31 March 2011

Ya Allah.

Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan aku pemilik tulang rusuknya
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin~

Aku tak tau kenapa.
kenapa aku yang kena lagi.
apa salah aku?
kenapa eh?
aku ikhlas sayang dia.
sakit sangat sangat sekarang ni.
Aku macam rasa balik apa yang aku pernah rasa sebelum ni.
Ya Allah. sakitnya.

aku terasa diri aku lemah sangat kali ni.
aku tak boleh jadi kuat lagi.
aku dah tak boleh nak jadi kuat lagi.
hilang separuh jiwa aku.
aku tak boleh buat apa apa.
setiap inci yang aku gerak aku nampak kenangan aku dengan dia.
setiap jalan yang aku jalan, semua buat aku ingat dia.
air mata aku murah sangat sekarang ni.

Ya Allah. sakit sangat sangat.
dia tipu aku.
dia tak pernah sayang aku.
kenapa tergamak dia buat aku mcm ni?

aku rasa mcm nak pergi jauh.
so that aku tak lalu jalan jalan yang aku pernah jejak dengan dia.
so that tak ada benda nak ingat kan aku pada dia lagi.
aku sedih. aku sedih sangat.
sesak dada aku. aku sakit sangat sangat.
aku rasa da lemah gila untuk hidup.

aku tak tau nak cakap macam mana lagi.
aku tak tau nak mengadu kat siapa lagi.
aku hilang arah sekarang ni.

Ya Allah, Kau kuatkan lah hambaMu ini Ya Allah.
Kau ringankan lah beban aku.
Kau permudahkan lah ujianMu ini.
Subhanallah.
Hebat sungguh Tuhan kita ni.











I have to learn how to live half-alive.




dfanheartcore.

28 March 2011

Ride pusing pusing KL.

haha. kerja gila. :) ape yang gila tu?
haaa, ce cite ce cite.
okay.

and the story goess
*ting ting ting*

Hari sabtu hari tu aku dan yana tersangat lah berg (bosan)
mcm biasa la kan. bangun matahari dah sedia nak terbenam dah.
aku pun ikut lah yana pegi ABC Maideen dengan kawan dia.
minum dan makan roti tampal.
pergh! first time aku makan roti tampal. haha.
terbaik noks!
tibe tibe je tak tau ah kan idea mana entah mendatang secara tibe tibe
(bape banyak tibe tibe daaa)
rasa mcm nak ride.
so apa lagi.
sesi menelefon kawan kawan dimulakan
biasa lahh. orang takde basikal. haha.
so pung pang pung pang,
dapat lah.

owner basikal 1 - Ajeep.
owner basikal 2 - Roy.

niat dihati nak pusing dekat dekat aja.

pukul 8 lebih lebih.
mula mula dari rumah roy tu, kitorang pergi lah pusing kat pandan jaya.
sekali entah macam mana tibe tibe tersampai Taman Dagang.
haha.
so, kitorang pun duduk lah minum sat.
semangat aku minum Fresh Orange glass besar. haha.
sebab tengok orang sebelah selera aja kan.
so,
kung kang kung kang,
gerak ah dari Taman Dagang.
pergi tembus ke Ampanng Point.
sampai Ampang Point boleh pulak sempat kan diri pegi toilet Pelita Ampang.
hahah.

Lepas tu, terus takde plan. tengok jam awal lagi.
dalam pukul 10 mcm tu.
tibe tibe aja tershashul keluar idea nak ke KLCC.
so, kitorang dengan penuh semangat waja dan semangat kesukanan pegi ah menghala ke KL.
Kereta memang banyak.
aku telah memberanikan diri untuk menyelitkan diri diantara kereta kereta tersebut!
Syabas dfan!
tapi kitorang tak sampai KLCC sebab tak tau nak lepak mana.
so kitorang pun relaks kejap kat depan Ampang Park.
tunggu kawan kawan yang berkereta datang
then terus bergerak ke Kampung Baru.

So, lepak lepak lah kat Kampung Baru.
tapi tibe tibe Amy nak saje saje pusing bawak basikal
tibe tibe dia baru kayuh dalam 6 7 kayuhan rantai tercabut.
shaitsss!
Mahap lah Roy. -.-"
so aku dengan tibe tibe jadi mekanik pulak malam tu.
habis tangan kene minyak minyak.
last last aku surrender.sbb da pasang je terbukak balik.
dah call roy tapi roy pun tak dapat pk apa poblem dia.
so, dengan penuh kesedihan di dada,

aku pun meminjam spanar abang mana entah,
bukak tayar depan lalu menyumbat basikal ke dalam kereta syami.
Makasih Syami.
lalu menghantar pulang basikal dan aku.

Haha.
tapi aku happy lah jugak sebab berpeluang pusing pusing KL dengan basikal.
tercapai jugak cita cita aku. haha.
:)








go dfan, go dfan!






dfanheartcore


oh, p/s: i miss my ZM <3

25 March 2011

Pisang berbuah berapa kali?

HAHA.
sabar okay dfan?
ni semua dugaan Tuhan utk kau.
Tuhan sayangkan kau.
sebab tu Dia kasi kau sakit.
kau sabar okay?

dfan,
kau da buat yang terbaik untuk diri kau
untuk orang lain
untuk dia.
hanya orang yang tau menilai je akan nampak keikhlasan dalam diri kau.
bukan semua orang tau menilai, dfan.
bukan semua orang.
kau terima aja semua tu.
terima.

dfan, kau jangan cakap penat untuk menangis.
sebab seumur hidup kau,
kau akan terus menangis.
air mata kau takkan kering sampai roh kau keluar dari jasad kau.
menangis lah, dfan.
menangis lah sepuas puas nya.
lepaskan semua nya.
ni semua dugaan
untuk menjadi kan kau lebih kuat.
lebih berpengalaman
lebih matang dalam semua hal.
nangis lah dfan. menangis lah.













dfan,
kau kena kuat. menangis selagi kau boleh.





dfanheartcore.

18 March 2011

Cakap secara Rawak.

buat baik berpada pada.
buat jahat jangan sekali.

awak awak sekalian.
INGAT!
buat baik tu berpada pada.

maksudnya: agak agak lah nak buat baik sekalipun
dah tau perangai macam kangkung belacan campur bertih jagung,
tak payah lah nak buat baik kat diorang.
nanti jadi macam ni haa, si penulis ni.
setepek kene kat dahi aku yang jendol 16 centimeter persegi ni.

dunia sekarang ni.
nak cakap maju, memang maju lah cite dia kan.
teknologi sana sini.
sampai nak beristinjak pun pakai automatik aja.

tapi tu lah.
teknologi tu lah buat manusia ni alpa.
bila manusia ni alpa,
mereka mula lupakan asal usul mereka.
lupa dari mana datangnya diorang.
kerana mereka sudah 'selesa' dengan kedudukan mereka.
lupa bila jatuh siapa yang angkat
lupa bila terduduk siapa yang tolong dirikan
lupa bila tersungkur siapa yang tolong basuhkan luka tu.

bukan bukan.
bukan nak cakap semua manusia macam tu.
sesetengah aja.
kadang kadang si penulis ni pun macam bangang bongok tenuk makan bagedil jugak.
kita sesama insan haruslah saling ingat mengingati.
Melayu Mudah Lupa.

pandai pandai lah bawak diri bila berada di tempat orang.

yang perempuan,jaga jaga lah apa yang patut dijaga.
jangan lah mudah terpedaya dengan ayat ayat manis, dan tingkah laku seseorang itu.
ingat,
kadang kadang kita tak perasan Ada Udang di sebalik Batu.
Jangan lah cepat percayakan orang.
2 3 hari baru kenal dah dianggap sebagai rakan karib.
tak boleh macam tu.
perempuan ni lembut kan?
so, senang aja lah ditipu.
tak tau orang kat belakang ketawa terbahak bahak sampai terkeluar anak tekak.

