Hari tu gua pergi Gig Sick Of It All kat Solaris.
Happy lah gua dapat jaga merchandise Sick Of It All dan berkenalan dengan dorang walaupun tak adalah seintim mana. Gua kena ingat, yang gua sudah bersuami. Bukan macam dulu lagi.
Balik tu kitorang pegi jumpa Mike kejap manager Sick Of It All. Saja jumpa dia. Kawan gua nak bermadu kasih kejap katanya. gua hanya jadi pemerhati. Mike tu masa gua jumpa kat lobby hotelnya dalam keadaan tersedu sedu. gua hairan. nak membesar lagi ke mamat ni?
Balik tu gua pergi makan dekat belakang lot 10. Dah pagi buta. mana lagi nak makan kalau kat area Bukit Bintang selain mamak pulau? Gua tak nak lah makan mekdi sebab gua baru makan mekdi dabel cheeseberger sebelum gerak ke gig. Gua nak kena makan nasi!
haa, kat sini lah semua terjadi. mula mula satu mamat ni datang. nak bebual dgn kawan gua. dia memang ada personal problem dgn kawan gua. yang tu gua taknak masuk campur. tapi main reasonnya adalah, CD. benda jadi teruk bila mana gua dan rakan rakan dikepung dengan beberapa skinhead dan gangster. ada orang cakap gangster tu jaga BB. Main baju punya orang. Pehh.. Saat gua ternampak botol kat poket dia, dan gua terperasan ada beberapa budak dah get ready kayu, gua mula terdetik berfikir, gua ni tak sampai sebulan pun kahwin. Nak merasa mengandung lagi. Nak merasa honeymoon lagi. Banyak gua nak rasa. Kalau apa apa jadi, teruk juga kaedahnya. Kami berbincang. Semua risaukan gua (kerana gua seorang sahaja perempuan) dan seorang rakan dari Filipin yang mana isteri nya tengah tunggu dia balik bawak makanan. Dan sudah tentu, mereka risaukan keselamatan masingh masing. siapa yang nak pegi kasi nyawa macam tu je kan? Nyawa tu Tuhan kasi satu je. Maka, hargailah!
Bincang punya bincang punya bincang, last last kami decide untuk telefon police. lepas police datang aku terus jalan dengan satu rakan filipin ni. dorang suruh kami selamat kan diri dulu. takut apa apa jadi.. masa gua keluar dari kedai makan tu, gua ternampak kenalan gua. dimana dia memang main band dan pernah datang gig gua. dia tegur gua. gua tegur elok dia balik.. gua jadi hairan.
tak lama kemudian, kami berkumpul di markas kami. (markas eh? -.-") menceritakan apa yang terjadi. ternyata, agak celaka juga lah. mamat yang ada personal problem dengan kawan gua ni pergi bilang tu budak skinhead termasuk kenalan gua tadi yang nak pergi bantai nazi. dia bilang gangster BB pulak ada gangster singapore turun Malaysia nak cari gaduh. Cakap Malaysian fuck lah ape la. -.-" Jadahnya? dah tu aku ni apa? tak ke orang Malaysia. Dah tentu aku dengan hasben orang Malaysia. Yang kena tuduh nazi tu yang tak boleh blah tu. -.-" Ada ghupa nazi ke gua ni? Nazi lepak dengan orang Filipin ke? Adehh..
Dan bila berbual depan police, dia cakap pasal CD lah, CD ada interest lah apa lah, yang lain semua tak nak dengar. Nampak lah kat situ dia putar belit cerita. Dan hanya kerana CD sampai gini gamaknya. Dan kawan gua nak setel dengan dia, dia taknak. nak juga pukul memukul.
Jadinya, kami selamat, Alhamdulillah.. Dan report police telah dibuat dimana orang orang yang disyaki bersubahat secara halus dengan mamat ni kita akan tarik masuk nama mereka sekali. dan, jika kami dikecam lagi, rakan Lawyer kami dari NY akan amek tindakan.
Pehh! Macam dalam movie pulak kan?
Apa pun, ini pengalaman baru bagi aku. Hasben tanya, kenapa u nampak cool je eh masa tu?
Satu je jawaban aku.
Aku yakin dengan Allah SWT.
12 March 2013
07 March 2013
Putik Bunga Cinta.
Jika engkau tanya sama aku,
Adakah aku bahagia?
Jawabannya, iya.
Pernah sekali aku cuba bertanya sama hati
Benarkah hati ini memang sudah dimiliki?
Sepenuhnya?
Jawabannya, iya.
Aku bertanya pula pada jiwa
Jika benar jiwa ini tulus menerima?
Jawabannya, iya.
Aku termenung sejenak.
Seterusnya..
Sinis, aku senyum.
Memang iya.
Inilah putik bunga cinta
Aku dapat dari Yang Esa.
