang mana ajar aku untuk jadi kuat macam aku yang sekarang. ada hikmah.Alhamdulillah. aku nampak hikmah dia. Alhamdulillah. dan D, masih bersisa dalam hati aku ni. masih berbaki cinta aku pada dia. bukan senang. mungkin mengambil masa setahun lebih jugak macam aku dengan MAA dulu kan? siapa tahu. sangat lama aku suffer. tapi, disebabkan pengalaman aku suffer dgn MAA dulu, buat aku kuat utk tempuh pengalaman kedua hilang orang yang aku cinta.

bila aku dengan D, perasaan tu aku pernah rasa masa aku dgn MAA. aku tak tau kenapa. mungkin sebab cerita aku dgn dia tak pernah habis. dan susah nak habis. aku pun tak tau. tapi apa yang pasti, aku merana sbb ZM dulu selepas MAA bukan 100% sebab ZM, tapi aku sedar sebab MAA. complicated sungguh aku ni sebenarnya. rasa macam nak ketuk kepala kat dinding pun ada kaedahnya.

takpe lah. apa yang aku buat sekarang ni, aku tak akan berusaha gigih untuk seseorang. aku biarkan Tuhan tentukan. kerja aku hanya untuk perbaiki diri aku untuk jadi lebih baik. mungkin nak cuba solat 5 waktu penuh, kerja keras, carik duit banyak banyak. dan sampai masa, dengan keizinan Tuhan, aku akan dikurniakan seorang lelaki yang sesuai utk aku. dia tak akan jadi sempurna. tapi sesuai. :)


insyaALLAH.



aku bukan jahat. aku bukan kaki lelaki, aku bukan batak batang.
cuma, aku berkawan dengan semua orang supaya aku boleh cari seseorang yang sesuai untuk aku.







dfanheartcore.-

2 comments:

Kc Kasedah said...

dan keramaian itu, pastinya ada yg akan hadir dengan keikhlasan.

so kau santai je fan. ala, hidup ni banyak pilihan. hanya kau je yg tahu mana yang terbaik utk diri kau.

moga kau diberi "cahaya".

AMIN.

Superwoman said...

thanks kesi. :DDDDDDD
kau je memahami apa aku alami. sebab cerita kita tak jauh beza kan :)


AMINNNNN!