yang lelaki pulak.
lelaki memang selalunya terlepas dari pandangan.
mereka jarang dipersalahkan.
sukahati mak pak tiri anak sedara jiran sebelah rumah Pak Mat Tempe diorang aja kan.
tetapi ingatlah. satu hari nanti kau orang akan kahwin dan akan menimang cahaya mata.
tak tau lah kalau kau orang dapat tau yang kau orang akan mati sebelum kau orang ada anak kan?
tu kira satu exception lah.

kau orang kau orang semua,

pandai pandai lah pilih kawan.
kawan memang kene beribu berjuta beriban lotion Garnier.
tapi, jangan lah cepat sangat percaya mereka tu.
dan paling penting JANGAN MUDAH TERPENGARUH.
memang masa kau orang susah dorang nak tolong, KONONNYA lah.
tapi ingat lah, mati kubur masing masing.
kau kene jawap peperiksaan kubur tu dalam bilik kau orang sendiri.
no copy copy.







blogger blogger atau pembaca semuanya.
please,
kalau kau orang sayang diri kau orang.
sayang pinjaman TUHAN tu,
jangan lah amek benda benda yang memudaratkan diri kau orang.
DRUGS atau dalam bahasa ibundanya DADAH terutamanya.
ONCE YOU TRY IT, YOU'LL FEEL LIKE YOU WANT IT FOR TWICE.
better don't.
ingat lah muka orang tua kau orang okay.






Ni kira randomly talk aja.
kita kene saling mengingati.
masa aku ingat,aku ingatkan orang.
masa aku lupa, orang ingatkan aku.
tapi yang penting,
CARA BIAR CANTIK.
baru orang nak dengar.
tapi kalau dah Cara tu secantik Bidadari Permaidani Merah pun orang tu taknak dengar,
buat bodoh suaa.
bak kata pepatah,
Dah terantuk baru nak Teghadah, ye tak?
biar aja mereka sedar sendiri :)









dfanheartcore.

14 March 2011

Sama Sahaja

Kosong.
kosong sangat sangat.
asal ah?

apa lagi yang tak cukup dalam hidup aku ni?
bukan ni ke yang aku nak?

padan muka kau, dfan!
padan mukaa!

aku rindukan rumah aku.
aku rindukan aku yang dulu.
aku rindukan dia.
dia sentiasa ada untuk aku.
kenapa ah ni semua jadi?
penat tau tak?
penat gilaa!
aku da tak sanggup dah nak hadap benda benda ni!
rimas!

tapi yang sekarang ni?
ada tak ada sama aja.
ape ni semua doh?
gampang gila kan?
nasib kan? nak buat macam mana

pergi matiiiii!
pergi mati kau, dfan!












dfanheartcore.

12 March 2011

cekgot oh,cekgot.


Si cekgot aku.

:)
i'll accept the way you are.
i love you.
seriously, i do.
and, i promise, it'll lasts.









dfanheartcore.

11 March 2011

Takot.

aku takot.
ape yang aku takot?
entah. aku tak tau.
ada jugak aku tanya kaunter pertanyaan.
tapi tu lah.
dorang tak ada jawapan untuk soalan tu.

aku takot sangat sangat.
tak tau kenapa.

aku nak luahkan.
tapi tak tau nak luahkan kat siapa.
semua ada komitmen masing masing.

aku semak!
semak gila!
bila tukang kebun nak datang cantas lalang lalang yang menyemak nii?

aku rasa
aku tak ikhlas untuk ketawa senyum dan lain lain.
jahatnya aku.
kejamnya aku!
tak pernah aku jumpe manusia kejam dan jahat mcm aku ni.
kau orang pernah?
kalau kau orang kenal aku.
mesti kau orang tau macam mana aku!

Ya Allah.
Kau ampunkanlah dosa dosa aku.

*speechless*













dfanheartcore.
homeless.jobless.useless.