Iya. Aku bahagia, cinta.
Aku bahagia..

01 March 2013
COMING UP SOON! REAL SOON!
Traces Of You live in Kuala Lumpur on June 28 2013 |
Nasty live in Kuala Lumpur on Sept 29th 2013. |
Skarhead live in Kuala Lumpur Dec 1st 2013. |
Mark My Words live in Kuala Lumpur on January 2014. To be update. |
Deez Nuts live in Kuala Lumpur on April 2014. To be update. |
Ini list band yang akan datang ke Malaysia real soon bebeh! :) Jadi, band lokal yang nak main untuk band band ni, boleh Private Message aku kat fesbuk - Adinda Dfan. Kami akan cari kan slot slot untuk band anda.
KEEP THE DIY SPIRIT ALIVE!
23 Februari 2013
"Aku terima nikah Diffansin binti Rabu dengan mas kahwinnya RM50 tunai"
Dengan ucap sekali nafas, maka sah lah aku menjadi seorang isteri kepada seorang suami bernama Muhammad Heikal bin Johan.
Alhamdulillah.
Dah nak dekat seminggu rasanya event paling besar dalam hidup aku ni berlaku. :) Rasa sekejap sangat sangat. Rasa macam gua masih lapar nak kek dengan nasi minyak! (lain kali chuolls bila kawin nanti, makan banyak banyak kalau tak menyesal)
Apa pun, gua da bergelar isteri orang kan. Apa apa pun keputusan, gua kena refer kat hasben gua dulu lah ye. So kawan kawan, harap maap kalau ada yang ajak keluar tapi gua cakap gua kena dapat keizinan hasben gua dulu. hikhok.
Gambar semua masih tak dapat lagi. Masih pada cabi. Ni kira macam mimpi jadi kenyataan. Lately ni, gua rasa Tuhan makin sayangkan gua. Dia kasi gua mimpi gua semua jadi kenyataan. Seperti berkahwin pada usia muda (GUA MEMANG NAK KAWIN MUDA!) Kawin pakai baju pepel (GUA MEMANG SUKA KALER PEPEL), dan, MARJINAL AKAN DATANG PADA BULAN 5 (INI SERIUS). Selain dari benda benda kecik seperti, gua dengan Hasben sekarang makin galak dalam scene. Buat gig dan banyak lagi planning untuk buat merchandise. Cuma MBPA agak lambat sikit jalannya. Mungkin sebab gua masih belum bekerja.
Jadi, gua harap, gua dapat kerja lepas ni, tolong apa yang patut dalam keluarga ni, dan.. yang paling penting, gua harap gua dapat jadi isteri mithali. Insya Allah. haa, kat atas tu ada sesikit gambo yang gua dapat dari kengkawan yang datang :)
06 February 2013
Kawan dan Perubahan
Tadi masa dalam kereta on the way nak ke Plaza Angsana untuk beli barang make up umi gua sambil diseliti oleh gua, umi cerita dia terjumpa balik kawan lama dia masih kat sekolah. jumpa dalam pesbuk lah tapinya. berdasarkan penceritaan umi ni, ada satu mamat classmate umi gua yang menghabiskan zaman remaja nya memang emsem! tapi tup tup tengok sekarang da tak emsem. umi cakap dia macam gemuk chubby chubby sikit. gua harap muka dia bukan macam chubbyharusdirejam.
Terus gua teringat beberapa rakan gua masa kat sekolah. Maksud gua, bukan lah rakan pun. cuma gua kenal mereka. mungkin mereka tak kenal gua. al maklumlah, gua kat sekolah dulu budak baik. dalam kelas duduk barisan paling depan dan selalu buat kerja sekolah dan tolong guru angkat buku (mungkin dongeng semata mata. tolong abaikan). masa kat sekolah gua akui ah, ada antara mereka memang emsem! emsem tu tak ada lah se-emsem Que Haidar dan Greyson Chance. Cuma bagi kategori lelaki melayu, layak lah dipanggil emsem. Tapi bila gua jumpa lepas habis sekolah, (masa tu zaman gua kolej lagi rasanya), semuanya dah berubah! badan naik, pipi tembam, perut buncit, sebijik macam chubbyharusdirejam. cuma bezanya nama, warna kulit dan ketinggian. gua agak terkesima juga. ada perasaan nak tegur dorang cakap "weh, engko ni dah macam bapak orang!" tapi takut pula dorang balas "abes, engko pulak anak dah bape orang?" ah sudah. gua taknak rasa kecewa!
