06 February 2013

Iklan

Tadi gua teringat kawan gua pernah suruh gua berdaftar dekat Nuffnang. Memang gua ada perasan, banyak blog yang ada benda alah tu. gua pun cuba cuba lah daftar benda alah tu. sudahnya, gua tak tau untuk apa! Dia kasi langkah langkah untuk masukkan Iklan ke dalam blog gua. Edit kat HTML. Masalahnya, gua da buat semua tu dengan penuh gigih dan tekun serta bijaksana. Gua cuba tekan Save. tapi malangnya ada tulisan amaran warna merah mengatakan code code atau dengan kata lainnya, bahasa sanskrit modern tak betul.
mesti ditutup dengan
Masalahnya lagi, perkataan
tu berlambak kat code code tu! sudahnya gua cancel je!


Tapi, yang gua pelik, bila gua bukak blog ni, ada gambar "Follow me on Nuffnang" kat bahagian atas tu! (sila pandang paling atas). BURUK TAU TAK! BURUK! Perasaan gua sekarang penuh dengan perasaan celaka dan terasa nak baling cawan dekat rumah jiran yang hujung sekali.

Gua sedar gua ni memang buta IT. MEMANG LAH! Pasal bukan gua belajo komputer pun masa kat Kolej dulu. Gua kan amek akaun. walaupun hanya sampai Semester 5 tapi gua masih ingat selok belok buat akaun ni. cuba kalau nak edit edit blog ni guna formula akaun, mesti gua boleh buat dengan mudah dan bergaya!

tak gitu?




dfn-

No comments: