28 November 2011

ter-KLMJ.

aku tak sengaja. seriously aku tak sengaja. aku ingat aku dah boleh dah. rupa2nya tak boleh. -.-" aku susah untuk lepaskan seseorang yang pernah aku cinta. tapi aku senang dapat peganti dorang. tapi belum tentu peganti tu, akan dapat cinta aku. mungkin tempat aku hilangkan duka aku. kan?

jahat sungguh aku.

tadi aku download full album monument monument. aku teringin nak dengar. dah lama tak terdengar. ade satu lagu first lagu MAA kasi kat aku pada awal perkenalan kitorang. aku tak pernah hafal lagu tu. aku tak pernah bukak lirik. tapi aku dengar hari hari. dan dia jugak bukak kat dalam kete, kat rumah dari komputer. dan aku pun sama. mana2 aku pergi dulu lagu tu yang jadi peneman aku.

tadi aku bukak lirik salah satu lagu tu. ya Allah. bergenang air mata aku. tunggu masa nak jatuh. untung lah kat ofis. aku cuba untuk tak melayan perasaan aku. mcm yang EM kasi tau. tapi, aku tak boleh. aku akui, aku terlalu rindu kan MAA. -.-" mungkin sebab lama sangat kot aku hidup dengan dia. aku tak pernah lama dengan lelaki mcm gitu. aku sumpah sampai bila bila pun, dia lah jadi yang terbaik untuk diri aku. aku rindu MAA.

tamat cerita MAA.


D, aku pun dah getting better. tapi, still, aku akan teringat kan dia. tapi aku mampu kawal emosi aku. mungkin aku tukar pemikiran positive aku kepada negative kot. tu aku tak pk sangat tu. tapi aku rindu dia. kadang kadang aku rasa bodoh. sebab aku tak nampak apa kelebihan Si D tu pada aku. pada aku, layanan dia tak setanding MAA. tak pernah setanding. sikit pun tak. tapi aku boleh syg dia mcm gini. aku ni pelik pelik lah. patut lah kena maki je dengan kawan kawan -.-" takpe lah. aku dah tukar perspektif aku pada dia. dia tak jahat. tapi kehidupan seorang dancer memang mcm gitu. so, aku blah. sebab aku mmg tak boleh terima lifestyle mcm gitu. dari terus makan diri. baiklah aku ubatkan diri aku. kan?

tamat cerita D.


lelaki datang dan pergi. aku tak pernah pulak tersangkut dengen siapa siapa secara jujurnya masa aku dengan D. ade pun, main main. (kejam betul. sebab tu kena. padan muka lu dipan!) tapi aku rasa. aku tak tau apa aku rasa. kenangan awal perkenalan aku dengan dia, sangat kelakar. aku ingat lagi, pertama kali aku pergi jumpa dia, aku keluar rumah, naik motor pukul 1pagi. tapi tak tau jalan pergi tempat dia salu lepak. credit takde, buat call-me-back. hahaha. gila kan? sebab masa tu aku bosan. tapi itu dah lama. sebelum puasa kalau tak salah. lepas tu terus tak berapa nak contact sangat. biasa lah aku ni kan. then, semua terjadi bila aku nak sangat pergi gegey fest. bukan sebab dia. tapi sebab mmg nak pergi. lepas tu, start dari hari tu, kerap juga lah contact. tak berapa kerap sangat sebenanye. start kerap kontak bebaru lagi.

ada lah sikit kelakar dia. tapi tak perlu lak naip kat sini. penat jugak kaedahnya. yang penting, MONDAY. semalam. :) aku cuti kan. pagi pagi buta, pukul 4 pagi amek dia kat rumah. then tunggu dia sampai pukul 5pagi. then dia bawak moto aku pergi wangsa maju. semata mata nak lepak. -.-" gila kan. sampai pukul 7 ke 8 tak tau. --" then bergurau gurau, ape sume. then, POM! --" aku suka dia. :) itu je. bila aku dengan dia, aku lupa D. tapi perbualan semalam antara aku dengan dia, buat aku KLMJ yang berlebihan pasal MAA. aduh. MAA ni, mana je aku pergi, dgn siapa je aku keluar, semua dia nak nyebok dalam palotak aku ni.

EM, aku rasa, kalau lama lagi aku kawan dengan kau, kompem aku game over! dan aku takut tu. so, aku kawal je pasaan aku pada kau. sebab aku malas nak pk dah. -.-" tapi kau sweet. walaupun kau poyo. and and, kau wangi! -.-"

tamat cerita EM.


dipan! lu ni pahal? EI lu tanak cerita ke?

sebenanyer, takde cerita aku dengan EI. sebab dia busy dengan hal dia. yang teramat sangat. dan kadang2 tak call, tak msg. so, aku pun tak tau nak cerita apa. okbai.










santaiiiiiiii laju laju!






dfanheartcore










26 November 2011

and yeah, i keep lying.

aku rasa aku makin okay. dengan ketiadaan dia disisi. kehadiran seorang teman yang istimewa dan juga seorang lagi teman yang tak kurang juga istimewanya. dalam diam, mereka hilangkan fokusku pada benda benda bodoh bernama CINTA.

susah sebenanye nak lupakan perasaan tu. aku akan tersenyum kalau aku teringat dia. aku akan tersenyum kalau aku terpandang dia dalam mata ku, dalam hati aku dan dalam minda aku. aku akan sentiasa tersenyum. dan, aku akan sentiasa tersenyum kalau aku rindukan dia. bibir aku tak lekang untuk ukir senyuman. aku tau senyuman aku tu palsu. memang palsu pun. tapi, at least, orang tengok aku tersenyum gembira.

aku dah lama tak gelak. dan kehadiran EM membuatkan aku gelak. menghabiskan malam aku dengan Ekin, dengan Jan, dengan EM tu sendiri, membuatkan aku tak habis nak gelak. kadang kala aku rasa usus perut aku nak terkeluar pun ada kaedahnya. :) thanks kau orang.

EM, aku suka kawan dengan kau. kau layan je aku ni walaupun kau kadang kadang bersifat agak kebinatangan. haha. tapi aku suka kawan dengan kau. dan mungkin. mungkin. kan? tapi, aku sedaya upaya aku akan elakkan. tapi aku tak boleh paksa. tapi seriously, diri aku masih dalam D. so, aku tak boleh nak nafikan itu. kau kawan yang baik. thanks.

dan EI. aku, aku tak tau nak cakap macam mana. mungkin silap aku. silap aku biarkan kau hanyut. aku suka kau. aku sayang kau. tapi belum sampai tahap yang sepatutnya. aku masih teringat kan D. dan mungkin senyuman yang terukir kalau aku teringat D tu akan disaingi air mata. aku tak ready. aku tak ready. tapi, aku taknak kau sakit. aku tau macam mana sakit tu. so, aku taknak kau lalui. kau baik dengan aku. dan aku hargai. aku akan berserah pada Tuhan. moga moga Tuhan plan something special untuk kau dan aku. satu hari nanti.



dalam diri aku, ada dua orang yang teristimewa selain dari keluarga dan kawan kawan. MAA dan D. MAA tu aku dah letak dia sebagai sejarah silam aku. yang mana ajar aku untuk jadi kuat macam aku yang sekarang. ada hikmah.Alhamdulillah. aku nampak hikmah dia. Alhamdulillah. dan D, masih bersisa dalam hati aku ni. masih berbaki cinta aku pada dia. bukan senang. mungkin mengambil masa setahun lebih jugak macam aku dengan MAA dulu kan? siapa tahu. sangat lama aku suffer. tapi, disebabkan pengalaman aku suffer dgn MAA dulu, buat aku kuat utk tempuh pengalaman kedua hilang orang yang aku cinta.

bila aku dengan D, perasaan tu aku pernah rasa masa aku dgn MAA. aku tak tau kenapa. mungkin sebab cerita aku dgn dia tak pernah habis. dan susah nak habis. aku pun tak tau. tapi apa yang pasti, aku merana sbb ZM dulu selepas MAA bukan 100% sebab ZM, tapi aku sedar sebab MAA. complicated sungguh aku ni sebenarnya. rasa macam nak ketuk kepala kat dinding pun ada kaedahnya.

takpe lah. apa yang aku buat sekarang ni, aku tak akan berusaha gigih untuk seseorang. aku biarkan Tuhan tentukan. kerja aku hanya untuk perbaiki diri aku untuk jadi lebih baik. mungkin nak cuba solat 5 waktu penuh, kerja keras, carik duit banyak banyak. dan sampai masa, dengan keizinan Tuhan, aku akan dikurniakan seorang lelaki yang sesuai utk aku. dia tak akan jadi sempurna. tapi sesuai. :)


insyaALLAH.



aku bukan jahat. aku bukan kaki lelaki, aku bukan batak batang.
cuma, aku berkawan dengan semua orang supaya aku boleh cari seseorang yang sesuai untuk aku.







dfanheartcore.-

25 November 2011

faktab sungguh bekberi ni kadang kadang

okay. gua makin stabil. sebab apa gua stabil? sebab gua dah lepas kan semuanya. tapi apa yang gua bengang, jari gua sakit. gaduh pakai bekberi ni memang menyakitkan kaedahnya.

To D:

sorry, words i buat u sakit hati apa semua. but, i think, i have the right. i nak u tau apa i rasa. i pernah sakit. mcm mana u skang ni. apa yg u lalui, i pernah lalui. even more worst cos, i was supposed getting married. but, end up cancelled. tonggeng tak tonggeng nya i. i marah u, i cakap mcm tu tadi semua sbb nak u jangan ulang apa i buat. tu je. i sygkan u. u tau i sygkan u kan? tapi u buat buat pekak. so, takpe. i sabar.

bukan benda yg senang kita nak lupakan seseorang yang kita cinta. bukan syg. tapi cinta. bukan senang kan u? u tau apa rasa dia. mcm tu jugak i. i jadi bodoh kerana cinta. i rosakkan hidup i. i hancurkan hidup i, i bazirkan hidup i. sebab cinta. i taknak u buat apa yg i buat. that's why i cakap kat u dulu. if u ada problem, u nak i, u cakap je. i sanggup letak tepi perkara yg i nak kena buat apa sume. i sanggup u. seriously. sbb i taknak u buat benda bukan bukan.

u cakap, takde org faham u. i pernah cakap mcm u cakap u. and, i dah buat salah. mmg takde org faham i. sbb time tu i sendiri tak faham diri i sendiri. mcm mana i nak suruh org faham i? cinta tu indah. dan keindahan cinta tu buat manusia buta dan bila manusia tu buta, itu akan membawa kita ke alam yg penuh dengan dosa. ingat tu. cinta manusia kepada manusia, tak pernah sesuci cinta Allah kepada hambaNYA.

i manusia biasa. i beremosi. i mcm orang lain. i ada perasaan sedih, nak nangis, marah, sakit hati. i tak selalunya gembira. dan i bukan org yang selalu bergembira. i mintak maaf kalau kekurangan i ni buat u taknak pandang i, dan sisihkan perasaan i. tapi takpe. i terima semuanya. tu Qada' dan Qadar i. airmata i akan jatuh. itu perkara biasa. kita hilang org yg kita sayang, air mata kita akan jatuh. i syg u dan i hilang u. i jatuhkan airmata i dengan ikhlas. tapi, itu tak bermakna i akan ada balik dalam life u.

pada i, u tak perlukan i dalam hidup u. sbb u kata, i sama aja dengan dia. so, i lepaskan u. i lepaskan u sepenuhnya. dan u jangan terkejut kalau satu hari nanti, i remove u dari bbm dan fesbuk. bukan bermakna i benci. syg tetap syg. tapi tu maknanya, i nak move on. dan i taknak hidup dalam kepompong lagi. i nak diri i terasa segar, hari hari i rasa bermakna. dan bukan sedih,murah sebab ingat benda2 lama.

i okay. i okay :) u have to take care of yourself. be strong. ingat u. Qada' dan Qadar Tuhan, kita kena terima dengan ikhlas. Tuhan Maha Mengetahui segalanya dari dalam hati kita hingga ke setiap perbuatan kita.

u tak akan boleh lupakan si dia. u akan tetap ingatkan dia. sebab tanpa u sedar, dia adalah kenangan manis u, yang juga mengajar u untuk menjadi lebih matang, lebih kuat berbanding dulu. :)) dan i harap u begitu.

lastly, D. i berterima kasih sangat sebab singgah dalam hidup i. :) walau sakit yang u beri, i tetap gembira dengan kehadiran u disisi i. harap u akan jumpa cahaya kehidupan u satu hari nanti.






dfanheartcore.-






22 November 2011

Memang menyedihkan.



And this song is for you, D.



baby whats wrong wit you, are you scared that we gon run into her

n whats it gonna do, you should say that you no longer want her
you need to let her know, that she had her chance, and you already got a girl
boy he messed up wit you, you know that im the truth, heres what we need to do

baby its been a while since we connected
one night alone with me and you forget her

i dont wanna hear what i think your ganna say
and i know it cant be good from the look thats on your face
and i cant believe that its too late, dont tell me its over
i can tell that she's been hurting you, i can see it in your eyes
its the first time that im feeling bad, im about to die
just say anything but goodbye, dont tell me its over

are you sure you wanna do this, if i walk away, it'll be forever
i cant go through this, i'd rather work it out, try to stay together
and boy i do love you, i will give up the world, just so you be my man
i know she messed up wit you, you know that im the truth, i wanna be wit you

i dont wanna hear what i think your ganna say
and i know it cant be good from the look thats on your face
and i cant believe that its too late, dont tell me its over
i can tell that she's been hurting you, i can see it in your eyes
its the first time that im feeling bad, im about to die
just say anything but goodbye, dont tell me its over

its hard to hear you tell me no
boy i dont wanna let you go
why should i give you away, and be here alone
baby this aint making sence
when i try to give my best
and you telling me its over
when the truth is baby i love you

i dont wanna hear what i think your ganna say
and i know it cant be good from the look thats on your face
and i cant believe that its too late, dont tell me its over
i can tell that she's been hurting you, i see it in your eyes
its the first time that im feeling bad, im about to die
girl say anything but goodbye, dont tell me its over

i dont wanna hear what i think your ganna say
and i know it cant be good from the look thats on your face
and i cant believe that its too late, dont tell me its over
i can tell that she's been hurting you, i see it in your eyes
its the first time that im feeling bad, im about to die
just say anything but goodbye, dont tell me its over








GIT FRESH - DON'T TELL ME ITS OVER (LYRIC - GIRL VERSION)










dfanheartcore.-




21 November 2011

I'm already in the rain.

If you ever leave me baby,
Leave some morphine at my door
‘Cause it would take a whole lot of medication
To realize what we used to have,
We don’t have it anymore.

There’s no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor
So keep in mind all the sacrifices I’m makin’
Will keep you by my side
Will keep you from walkin’ out the door.

[Chorus]
Cause there’ll be no sunlight
If I lose you, baby
There’ll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same, if you walk away
Everyday it will rain, rain, rain...

I’ll never be your mother’s favorite
Your daddy can’t even look me in the eye
Oooh if I was in their shoes, I’d be doing the same thing
Sayin there goes my little girl
Walkin’ with that troublesome guy

But they’re just afraid of something they can’t understand
Oooh well little darlin’ watch me change their minds
Yeah for you I’ll try I’ll try I’ll try I’ll try
I’ll pick up these broken pieces ’til I’m bleeding
If that’ll make you mine

[Chorus]
Cause there’ll be no sunlight
If I lose you, baby
There’ll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same if you walk away
Everyday it will rain, rain, rain...

[Bridge]
Don’t just say, goodbye
Don’t just say, goodbye
I’ll pick up these broken pieces ’til I’m bleeding
If that’ll make it right

[Chorus]
Cause there’ll be no sunlight
If I lose you, baby
There’ll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same if you walk away
Everyday it will rain, rain, rain...

