12 March 2013

Telemovie Bangsat

Hari tu gua pergi Gig Sick Of It All kat Solaris.
Happy lah gua dapat jaga merchandise Sick Of It All dan berkenalan dengan dorang walaupun tak adalah seintim mana. Gua kena ingat, yang gua sudah bersuami. Bukan macam dulu lagi.

Balik tu kitorang pegi jumpa Mike kejap manager Sick Of It All. Saja jumpa dia. Kawan gua nak bermadu kasih kejap katanya. gua hanya jadi pemerhati. Mike tu masa gua jumpa kat lobby hotelnya dalam keadaan tersedu sedu. gua hairan. nak membesar lagi ke mamat ni?

Balik tu gua pergi makan dekat belakang lot 10.  Dah pagi buta. mana lagi nak makan kalau kat area Bukit Bintang selain mamak pulau? Gua tak nak lah makan mekdi sebab gua baru makan mekdi dabel cheeseberger sebelum gerak ke gig. Gua nak kena makan nasi!

haa, kat sini lah semua terjadi. mula mula satu mamat ni datang. nak bebual dgn kawan gua. dia memang ada personal problem dgn kawan gua. yang tu gua taknak masuk campur. tapi main reasonnya adalah, CD. benda jadi teruk bila mana gua dan rakan rakan dikepung dengan beberapa skinhead dan gangster. ada orang cakap gangster tu jaga BB. Main baju punya orang. Pehh.. Saat gua ternampak botol kat poket dia, dan gua terperasan ada beberapa budak dah get ready kayu, gua mula terdetik berfikir, gua ni tak sampai sebulan pun kahwin. Nak merasa mengandung lagi. Nak merasa honeymoon lagi. Banyak gua nak rasa. Kalau apa apa jadi, teruk juga kaedahnya. Kami berbincang. Semua risaukan gua (kerana gua seorang sahaja perempuan) dan seorang rakan dari Filipin yang mana isteri nya tengah tunggu dia balik bawak makanan. Dan sudah tentu, mereka risaukan keselamatan masingh  masing. siapa yang nak pegi kasi nyawa macam tu je kan? Nyawa tu Tuhan kasi satu je. Maka, hargailah!

Bincang punya bincang punya bincang, last last kami decide untuk telefon police. lepas police datang aku terus jalan dengan satu rakan filipin ni. dorang suruh kami selamat kan diri dulu. takut apa apa jadi.. masa gua keluar dari kedai makan tu, gua ternampak kenalan gua. dimana dia memang main band dan pernah datang gig gua. dia tegur gua. gua tegur elok dia balik.. gua jadi hairan.

tak lama kemudian, kami berkumpul di markas kami. (markas eh? -.-") menceritakan apa yang terjadi. ternyata, agak celaka juga lah. mamat yang ada personal problem dengan kawan gua ni pergi bilang tu budak skinhead termasuk kenalan gua tadi yang nak pergi bantai nazi. dia bilang gangster BB pulak ada gangster singapore turun Malaysia nak cari gaduh. Cakap Malaysian fuck lah ape la. -.-" Jadahnya? dah tu aku ni apa? tak ke orang Malaysia. Dah tentu aku dengan hasben orang Malaysia. Yang kena tuduh nazi tu yang tak boleh blah tu. -.-" Ada ghupa nazi ke gua ni? Nazi lepak dengan orang Filipin ke? Adehh..

Dan bila berbual depan police, dia cakap pasal CD lah, CD ada interest lah apa lah, yang lain semua tak nak dengar. Nampak lah kat situ dia putar belit cerita. Dan hanya kerana CD sampai gini gamaknya. Dan kawan gua nak setel dengan dia, dia taknak. nak juga pukul memukul.

Jadinya, kami selamat, Alhamdulillah.. Dan report police telah dibuat dimana orang orang yang disyaki bersubahat secara halus dengan mamat ni kita akan tarik masuk nama mereka sekali. dan, jika kami dikecam lagi, rakan Lawyer kami dari NY akan amek tindakan.

Pehh! Macam dalam movie pulak kan?

Apa pun, ini pengalaman baru bagi aku. Hasben tanya, kenapa u nampak cool je eh masa tu?
Satu je jawaban aku.
Aku yakin dengan Allah SWT.


No comments: