buat jahat jangan sekali.
awak awak sekalian.
INGAT!
buat baik tu berpada pada.
maksudnya: agak agak lah nak buat baik sekalipun
dah tau perangai macam kangkung belacan campur bertih jagung,
tak payah lah nak buat baik kat diorang.
nanti jadi macam ni haa, si penulis ni.
setepek kene kat dahi aku yang jendol 16 centimeter persegi ni.
dunia sekarang ni.
nak cakap maju, memang maju lah cite dia kan.
teknologi sana sini.
sampai nak beristinjak pun pakai automatik aja.
tapi tu lah.
teknologi tu lah buat manusia ni alpa.
bila manusia ni alpa,
mereka mula lupakan asal usul mereka.
lupa dari mana datangnya diorang.
kerana mereka sudah 'selesa' dengan kedudukan mereka.
lupa bila jatuh siapa yang angkat
lupa bila terduduk siapa yang tolong dirikan
lupa bila tersungkur siapa yang tolong basuhkan luka tu.
bukan bukan.
bukan nak cakap semua manusia macam tu.
sesetengah aja.
kadang kadang si penulis ni pun macam bangang bongok tenuk makan bagedil jugak.
kita sesama insan haruslah saling ingat mengingati.
Melayu Mudah Lupa.
pandai pandai lah bawak diri bila berada di tempat orang.
yang perempuan,jaga jaga lah apa yang patut dijaga.
jangan lah mudah terpedaya dengan ayat ayat manis, dan tingkah laku seseorang itu.
ingat,
kadang kadang kita tak perasan Ada Udang di sebalik Batu.
Jangan lah cepat percayakan orang.
2 3 hari baru kenal dah dianggap sebagai rakan karib.
tak boleh macam tu.
perempuan ni lembut kan?
so, senang aja lah ditipu.
tak tau orang kat belakang ketawa terbahak bahak sampai terkeluar anak tekak.
yang lelaki pulak.
lelaki memang selalunya terlepas dari pandangan.
mereka jarang dipersalahkan.
sukahati mak pak tiri anak sedara jiran sebelah rumah Pak Mat Tempe diorang aja kan.
tetapi ingatlah. satu hari nanti kau orang akan kahwin dan akan menimang cahaya mata.
tak tau lah kalau kau orang dapat tau yang kau orang akan mati sebelum kau orang ada anak kan?
tu kira satu exception lah.
kau orang kau orang semua,
pandai pandai lah pilih kawan.
kawan memang kene beribu berjuta beriban lotion Garnier.
tapi, jangan lah cepat sangat percaya mereka tu.
dan paling penting JANGAN MUDAH TERPENGARUH.
memang masa kau orang susah dorang nak tolong, KONONNYA lah.
tapi ingat lah, mati kubur masing masing.
kau kene jawap peperiksaan kubur tu dalam bilik kau orang sendiri.
no copy copy.
blogger blogger atau pembaca semuanya.
please,
kalau kau orang sayang diri kau orang.
sayang pinjaman TUHAN tu,
jangan lah amek benda benda yang memudaratkan diri kau orang.
DRUGS atau dalam bahasa ibundanya DADAH terutamanya.
ONCE YOU TRY IT, YOU'LL FEEL LIKE YOU WANT IT FOR TWICE.
better don't.
ingat lah muka orang tua kau orang okay.
Ni kira randomly talk aja.
kita kene saling mengingati.
masa aku ingat,aku ingatkan orang.
masa aku lupa, orang ingatkan aku.
tapi yang penting,
CARA BIAR CANTIK.
baru orang nak dengar.
tapi kalau dah Cara tu secantik Bidadari Permaidani Merah pun orang tu taknak dengar,
buat bodoh suaa.
bak kata pepatah,
Dah terantuk baru nak Teghadah, ye tak?
biar aja mereka sedar sendiri :)
dfanheartcore.
No comments:
Post a Comment