Rebound keep bouncing.

mungkin aku ni mmg layak dijadikan tempat rebound aja. maksudnya, nak lupakan seseorang orang tu akan datang kat aku. dan meminta aku untuk layan mereka dengan baik. urghh! mangsanya aku. aku bukan kau, bukan mak kau, bukan jiran kau. aku tau tak.

air mata aku dah takde stok dah nak keluar. sakit memang sakit. haihh. tapi aku hanya mampu utk pendam aja. tak mampu untuk cakap apa apa. aku hanya nak tengok orang lain happy. kenapa aku terlalu pk kan perasaan orang dari diri aku sendiri?

ahhh! aku tak boleh jadi selfish. tapi ni bukan selfish. kalau bukan aku then siapa nak pk pasaan aku ni? siapa? siapaa????????

aku rindu perasaan aku dulu. skang aku dah takde pasaan tu. mcm mana ni. aku sendiri pernah bilang yang perasaan tu tak boleh dipaksa. tapi? aku mcm nak memaksa perasaan aku sendiri.

dipan! kau better chill, santai aja. benda kau ikhlas, kau akan dapat pulangan. kan?
sabar dipan, sabar. sampai bila tak tau. redha je lah.









dfanheartcore.-




18 November 2011

kalau

kalau aku jadi kahwin dulu entah entah sekarang dah ada anak dah kan? takpun tengah pregnant lagi. kalau aku jadi kahwin dulu mesti aku happy skang ni. tak yah risau benda2 lain.

aku rindu. erm. kadang kadang aku rindu. bila tengok org kawin, bila tengok orang ada anak. aku rindu. :(

entahlah, aku berserah je skang ni hidup aku. aku takut nak taruh harapan tinggi tinggi pd sapa2. aku tanak amek risiko mengharap dan kemudian sakit lagi. aku taknak. aku benci mengharap. aku penat menangis. kalau diberi pilihan, aku tanak ada perasaan cinta kat seseorang tu. biar peraasan cinta aku ni hanya untuk Allah dan family serta kawan kawan shj. aku tanak sakit lagi. aku penat! penat sgt sgt. bekorban utk seseorang kemudian dikecewakan. ahhh!

biar lah. tu semua dah lepas. aku redha. aku terima semuanya ni.

Tuhan je tau macam mana aku seksa jiwa aku sekarang ni.








dfanheartcore.-




16 November 2011

Dulu dulu dah habis.

dah lama aku tak update kat sini. semua sebab busy sangat dengan duty harian gua. tambahan pula, gua memang tak ada tenet kat ruma. agak tepu sebenanye. tapi tahan je lah.

life aku? macam ni je lah. aku tipu kalau aku tak menangis. aku ada jugak menangis melalak.lagi lagi 2 minggu ni. keje nak touching je. biasa lah bulan mengambang.

makin lama, aku rasa aku makin sunyi. tak. aku tak lost. aku ada bf. yg mana sgt baik kat aku dan sgt manjakan aku. aku tetap ada kawan kawan. even kawan aku tak salu balik ruma. tu jadi aku tepu hari hari tidur sengsorang. agak sedih lah. jadi terlalu sedih mcm cite bersamamu atau jejak kasih, sebab aku demam. aku tak tau. aku demam tetibe. teruk. lama. tapi sebab kene sound dgn boss banyak kali mc, aku gagahkan diri nak pegi kerja. bila balik aku jadi lemah, aku tidur, tengah malam bangun, nangis. sbb terlalu lemah badan aku ni. aku rindu org jaga aku masa aku sakit. aku rindu benda benda tu.

erm, benda dah lepas. tipu lah aku cakap aku tak syg. masih syg cuma aku tau aku tak akan dengan dia. so, aku biarkan je lah. tapi bila tgh demam2 ni, sakit2 ni, aku jadi sedih, dan perlukan seseorang. tak de org tau aku nangis hari hari ke, mana ada org tau. kalau housemate aku kat rumah baru aku rasa gelak. hidup aku sekarang ni kekurangan tawa gelak yang teramat. aku rindu gelak kuat kuat, gelak tak ingat dunia. aku rindu aku yang dulu. happy. aku yg skang dah ke arah ke-serius-an. sbbnya aku taktau nak melawak dengan siapa. tu yg jadi sampai baca bbm broadcast soalan bocor SPM tu sampai meleleh air mata.


mana dfan yang dulu? mana mana mana?














dfanheartcore