itu yang dari emsom ke kurang emsom. ada juga yang 'boleh cari makan' ke emsom nak mampos! memang ada tapi tak ramai lah. dan kebanyakkannya dan bersedia nak kawin macam gua. kah kah kah. ala, gua pun apa kurang nya. masa gua sekolah, gua memang bughok, kurus, (cuma ada satu masa gua agak berisi akibat peredaran hormon) serta pendiam. sekarang, gua jadi cantik (perasan cantik), lebih kurus (perasan kurus), dan masih pendiam (perasan pendiam). haa, tu kira perubahan ketara kalau lu orang nak tau! gua bukan apa. gua ni pesen, memang tak bercampur sangat masa sekolah dulu. sebab gua rimas. dan pastinya, gua kurang gemar dengan 'populariti' kat sekolah. dan sampai sekarang, gua masih mengekalkan ketidaksukaan gua pada 'populariti' sebab gua ni memang agak pemalu sikit orangnya. memang beruntung lah bakal suami gua ni dapat beristerikan wanita yang pemalu, sopan santun serta lemah lembut seperti gua! kah kah kah!!
dfn-

Iklan
Tadi gua teringat kawan gua pernah suruh gua berdaftar dekat Nuffnang. Memang gua ada perasan, banyak blog yang ada benda alah tu. gua pun cuba cuba lah daftar benda alah tu. sudahnya, gua tak tau untuk apa! Dia kasi langkah langkah untuk masukkan Iklan ke dalam blog gua. Edit kat HTML. Masalahnya, gua da buat semua tu dengan penuh gigih dan tekun serta bijaksana. Gua cuba tekan Save. tapi malangnya ada tulisan amaran warna merah mengatakan code code atau dengan kata lainnya, bahasa sanskrit modern tak betul.
Tapi, yang gua pelik, bila gua bukak blog ni, ada gambar "Follow me on Nuffnang" kat bahagian atas tu! (sila pandang paling atas). BURUK TAU TAK! BURUK! Perasaan gua sekarang penuh dengan perasaan celaka dan terasa nak baling cawan dekat rumah jiran yang hujung sekali.
Gua sedar gua ni memang buta IT. MEMANG LAH! Pasal bukan gua belajo komputer pun masa kat Kolej dulu. Gua kan amek akaun. walaupun hanya sampai Semester 5 tapi gua masih ingat selok belok buat akaun ni. cuba kalau nak edit edit blog ni guna formula akaun, mesti gua boleh buat dengan mudah dan bergaya!
tak gitu?
dfn-
mesti ditutup dengan
Masalahnya lagi, perkataan
tu berlambak kat code code tu! sudahnya gua cancel je!
Tapi, yang gua pelik, bila gua bukak blog ni, ada gambar "Follow me on Nuffnang" kat bahagian atas tu! (sila pandang paling atas). BURUK TAU TAK! BURUK! Perasaan gua sekarang penuh dengan perasaan celaka dan terasa nak baling cawan dekat rumah jiran yang hujung sekali.
Gua sedar gua ni memang buta IT. MEMANG LAH! Pasal bukan gua belajo komputer pun masa kat Kolej dulu. Gua kan amek akaun. walaupun hanya sampai Semester 5 tapi gua masih ingat selok belok buat akaun ni. cuba kalau nak edit edit blog ni guna formula akaun, mesti gua boleh buat dengan mudah dan bergaya!
tak gitu?
dfn-
05 February 2013
Gatal gatal.
Ahh.. ni yang gua malas ni. dah tengah pepagi gini baru gua nak mandi. hari ni gua tak mandi seharian. sebabnya? gua malas. tapi gua tau sebelum gua tidur, gua akan pastikan badan gua disaluti buih buih sabun yang aromanya mampu membuat bulu bulu hidung jiran sebelah rumah gugur.
nak dijadikan cerita, tuari, gua pergi kl. agak 3 4 hari juga lah. biasalah, jumpa bakal suami kannnn. ehem. okay. lepas tu. gua balik rumah, gua macam biasa lah kan. dengan posisi kuak rama rama gua landing kat tilam gua yang tak berapa nak empuk. spring dia macam mencucuk dah tilam tu. lama juga gua tak tukar tilam sejak katil double-decker gua dibuang 3 4 tahun lepas. gua terfikir nak buang je tilam tu. tapi memandangkan size tilam tu agak besar, size queen gitu, gua fikir nak buang kat mana tilam tu. ada juga gua terfikir nak buat satu pelan "Misi Membuang Tilam Ke Rumah Hujung" tapi tak berjaya. cadangan gua ditentang habis habisan oleh bapak gua dengan alasan "Kau gila ke? Tak ada otak?" Jadi, gua pun masih lah bertahan pakai tilam tu. tapi, gua buat pelan B. iaitu, amek tilam bayi kat rumah gua yang turun temurun tu, gua lipat dua dan alas dipermukaan tilam spring tu. dan gua sarungkan cadar macam biasa. ternyata lah, gua punya pelan berjaya. dan Alhamdulillah, cadangan tu dipersetujui oleh semua pihak.
Okay, gua sambung balik. lepas tu, gua pun daripada kuak rama rama, gua tukar ke posisi kuak ular, kuak udang, kuak singa laut, kuak singa jadian dan kuak yang lain lain, gua terlena dalam dakapan angin sempoi sempoi bahasa yang dihasilkan melalui kipas RM50 yang baru dibeli oleh bapak gua kat Giant tuari. Sedar sedar je, gua dengan keadaan separuh mamai dan separuh bogel, dah tengahari. gua duduk jap sambil hisap rokok. gua fikir, apa projek gua hari ni. memandangkan gua memang anak dara yang tak biasa keluar rumah (gua seorang wanita yang rajin buat kerja kerja rumah, kerja kerja rumah jiran gua serta kerja kerja rumah yang diberi oleh guru sekolah adik gua), gua lihat sekeliling. berpinar pinar otak gua. BERSELERAK! MACAM TONGKANG PECAH. terngiang suara umi gua. cepat cepat gua bangun.apa lagi, lepas gua sengseng lengan baju, gua start kemas bilik. celaka. bilik gua memang macam rumah hantu yang selalu kat funfair tu. bezanya, hantunya tak ada. tu je!
gua kira kira, ada eloknya gua start packing barang yang gua nak bawak ke Kolumpo lepas kahwin nanti. Barang barang berharga seperti cenderamata oleh rakan rakan dan bekas bekas pakwe gua tinggalkan. yang gua da habis packing cuma CD, Buku, Zine, Alat Tulis, Alat DIY, dan Alat MBPA. lepas tu gua perasan, cadar gua, ya ampun. macam mana gua boleh tidur atas cadar tu! bukan! bukan darah period! tapi berhabuk habuk, berdebu, berpasir. gua ada terdetik juga, mana datangnya pasir ni. jangan jangan hantu laut singgah kot? CHOYY! gua terus masuk bilik umi gua. niatnya gua nak curik cadar yang mahal mahal sikit. tetibe, terngiang lagi suara umi "JANGAN PAKAI CADAR NI! MAHAL NII!" Terus gua batalkan niat gua. gua amek cadar murah beli kat Giant juga rasanya yang itu. Ah, gua tak kisah lah. yang penting gua tak sanggup nak tidur atas cadar yang sebelum tu.
Sambil sambil kemas bilik tu adalah gua singalong dengan Agnes Monica, Mariah Carey dan Whitney Houstan. Setel kemas bilik, gua dengan bangganya turun bawah dan golek golek depan tv. maklum lah. rumah gua baru tukar TV 40inch dan ada Astro. Gua try juga serbey serbey mana tau ada cerita porno. Malangnya, Astro tak ada kemudahan tu. Lepas tu, gua mandi mandi macam biasa dan jalani kehidupan rutin harian wanita biasa. mengemas, kasi kucing makan, siram pokok jambu depan rumah, sembelih ayam dan memasak.
Malam tu gua perasan yang gua ni terkeruk keruk. Pernah nampak anak monyet kiut yang terkeruk keruk tak? haa, sama lah macam tu. bezanya gua lagi comel dari anak monyet tu. Tapi gua mantain ah. gua tau. ni semua permainan syaitan je ni. masa solat pun gua cuba la tahan nafsu gua nak garu garu ni.
Besoknya, gua bangun, gua perasan kaki dan tangan gua da mula timbul bintat kemerah merahan. nafsu garu gua dah tak dapat dibendung. memang celaka perasaan ni. gua garu sampai gua perasan keluar cecair. nak cakap air liur bukan. nak cakap air mazi pun bukan. takkan hujan kot? gua tengok siling bilik gua, tak pulak bocor. gua maintain lagi. garu tetap garu. nafsu lah katakan. last last, gua tak tahan. masa pakwe gua balik jb pun dia seram sejuk tengok gatal gatal gua. tak ada lah penuh satu badan. cuma gatal gatal tu agak pelik dan dikhuatir jangkitan malaria atau jangkitan virus virus lain seperti H1N1.
Gua usha usha kedai pharmacy. dia kasi ubat sapu. katanya boleh hilangkan alahan, gatal gatal dan gigitan serangga. sekarang ni gua masih menggunakannya sebab belum hilang lagi gatal gatal tu. cuma ada beberapa yang dah kering. penyakit tu kira penyakit yang dianggap misteri sebab tak ada orang bagitau apa sebabnya sampai lah Amy cakap mungkin alahan Kucing. sebab dia pernah kena. aku fikir, betul juga kot. tu lah. kalau gua duduk rumah, sehari sekali je gua mandi!
jadi, sebagai pengajaran, gua berazam gua akan mandi sekerap yang boleh. tapi keazaman tu berlanjutan satu hari je. gua memang malas mandi kaedahnya! paham?! macam mana ni nak kahwin tapi malas mandi? macam mana ni? macam mana???

Subscribe to:
Posts (Atom)