05 February 2013

Gatal gatal.

Ahh.. ni yang gua malas ni. dah tengah pepagi gini baru gua nak mandi. hari ni gua tak mandi seharian. sebabnya? gua malas. tapi gua tau sebelum gua tidur, gua akan pastikan badan gua disaluti buih buih sabun yang aromanya mampu membuat bulu bulu hidung jiran sebelah rumah gugur.

nak dijadikan cerita, tuari, gua pergi kl. agak 3 4 hari juga lah. biasalah, jumpa bakal suami kannnn. ehem. okay. lepas tu. gua balik rumah, gua macam biasa lah kan. dengan posisi kuak rama rama gua landing kat tilam gua yang tak berapa nak empuk. spring dia macam mencucuk dah tilam tu. lama juga gua tak tukar tilam sejak katil double-decker gua dibuang 3 4 tahun lepas. gua terfikir nak buang je tilam tu. tapi memandangkan size tilam tu agak besar, size queen gitu, gua fikir nak buang kat mana tilam tu. ada juga gua terfikir nak buat satu pelan "Misi Membuang Tilam Ke Rumah Hujung" tapi tak berjaya. cadangan gua ditentang habis habisan oleh bapak gua dengan alasan "Kau gila ke? Tak ada otak?" Jadi, gua pun masih lah bertahan pakai tilam tu. tapi, gua buat pelan B. iaitu, amek tilam bayi kat rumah gua yang turun temurun tu, gua lipat dua dan alas dipermukaan tilam spring tu. dan gua sarungkan cadar macam biasa. ternyata lah, gua punya pelan berjaya. dan Alhamdulillah, cadangan tu dipersetujui oleh semua pihak.

Okay, gua sambung balik. lepas tu, gua pun daripada kuak rama rama, gua tukar ke posisi kuak ular, kuak udang, kuak singa laut, kuak singa jadian dan kuak yang lain lain, gua terlena dalam dakapan angin sempoi sempoi bahasa yang dihasilkan melalui kipas RM50 yang baru dibeli oleh bapak gua kat Giant tuari. Sedar sedar je, gua dengan keadaan separuh mamai dan separuh bogel, dah tengahari. gua duduk jap sambil hisap rokok. gua fikir, apa projek gua hari ni. memandangkan gua memang anak dara yang tak biasa keluar rumah (gua seorang wanita yang rajin buat kerja kerja rumah, kerja kerja rumah jiran gua serta kerja kerja rumah yang diberi oleh guru sekolah adik gua), gua lihat sekeliling. berpinar pinar otak gua. BERSELERAK! MACAM TONGKANG PECAH. terngiang suara umi gua. cepat cepat gua bangun.apa lagi, lepas gua sengseng lengan baju, gua start kemas bilik. celaka. bilik gua memang macam rumah hantu yang selalu kat funfair tu. bezanya, hantunya tak ada. tu je!

gua kira kira, ada eloknya gua start packing barang yang gua nak bawak ke Kolumpo lepas kahwin nanti. Barang barang berharga seperti cenderamata oleh rakan rakan dan bekas bekas pakwe gua tinggalkan. yang gua da habis packing cuma CD, Buku, Zine, Alat Tulis, Alat DIY, dan Alat MBPA. lepas tu gua perasan, cadar gua, ya ampun. macam mana gua boleh tidur atas cadar tu! bukan! bukan darah period! tapi berhabuk habuk, berdebu, berpasir. gua ada terdetik juga, mana datangnya pasir ni. jangan jangan hantu laut singgah kot? CHOYY! gua terus masuk bilik umi gua. niatnya gua nak curik cadar yang mahal mahal sikit. tetibe, terngiang lagi suara umi "JANGAN PAKAI CADAR NI! MAHAL NII!" Terus gua batalkan niat gua. gua amek cadar murah beli kat Giant juga rasanya yang itu. Ah, gua tak kisah lah. yang penting gua tak sanggup nak tidur atas cadar yang sebelum tu.

Sambil sambil kemas bilik tu adalah gua singalong dengan Agnes Monica, Mariah Carey dan Whitney Houstan. Setel kemas bilik, gua dengan bangganya turun bawah dan golek golek depan tv. maklum lah. rumah gua baru tukar TV 40inch dan ada Astro. Gua try juga serbey serbey mana tau ada cerita porno. Malangnya, Astro tak ada kemudahan tu. Lepas tu, gua mandi mandi macam biasa dan jalani kehidupan rutin harian wanita biasa. mengemas, kasi kucing makan, siram pokok jambu depan rumah, sembelih ayam dan memasak.

Malam tu gua perasan yang gua ni terkeruk keruk. Pernah nampak anak monyet kiut yang terkeruk keruk tak? haa, sama lah macam tu. bezanya gua lagi comel dari anak monyet tu. Tapi gua mantain ah. gua tau. ni semua permainan syaitan je ni. masa solat pun gua cuba la tahan nafsu gua nak garu garu ni.

Besoknya, gua bangun, gua perasan kaki dan tangan gua da mula timbul bintat kemerah merahan. nafsu garu gua dah tak dapat dibendung. memang celaka perasaan ni. gua garu sampai gua perasan keluar cecair. nak cakap air liur bukan. nak cakap air mazi pun bukan. takkan hujan kot? gua tengok siling bilik gua, tak pulak bocor. gua maintain lagi. garu tetap garu. nafsu lah katakan. last last, gua tak tahan. masa pakwe gua balik jb pun dia seram sejuk tengok gatal gatal gua. tak ada lah penuh satu badan. cuma gatal gatal tu agak pelik dan dikhuatir jangkitan malaria atau jangkitan virus virus lain seperti H1N1.

Gua usha usha kedai pharmacy. dia kasi ubat sapu. katanya boleh hilangkan alahan, gatal gatal dan gigitan serangga. sekarang ni gua masih menggunakannya sebab belum hilang lagi gatal gatal tu. cuma ada beberapa yang dah kering. penyakit tu kira penyakit yang dianggap misteri sebab tak ada orang bagitau apa sebabnya sampai lah Amy cakap mungkin alahan Kucing. sebab dia pernah kena. aku fikir, betul juga kot. tu lah. kalau gua duduk rumah, sehari sekali je gua mandi!

jadi, sebagai pengajaran, gua berazam gua akan mandi sekerap yang boleh. tapi keazaman tu berlanjutan satu hari je. gua memang malas mandi kaedahnya! paham?! macam mana ni nak kahwin tapi malas mandi? macam mana ni? macam mana???




1 comment:

Lynn La Loy リンダ said...

Eh gua ponmalas mandi..kalau 3 hari tak keluar rumah, 3 hari lah gua tak mandi kekdahnya..kadang-kadang orang pon tak tau yg sebenarnya gua kelaur dengan tak mandi lagi. :P

*you are not alone.... ahaks